Salam,
Oleh kerana tiada apa yang mahu dikongsi,
jadinya zero saja mahu bercerita perihal produk kecantikan. Bukan lah
sebab budget muka ni bagus licin sempurna, tapi atas sebab tidak percaya
dengan diri sendiri yang telah berjaya menjadi pengguna tegar produk safi
hampir 15 tahun lamanya.
Secara jujurnya, produk muka pertama yang
zero guna adalah krim safi lidah buaya (hijau) dan masa itu zero berumur
12 tahun. Dan tanpa sedar, sehingga ke hari ni zero masih menggunakan
produk dari jenama yang sama. Alahaai si sang pengguna yang setia.
Kiranya kalau dikumpulkan kesemua produk² safi dari dulu hingga kini, layaklah kalau safi beri zero anugerah pengguna setia dan mungkin ini boleh diiktiraf sebagai duta safi tidak diiktiraf
(amatur). Aduh, perasan!!!
Bayangkan zero bukan hanya gunakan satu
produk keluaran safi, bahkan banyak. Contohnya pembersih wajah,
penyegar, krim, losyen, syampu, ubat gigi juga selalunya kami guna
keluaran safi (hanya kadang² sensodyne). Alasan pengunaan pada mulanya hanya
sekadar mahu mencuba. Sehari ke sehari apabila sudah makin selesa, zero
teruskan sahaja walaupun kadangkala ada juga diselitkan beberapa produk
lain sekali dua.
Contohnya produk lain yang pernah zero gunakan ialah Fair & Lovely (sebab obsess mahu putih), loreal (atas recommendation en.suami – ‘masa itu BF’), olay & garnier.
Lain² produk juga mungkin ada tapi zero tidak boleh ingat kesemuanya. Apapun pusing sana pusing sini, safi tetap menjadi pujaan hati ku juga hati suami.
Hahahaaa tak tahan. Dulu en.suami tidak guna produk selain Loreal, tapi kini beliau telah terjebak sama menggunakan rangkaian produk safi.
Begitu setia zero menggunakan produk
keluaran safi ini rupanya. Cumanya zero pelbagaikan penggunaan jenis
produk itu sendiri. Kadang zero guna Safi (hijau), kadang tu
Safi Balqis (biru) & selalunya zero guna Safi Rania (emas), sesuka
hati zero.
Kesudahannya, setakat ke hari ini zero
berpuas hati & selesa dengan produk Safi. Kalau setakat bekas²
jerawat yang kadang naik turun tu, insyaAllah boleh hilang dengan mudah
dengan penggunaan secara berterusan. Harga pun murah!
Dan yang paling penting pada zero,
keHALALannya diiktiraf oleh JAKIM. Jadi ianya mudah digunakan untuk
kegunaan seharian dan beribadat tanpa rasa was² sekalipun ada kesan yang tertinggal. Sesuai dengan tagline Safi itu
sendiri “Selamat & Suci”. InsyaAllah ...
3 comments:
Hebat dan dasyat.. Kite dah bertukar macam macam produk. Pernah try temulawak, body shop, safi, syura, olay, nivea dan pelbagai lagi lah. Sometimes, ada produk nih okay seminggu je (olay n safi gold). After one or two weeks mcm tu, kite rasa mcm takdek ape² improvement. Muke pun rasa belengaih.. At the moment kite pakai Biore. So far okay. Yang paling okay kite pernah try ialah bodyshop hat vit C punye tuh (hantaran kawen puny). now tak beli lagi dah. Satu sebab mahal dan satu lagi sebab quality dah atk sama semenjak depa tukar packaging baru..
mmg layak dpt award... bleh ganti rozita cik wan....heheh
Cik Cip Puding : kelakar kan. kita pn cm x percaya dh 15 tahun guna safi. kak azrol, rasanya apa produk pun semuanya ikut kesesuaian masing2. ada yg sesuai produk itu ada yg tak. n vice versa. kalau yg mahal2 sy mls cuba sbb takut ok, tp nnt sekerat jalan sbb x sangop je. hahahaaa
My Inspiration : hahahaa itulh dia, punya lh setia tak hengat. biasanya kalau try produk lain pn x lama 2 hingga ke 4 minggu. plg lama pn pnh 2 bln je.
Post a Comment