Friday, September 25, 2009

Hadiah Untuk Nenek...

Masa beraya di Singapore last few days; Mr.I,mak mertua dan nenek lepak dalam bilik sambil2 isi sampul duit raya.Kebetulan masa kami ada,saudara mara yang lain datang menziarah.Persoalannya,mana saya?Saya ada d'living room melayan tetamu yang datang.Tiba-tiba dengan tidak semena-mena Mr.I panggil saya minta bawa beg baru saya dan tunjuk pada nenek.Saya yang tak tahu apa-apa terpingga-pingga la kat situ dengan beg di tanggan.



Lepas tu Mr.I bersuara:

Mr.I : Nenek nak beg yang macam ni?
Nenek : Kalau boleh biar kecil sikit la
Mr.I : Nanti kat KL saya belikan nenek beg pass pada Khairul (adik Mr.I)
Nenek : Jgn yg mahal2 sgt,biar warna gelap tak pe tak nak cerah sebab nenek dah tua
Mr.I : Yela nnt saya belikan nenek yang tiga (3) RM10

Semua dalam bilik tu tergelak besar.Paham sangat perangai Mr.I yang memang kuat berseloroh dengan orang2 terdekat.Tapi yang peliknya kalau dengan orang luar,serius pula perwatakannya."Opppsss jangan mara Abi,Ummi buka rahsia Abi.heh.."Perbualan tu terhenti di situ dan semua mulai beredar untuk melayan tetamu.Aku pulak masih blur dan terpingga-pingga.Di luar,Mr.I start bercerita apa yang perbualan mereka tadi dari A to Z.Oh baru saya paham yang nenek nak beg baru untuk jalan beraya (family outing)3hb Oktober ni.Kesian nenek,nenek pun nak bergaya juga macam kita yang muda-muda ni.Untuk pastikan nenek dapat beg baru sebelum 3hb,jadi semalam Mr.I datang ambil saya d'office (sbbnya kami berdua sudah mula bekerja - keluar kul 12 dan kembali ke office kul 2)untuk pergi belikan beg untuk nenek.Inilah beg untuk nenek yang kami beli.



















Jadi,arini kami akan pos untuk nenek.Harapan kami nenek suka dengan beg ni,yela risau juga kalau2 nenek tak berkenan dengan pilihan mata kami.Dan yang paling penting,hasrat kami nak buat nenek happy.

Thursday, September 24, 2009

Raya Oh Raya...

Raya oh raya,seronoknya bila tiba hari raya.Lagi-lagi bila dah ada dua (2) keluarga ni,sini raya sana raya.Memang meriah!Rutin beraya di kampung saya (Melaka) bermula seawal 6.30 pagi dengan bermaafan sesama keluarga dan kemudian makan bersama.Selepas dari itu,kami terus ke rumah saudara mara terdekat dan jiran tertangga untuk bermaaf-maafan sebelum pergi menunaikan solat raya.Kemudian,kami akan berkumpul semula untuk ke kubur atuk nenek dan seluruh keluarga.Aktiviti diteruskan dengan aktiviti menziarah saudara mara,time ni kembung juga perut dibuatnya sebab semua rumah kami "bedal" je makan.Aduh part ni paling tak tahan!Tapi alhamdulullah tahun ni tak ada symptom cirit birit.Fuh lega...Selepas puas memenuhkan ruang perut dan bermaaf-maafan,kami balik tido dan berehat menyimpan tenaga dan juga ruang perut untuk aktiviti sama pada sebelah malamnya.Begitulah kebiasaannya bila hari raya.Tapi rutin tahun ni hanya sampai ke petang hari kerana kami perlu ke Singapura menziarah nenek serta saudara mara suami pula.Ini ada sedikit gambar raya kami bersama keluarga.


-mak & ayah-


-abg & family-


-akak & family-


-sempoi je bermaafan?-


-wit new family-


-cinta hati Mr.I-


-ampun maaf di hari raya-


-beraya d'singapura-


-keluarga d'singapura-


-menung pk apa?berapa agaknya duit dalam sampul tu ya kimi-


-nak duit raya x ni?-


-nak duit raya ke nak bermaafan ni?-


-macam gitu sekali adikku ini kira duit.serius buruk seh!-


-aktiviti kira mengira-


-anak buahku,adwa' nazran-


-anak buahku sayang,edrin razin-


-sorang lagi,edry ruzin-

Pengalaman Beraya Sebagai Suami Isteri...

Raya kali ni adalah raya pertama kami sebagai pasangan suami isteri.Sama seperti pasangan lain,bila tiba hari raya je semua perlu take turn untuk beraya.Macam kami,pagi/siang raya pertama kami di Melaka dan kemudian ke Johor+Singapura pada malamnya.Teramatlah teruja terutama si suami!Keterujaan si suami jelas tepancar,maklumlah raya kali pertama dengan suasana kampung.Macam di kampung ada takbir rumah ke rumah (malam raya) dan bunga api/mercun bingit dari sana sini dari siang sampai ke pagi hari.Sungguh berbeza dengan suasana di rumah suami yang majoritinya kaum cina.Keseronokan si suami dapat dihidu si isteri apabila si suami sendiri bercerita kemeriahan beraya di kampung pada keluarganya.Dalam hati si isteri tersenyum gembira sekurang-kurangnya dengan cara itu dapatlah membahagiakan suaminya.Raya kali ni kami ada tiga (3) baju yang sedondon.Warnanya hijau lumut untuk malam raya,kuning untuk pagi raya dan coklat untuk malam raya pertama.Lihatlah keterujaan kami.


-Tema Malam Raya d'Melaka-


-Tema Raya Pertama d'Melaka-


-Tema Malam Raya Pertama d'Singapore-

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Kami berdua ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan.Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika sepanjang tahun jika ada kata-kata yang menyentuh hati, ataupun tindak-tanduk yang tidak sedap dipandang.Suka kami berpesan :

1. Sebelum meninggalkan rumah bacalah Ayat Kursi ketika di dalam dan di luar rumah, ketika menutup pintu-pintu dan tingkap, dan ketika mengenakan kunci terakhir pada pintu pagar,seraya berdoa agar Allah melindungi kediaman anda semasa anda tiada. InsyaAllah, rumah anda akan terlindung dari perkara-perkara yang tidak diingini

2. Sebelum memulakan pemanduan pastikan anda dan semua penumpang di dalam kenderaan bersama-sama membaca "Doa Naik Kenderaan".Sentiasa cermat ketika memandu. Usah terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi dituju. Ingatlah kepulangan anda sedang dinanti untuk dirai bukan untuk ditangisi. Pandu cermat,semua pasti selamat..

3. Cegah Influenza H1N1!!! Al-maklum semasa Hari Raya kita akan berkunjungan dan bertemu ramai orang. Pastikan Kit H1N1 (topeng mulut & hand sanitizer) setiasa di bawa bersama dan digunakan sepenuhnya.Mencegah tentunya lebih baik dan berkesan dari mengubati.

4. Elakkan pembaziran semasa perayaan. Rancang perbelanjaan anda.

5. Akhir sekali jangan lupa keluarkan ZAKAT.

Akhir kata Salam Keceriaan dan Keinsafan dari kami buat rakan semua. Semoga bertemu lagi untuk next entry selepas Hari Raya nanti.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin dari Imran Sadiman & Siti Rahayu Majit.

** Maaf belum ada gambar raya bersama lagi untuk dilampirkan,insyaAllah tahun depan ada koleksinya.

Tuesday, September 15, 2009

Collapse...

US Open 2009 (Tennis) where Del Potro did what many thought unlikely, if not improbable.He dethroned Federer as the US Open champion, ending his five-year reign as the King of Queens.He came from behind with 3-6, 7-6, 4-6, 7-6, 6-2.Del Potro, just 20 years old, he certainly earned it taking out six time Grand Slam champion Rafael Nadal in straight sets in the semifinals before defeating Federer in the final.At the end of the match,he collapsed on the court for happiness and with tears in his eyes he took the trophy.For me personally,Federer was doing everything well, except serving.Del Potro also struggled with his first serves early and also seemed to not be moving well around the court. The Swiss was sharp with his shots early, mixed them up well and continued to be aggressive coming to net where he was dominating points and also never faced a break point.Unfortunately (for me because I'm one of Federer's fan)there was officially a new King of Queens which is Juan Martin del Potro.


-champion of US Open 2009-


-Del Poltro-


-Roger Federer-

Monday, September 14, 2009

Ukhwah Restoran Rakyat...

Kali ni saya nak promote sikit buffet Ramadhan berharga RM8 untuk seorang yang ditawarkan oleh "Ukhwah Restoran Rakyat"(Restoran ini merupakan Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad).Teramatlah murah!Kami rasai sendiri kepuasan yang dihidangkan oleh restoran ini Sabtu lalu (kali kedua berbuka di luar =( sebelum ini kami mengamalkan konsep berkat berbuka bersama di rumah =)).Dengan hanya RM8 seorang anda boleh menikmati pelbagai juadah antaranya kuih-muih,pelbagai jenis lauk pauk,murtabak dan pilihan air sirap/teh.Amat berbaloi..Bolehlah cuba..Lokasinya berhampiran Maju Junction dan bersebelahan Prescott Hotel (kalau nak gambaran lebih jelas sila google earth).Saya tak sempat ambil gambar sebab ramai sangat orang kat situ.Lagipun kami sampai lewat pukul 7.Jadi ini saja gambar yang sempat d'snap.






-surau turut disediakan & terawih turut ada di sini-

Jangan risau kalau anda tidak berkesempatan untuk ke sini Ramadhan ini kerana anda masih berpeluang sepanjang tahun.Kerana menariknya di sini adalah,hanya dengan RM1 anda mampu untuk mendapatkan sekeping roti canai & teh tarik.Malah pada setiap Jumaat,konsepnya "anda makan,anda kira sendiri".Menarik tak??

Friday, September 11, 2009

Roti Jala...

Arini saya nak share resipi roti jala.Nak dijadikan cerita saya adalah penggemar roti jala sebenarnya.Tapi makanan ni teramatlah susah nak jumpa.Jadi apalagi,disebabkan teringin sangat nak makan jadi saya cari resipi dari internet untuk test sendiri.Setakat ni dah tiga (3) kali saya buat.First waktu kawan-kawan datang rumah,second times untuk makan sendiri dan kali terakhir minggu sebelum Ramadhan untuk office saya & my hubby.

Inilah resipinya:
Bahan-bahan ( anggaran 80kpg)
• 1kg tepung gandum
• 1 tin susu cair
• 2 mangkuk air
• 4 biji telur
• sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
• sedikit minyak masak utk melenser

Cara-cara
• Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
• Masukkn adunan tadi kedalam blender dan blend dan kemudian tapis
• Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak (gunakan daun pandan yang diikat)

• Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali
• Biarkan seketika sehingga roti jala masak dan kemudian bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing-masing

Agak mudahkan?Cubalah jika anda juga penggemar roti jala seperti saya.Roti jala ni biasanya dimakan dengan kuah kari (daging/ayam) atau kuah durian.Apapun saya tak pernah lagi test makan dengan kuah durian.Resipi untuk kari/kuah durian saya tak sertakan sebab saya pasti anda semua sudah mahir dengannya.Inilah hasil "jalaan" saya.

Monday, September 7, 2009

Antara Garisan...

Membincangkan tentang drama "Antara Garisan" yang pernah saya promote pada anda tempoh hari.Apa yang boleh saya katakan cerita ini agak mengecewakan saya.Maksudnya cerita ini (bagi saya)kurang keunikkannya & ada kekurangan yang kelihatan begitu jelas dari beberapa aspek,kadangkala buat saya sakit hati tengok.Tapi endingnya agak memuaskan.Hanya satu yang menarik perhatian saya apabila di akhir cerita ada suara anak kecil bertanya kepada ibunya.Bunyinya begini;

Anak : "Mak ustaz kata bulan puasa syaitan & iblis kena ikatkan?"
Mak : "Betul,tapi kenapa tanya?"
Anak : "Tapi kalau syaitan & iblis kena ikat,kenapa manusia buat jahat lagi?"

Hayatilah dialog di atas.Inilah yang menarik perhatian saya untuk berfikir kerana
saya rasakan ada kebenaran pada kata-kata anak kecil itu sebenarnya.Apa yang boleh saya simpulkan,agak terbukti bukan syaitan & iblis sahaja yang mampu membawa manusia ke arah kejahatan/kesesatan,tetapi manusia itu sendiri juga merupakan penyumbang ke arah kejahatan/kesesatan.Wallahua'lam...

Sama-sama kita fikirkan.

Friday, September 4, 2009

Huuuuuuuuuuurm..


-COACH TATTOO GOLD CANVAS TOTE-

Catikkan??

Bila saya akan dapat merasai beg ni agaknya??huuuuuuuuuuuuurm...

Saksikan!



Tajuk: Antara Garisan
Genre: Telefilem
Tarikh siaran: 5 September 2009
Hari Siaran: Sabtu
Masa siaran: 9.00 malam

Saya tengok iklan cerita ni macam best je.Awal-awal lagi saya set reminder untuk make sure saya tak miss untuk menonton.Kalau tak berkesempatan masih boleh record yang penting tak lupa waktu tayangannya.So alang-alang nak remind diri sendiri,saya nak ajak semua kawan-kawan tengok cerita ni.

Dari apa yang saya baca (sumber dari http://www.budiey.com),cerita "Antara Garisan"ni bermula dengan kisah seorang uztaz bernama Arman yang muncul di sebuah kampung di subuh hari. Dia telah bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (bukan saya ya!)yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Uztaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Uztaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.Pada saat itu, barulah mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza dan tersedar yang mereka berdua telah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus.

Macam menarikkan??So,apalagi set reminder dan jangan lupa untuk menyaksikan telefilem hebat ini pada hari Sabtu (esok) 5 September 2009, jam 9.00 malam eksklusif di Astro RIA (saluran 104).

P/S: Kalau terawih rekod jela dulu.Takpun tengok lepas terawih sempat lagi..

Tuesday, September 1, 2009

9 Ramadhan…

Setiap kali Ramadhan pasti semua orang mencari-cari tempat best untuk berbuka puasa,tapi tidak bagi kami.Kebiasaannya kami berbuka di rumah je,tak makan di luar ataupun beli makanan di bazaar.Masak dan makan dirumah itu yang Mr.I mahukan.Alasan Mr.I kenapa tidak perlu berbuka di luar??Katanya berkat masakan isteri lepas tu kena berjimat cermat kalau nak raya sakan (kami planning buat family gathering raya ke-3.Mungkin ke genting,Cameron or paling senang/dekat PD la kot.Biasanya sayalah yang masak tapi ada sehari tu Mr.I masak sebab saya stuck dalam jamp.Superise!Lauknya ayam masak kicap dan telur dadar.Berbakat juga suamiku ini,getus hatiku.

Tapi last Sunday kami berbuka juga di luar sebabnya dari pagi sampai ke petang Mr.I excited sungguh bershopping untuk raya,dari songkok sampailah ke kasut.Sedar 2x jam pukul 6 petang.Planning berbuka di rumah bertukar.Kami terus je ke Midvalley semula dan menuju terus ke “Manhattan Fish Market”.Sampai je depan kedai jam pukul 6.30 petang dan nampak clear tak ramai orang,tapi bila tanya je kata staff kat situ “full house” fully reserved.Frust!Pk punya pk kami planning beli air & roti dulu untuk alas perut.Settle je solat maghrib kami ke “Manhattan Fish Market” balik dan akhirnya ada juga tempat untuk 2 orang.Alhamdulillah..

Ini kali kedua kami makan kat sini,first time last July.Sebelum ni tak pernah test pun.Memang best dan sungguh mengenyangkan.Kami makan “Manhattan Seafood Platter For Two”.Set ni untuk 2orang,tapi rasanya boleh makan 4 orang la sebabnya kami makan berdua ½ bawak balik tapau untuk makan berbuka esoknya (tapi ditambah beberapa bahan lain).hahaaaa..Dalam set tu ada udang bakar,sotong goreng tepung,mushroom goreng tepung,fries,onion fried rice,fish fillet dll.Tapi yang lagi best,once makanan ready for served waiter / waitress tu akan nyalakan api dan bakar udang tu dalam beberapa saat depan meja anda.Memang berbaloi.Harganya RM46 ++ per set.Trylah!






-Kesungguhan Mr.I ketika makan sampai mask pun x sempat tanggal-




-Makanan tapau untuk berbuka keesokkan harinya.hahaa..-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...