Salam,
Hari ini zero mahu berkongsi satu aplikasi yang boleh dimuat naik ke dalam smartphone masing². Walaupun zero bukan pengguna smartphone, tetapi zero masih boleh menikmati kemudahan yang ada. Syaratnya anda mesti pengguna telefon Blackberry, iPhone, Nokia atau Android.
Nama aplikasi tersebut ialah WhatsApp yang mana WhatsApp ini merupakan aplikasi secara percuma untuk pengguna telefon Blackberry, iPhone, Nokia dan Android. Dengan aplikasi ini, anda layak untuk berkongsi teks, gambar, video, suara juga lokasi GPS secara percuma dengan sangat mudah malah ringkas. Tetapi dengan syarat, anda perlu mempunyai data plan / Wifi kerana applikasi ini menggunakan data internet 3G atau WiFi untuk berkomunikasi.
Yang perlu dilakukan :
1. Pastikan anda adalah pengguna telefon Blackberry, iPhone, Nokia @ Android
2. Pastikan anda mempunyai sambungan GPRS / 3G (data internet) atau Wifi
3. Muat naik & simpan aplikasi WhatsApp di telefon anda. Muat naik aplikasi untuk telefon Blackberry di Blackberry App World, iPhone di Apple App Store, Nokia di Nokia Ovi Store dan Android di Market.
4. Daftarkan nomor telepon anda dengan menggunakan format international kerana WhatsApp menggunakan nombor telefon anda untuk mendaftar (sing-up)
5. Aplikasi WhatsApp sedia untuk digunakan (tidak perlu log masuk)
Jadi dengan kata lain, kemudahan sudah tersedia eloklah kita ambil peluang untuk gunakan sebaiknya. Keadaan jadi lagi bagus jika anda gunakan aplikasi ini hanya dengan khidmat Wifi yang mana anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk data plan internet anda. Kan itu lebih bagus, sama macam zero :P
0 comments:
Post a Comment