Monday, November 8, 2010

Masak & Makan...

Konsep kami berdua (saya & asben) masak & makan. Kami lebih selesa mengamalkan cara ni memandangkan kajian yang kami buat membuktikan bahawa ianya sangat menjimatkan. Cara ni kami praktikkan sejak dari awal perkahwinan lagi. Alhamdulillah banyak yang boleh dinikmati berkat mengamalkan cara ini.

Macam biasa, hari-hari saya akan masak untuk suami & diri sendiri (2x sehari). Maksudnya kami akan bawa tapau ke ofis. Walaupun kadang-kadang saya buat sesimple yang boleh disebabkan kekangan masa. Nasib en. asben sangatlah tidak cerewet orangnya bab makanan ni yang penting makanan tu jangan terlalu pedas. Kesimpulannya hari-hari saya akan 'mengerah' diri sendiri untuk masak kecuali hari Sabtu (hari shopping kami). So maknanya, Ahad pun tak ada cuti untuk saya juga. Kadang tu rasa penat juga lagi-lagi bila dah ada Bb ni. Tapi saya selalu berkata-kata sendiri, "tak apalah masak dengan air tanggan sendiri lebih bagus & insyaAllah suami akan makin sayang". Semoga kecekalan saya ini akan berkekalan. Amin...


Sambil tu saja nak share menu kami Ahad lepas.
1. Begedel



2. Paprik


3. Sayur a.k.a sambal goreng (kata asben. pelik! heh)

6 comments:

Unknown said...

fuyooo...rajinnye ayu....tapi knowing im...hmmm...xpelik rasanye...heheh...kak ana sampai sudah xberkesempatan lagi nak tengok amani...tp ni pun kak ana rs cam dah xlarat nak jalan. dah 36 weeks. masak apatah lagi...huhu.. by the way, just nak share, kak ana and abg ucop skrg buat business. http://crepehouse.blogspot.com. kalau rajin, lawat la blog kami. kalau kat facebook tu type crepe house. nak jadi reseller kami pun amat2 dialu2kan. nak buat side income sgt senang...insya Allah:))

My Inspiration said...

btolla, rajinnye ayu... nnt kalau lps deiver ni nak mintak resepi kat ayu xpe kan?? lg2 tang begedil tu...ingat nak wat mcm ayu jgk, at least dpt save + air tgn isteri sgtla penting...=)

Lina Rahim said...

eh, sedap pula tengok begedil ni..nak buat juga la..dah lama tak buat begedil..

ZERO VENDETTA said...

Lady D : Ok kak ana, insyaAllah ada masa ayu singgah k. Kalau ada masa nak singgah rumah dtg jela, ahad kami ada je rumah kec blk kampung.

My Inspiration : Boleh no probs dear...paan msti lg suka kalau firuz masak utk dia

Lina Rahim : Simple je buat begedil ni, awak msti dh 'pro' nikan lina :)

Najed said...

sambal goreng tu mana ada peliknya...kira ok la tuh. ala2 sambal ke sayur jawa org kata..saya suka sayur ni taw. family kak ira selalu masak lebih kurang camni :P

ZERO VENDETTA said...

BBS : Sambal goreng kan? yeay, saya pun suka. kalau ada lauk ni tambah dgn ikan goreng je pn dh cukup :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...