Thursday, April 29, 2010

Khasiat Pisang...

Saya nak share something yang saya rasa amat berguna untuk kita semua.Info ni saya peroleh dari email yang dipanjangkan.Check it out!

Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit.

Friday, April 23, 2010

Muadzam,kami kembali...

Hujung minggu lepas,saya dan asben ke Muadzam Shah Pahang untuk menghadirkan diri ke majlis persandingan dua sahabat kami iaitu Khairunnisa & Mohd. Fairuz.Untuk pengetahuan,di sinilah tempat pertemuan kami berdua(UNITEN).Belum lagi sampai di Muadzam,keterujaan kami sudah pada tahap maksimum.Al-maklumlah mahu mengimbau saat indah zaman bercinta.

Secara jujurnya,kami tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sini sejak meninggalkan kampus dulu.Terasa juga rindu pada Muadzam!Jadi di kesempatan ni,kami gunakan untuk meronda-ronda di sini.Kami sampai di Muadzam tepat jam 10pg Sabtu dan seperti kebiasaan Muadzam Shah agak panas.


Sampai-sampai je kami tengok ada banyak perubahan di sini,baguslah satu kemajuan.Sampai je di Muadzam tempat pertama yang kami jejak adalah Wisma Sultan Abdul Samad yang juga merupakan bangunan pentadbiran a.k.a tempat kuliah/perpustakaan (yang juga boleh dikatakan tempat pertemuan/dating kami satu ketika dulu) sebelum wujudnya kampus baru.Sempat juga kami meronda-ronda di situ sambil bergambar.Nak dijadikan cerita sampai pak guard dari guard house cari kami sebab kata kami nak masuk sekejap untuk buat u-turn je,tup 2x sampai ke atas kami meronda :)










Destinasi kedua adalah Pekan Muadzam.Kami pusing-pusing saja dalam kereta sambil memerhatikan perubahan yang berlaku di sekitar pecan ini.Di sini jugalah terletak pasar sehari (setiap Sabtu pagi hingga malam).Wajib tiap Sabtu jika tidak pulang ke kampung kami akan ke sini.Saya ajak juga asben turun ke pasar,tapi katanya tak perlulah sebab tidak sesuai dengan berpakaian begitu.Agak terkilan saya dibuatnya,tak dapatlah merasa aiskrim goreng & murtabak favourite saya :(

Destinasi seterusnya adalah penginapan asben iaitu Kolej BESTARI a.k.a penginapan pertama pelajar UNITEN sebelum wujudnya kolej penginapan kedua (HARMONI) & ketiga (ILMIAH).Trademark UNITEN di setiap penginapannya pasti akan ada tasik di tengahnya.Sungguh menarik!Apapun,BESTARI yang dulunya agak suram kini sudah berwajah baru.




Kemudian kami ke Kampus yang menempatkan bangunan akademi,dewan kuliah,auditorium,perpustakaan,surau,cafeteria.Kami pusing-pusing sambil snap beberapa gambar.Niat di hati untuk ke rumah Prof. Madya Rusinah Siron a.k.a mak angkat asben tapi malangnya beliau & keluarga tiada di rumah.Jadi ucapan salam sahaja dapat kami tinggalkan.






Apapun saya agak kagum bila kami lihat Muadzam yang dulunya agak suram dek pembangunan kini makin pesat membangun.

Setelah agak puas meronda sekeliling Muadzam dan jam menunjukkan jam 11.30 pagi,kami pun bergerak ke tujuan utama kami ke mari iaitu untuk menghadirkan diri ke majlis persandingan dua sahabat kami Khairunnisa & Mohd Fairuz di Teratak Warisan Pinggir Pelangi.Kami antara tetamu yang terawal sampai kerana majlis hanya akan bermula pada jam 12.00 tghr.

Sementara menunggu ketibaan rakan-rakan lain contohnya fast,yusrina,fairuz shahidah & paan,abg man & kak mai,kami cari pot terbaik untuk dijadikan tempat berlindung dari panas.Jadi tempat kami di bawah khemah makan dan betul-betul di depan kipas  Sambil berteduh dengan segelas air,sempat kami memerhati keadaan sekeliling.


Secara keseluruhannya,saya suka pada dekorasi pada majlis mereka walaupun pada dasarnya tiada warna khusus yang ditetapkan untuk majlis tersebut.Dekorasi yang simple,tetapi susun atur yang sangat menarik.Baik dari hiburan (Kugiran & Gamelan),pintu gerbang,gubahan hantaran sehinggalah pelamin.Yang lagi menarik bila ada persembahan silat & pantun dari adik-beradik si mempelai.














Walaupun cuaca agak terik,tapi kami gagahkan juga diri untuk berada di situ sehingga jam 3.30 petang.
Sempat jugalah kami berpossing dengan kawan 2x yang lain sementara menunggu giliran untuk berposing dengan dua mempelai pula.













Akhirnya mereka ke jinjang pelamin dan akan berdaftar ke kelab kami :)Tahniah untuk kamu berdua!Apapun ucapan terima kasih juga untuk kawan 2x yang lain kerana telah hilang rindu kami pada kamu semua di sini.

Thursday, April 22, 2010

Keperluan...

Ikutkan kami tidak mahu membeli lagi barang baby.Alasan pertama kerana masih terlalu awal dan alas an kedua kerana jantina baby kami masih belum diketahui.Kalau diikutkan,mungkin tak banyak barang-barang yang akan kami beli kelak atas nasihat orang-orang berpengalaman.Lagipun banyak barang baby dari akak yang disedekahkan kepada saya contohnya macam pakaian,kasut,baby coat dll.Thanks kak :)

Tapi bila difikirkan semula,kesian pula baby kami kalau semuanya terpaksa pakai yang lama.Jadi kami rasa perlu juga untuk beli benda baru untuk baby kami kelak.Lagi-lagi sejak dua menjak ni keterujaan untuk membeli barangan baby mula membuak,maklumlah kandungan sudah mencecah 6 bulan.

Tidak banyak yang kami beli.Barang pertama yang kami beli adalah set botol ni semasa Baby Fair di MidValley sebab harganya murah jika dibandingkan tanpa promosi.


Kemudian kami beli pula stroller ini di Mamours One Utama.


Rupa & warna begini,malas nak buka kotak kami :)


Teringin juga kami untuk membeli Maxi-Cosi CabrioFix untuk baby kami supaya boleh digunakan seperti di bawah,tapi budget tidak mengizinkan.Jadi tengoklah nanti kalau ada rezeki lebih.


Lepas tu,kami dapat pula tilam baby yang comel ni pemberian dari mak yang dibeli dari Madinah.Saya sangat suka yang ini,serius!!




Nampak gayanya bila sudah mula membeli,semua orang pun akan terus membeli.Lagi-lagi bila tengok barang baby yang comel-comel belaka!Mungkin juga tiada lagi peruntukan shopping untuk kami berdua kerana semuanya perlu diketepikan untuk si baby.

Friday, April 16, 2010

Cuti -> Penat -> Puas Hati

Kelmarin merupakan hari yang agak memenatkan saya & asben,ke sana ke mari menguruskan beberapa urusan penting.Jadi mahu tidak mahu saya yang kedekut cuti terpaksalah mengambil cuti untuk menguruskan beberapa perkara.Bayangkan dari rumah seawal pagi dan hanya sampai ke rumah jam 8.15 malam.Bermula dari Serdang -> Bandar Baru Bangi -> Sg. Besi -> Balakong -> KL -> Putrajaya -> KL -> pulang ke rumah.

Penat memang memenatkan,tapi agak tidak sia-sia. Akhirnya semalam kami memutuskan yang kami akan berpindah juga ke Bandar Sri Putra. Semua lampu-lampu & kipas-kipas sudah pun dibeli. Urusan renovasi juga sudah diuruskan. Harapan kami supaya rumah cepat siap dengan memuaskan supaya ianya berbaloi dengan nilai 30k yang kami laburkan. Jadi konklusinya,operasi berjimat cermat akan bermula antara saya & asben selepas ini :)

Apapun ucapan terima kasih tidak terhingga buat asben tersayang kerana menjadi "financial planner" terbaik untuk keluarga kami. Katapun akauntan kan!Kalau beri tanggungjawab itu pada saya pasti hancus dibuatnya.heh

Doakan kami supaya kami tenang & selamat di penginapan baru kelak.Amin…

Tuesday, April 6, 2010

Tanda Awal Kehamilan...

Entry kali ni saya saja nak share info mengenai tanda awal kehamilan terutamanya untuk mereka yang sedang menunggu saat kehamilan,contohnya macam 'kiree' :)Bukan apa,mungkin ada yang tidak sedar yang sebenarnya mereka sedang hamil.Situasi sebeginilah yang saya hadapi di awal kehamilan dulu.Saya hanya tersedar apabila 'diyang' bertanya adakah tanda-tanda/perubahan tertentu pada diri saya.Selepas dari itu,saya terus membuat pemeriksaan dan alhamdulillah sympthom itu benar menandakan saya hamil dan saat itu usia kandungan sudah pun mencecah 2 bulan.

Apalagi,jom kita share info.So check it out!!

1. TIDAK HAID
Petanda utama kehamilan ialah tidak keluar haid.Jika ini berlaku,segeralah dapatkan pengesahan samaada melalui alat ujian kehamilan atau pergi terus berjumpa doktor untuk keputusan yang lebih tepat.

2. PEMBESARAN PAYUDARA
Payudara akan membesar kerana peningkatan hormon kehamilan yang mengakibatkan pelebaran pembuluh darah dan memberi nutrisi pada jaringan payudara.Anda mungkin akan terasa bra mula sempit dan tidak selesa.Tiada pilihan terpaksalah kita membeli koleksi yang baru.Tapi harus kita ingat,jangan buang yang lama kerana payudara akan kembali ke ukuran asal setelah anda berhenti menyusu kelak.

3. NIPPLE & DAERAH SEKITAR KEHITAMAN

Dalam 3 bulan pertama ini,biasanya daerah sekitar puting akan berubah warna kepada lebih gelap,membesar dan mungkin akan merekah.Jadi apa yang saya lakukah,gunakan olive oil seawal kehamilan.

4. SERING BUANG AIR KECIL
Anda akan merasa lebih kerap buang air kecil kerana adanya pertumbuhan rahim yang menekan salur kencing.Tapi ingat,jangan kurangkan minum air kerana anda memerlukan air yang secukupnya dan yang paling penting lapkan bahagian tersebut setiap kali selepas membersihkannya.

5. SEMBELIT
Anda mungkin akan terasa susah membuang air besar dan warna najis agak kehitaman,tapi jangan khuatir kerana ini mungkin berpunca daripada ubat yang diberi oleh doktor.Cara untuk mengatasi sembelit dengan minum air secukupnya dan makan makanan yang berserat tinggi contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan.

6. MORNING SICKNESS
Laporan menunjukkan bahawa separuh dari wanita hamil akan mengalami mual/loya-loya/muntah-muntah pada awal kehamilan dan adakalanya tidak boleh mencium bau makanan tertentu. Malah kadangkala bukan si isteri sahaja yang mengidam macam-macam,bahkan si suami juga.Ada juga kes,si isteri maintain je tapi si suami pula yang loya-loya dan muntah-muntah. Tetapi masalah ini akan hilang pada akhir trimester pertama.

7. MERASA MENGAH / TERCUNGGAP
Anda akan merasa sedikit tercunggap kerana tubuh anda sedang bekerja secara aktif untuk menyesuaikan secara fizik dan emosional untuk kehamilan ini.

8. SAKIT KEPALA
Anda mungkin akan merasa sakit kepala yang lebih kerap daripada biasa.Ini mungkin disebabkan rasa mual,kepenatan,lapar,dan tekanan darah rendah.Cara mengatasi dengan beristirehat,dan makan dengan kuantiti sedikit tapi kerap.

9. EMOSIONAL
Pada trimester awal kehamilan ini juga emosi bakal-bakal ibu menjadi tak stabil kerana adanya perubahan hormon.Kepada para suami,harap anda dapat lebih bersabar menghadapi perubahan ini.Kata pada diri anda bahawa semuanya harus ditelan demi anak.

10. PENINGKATAN BERAT BADAN
Pada akhir trimester pertama ini,anda akan merasakan perubahan pada susuk tubuh kerana pengaruh dari hormon estrogen yang menyebabkan pembesaran rahim dan hormon progesterone yang menyebabkan tubuh menahan air. Kesimpulannya,berat badan akan meningkat.

Itu saja yang dapat dikongsi.Pada sesiapa rakan bloggers yang tahu lebih dari ini,jomlah share untuk makluman bersama.Sharing is caring what?

Monday, April 5, 2010

Happy birthday...

Last weekend 3 April 2010 ulang tahun kelahiran nephew saya, Edrin Razin a.k.a jibam yang ke-2. Perancangan pada mulanya teringin sangat nak bawa si jibam jalan-jalan untuk raikannya, tapi keadaan kurang mengizinkan kerana jadualnya pack sangat dengan aktiviti mama & daddy. Jadi kami tak sempat nak bawa si jibam ni celebrate pagi mana-mana untuk birthday dia, hanya wish and ciuman dari kami untuk si jibam selain hadiah di bawah.







Ini ada gambar terbaru Edrin Razin pada usia 2 tahun. Happy birthday Razin!!Sayang kamu sangat.muaaah muaaaaah muaaaaaaah…………………
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...