Thursday, January 23, 2014

Toys

Sejujurnya kami sangat jarang membeli toys untuk irdina. Adalah juga, bukan langsung tidak. Tapi kami lebih prefer membeli toys yang besar2 contoh macam slide, basikal, papan hitam dll. Motif? Tidak mahu toys bersepah merata-rata dalam rumah. Rasanya agak berkesan lagi2 untuk working parents macam kami yang hanya punya masa mengemas seminggu sekali.

Jadi last week, kami beli 2 toys untuk irdina. 1 is piano & 1 is kitchen cooking set. Tengok, seronok sungguh si minah ni.

                                      


Jadi, inilah aktiviti baru irdina. Seronok rasa membeli tapi selepas2 itu terasa juga letihnya. Letih bila perlu melayan, sekejap2 tarik tanggan kita, "ummi nyanyi...irdina play". Sekejap lagi, dia berlari pula ke arah kitchen cooking set dan mula ambil order dari kami "ummi nak makan apa, minum?". Itu saja yang diulang-ulang. Sangat kelakar! 











Friday, January 17, 2014

Sogo Member Card Sale 17.01.2014 & 18.01.2014

Sebut sogo siapa saja yang tidak tahu kan, malah majoriti daripada kita tentunya sudah menjadi ahlinya. Jadi di permulaan tahun 2014 sogo buat member card sale. Waktu ini memang teramat sangat meriah, memang meriah! Toksah cakap lah kan, bermula dari q nak masuk parking, q nak naik escalator/lift sampai ke q nak membuat bayaran semua panjang belaka. Mana saja kawasan sogo penuh dengan umat. Kalau setakat duduk di kaki2 jalan berbekalkan bakul2 untuk dibuat pilihan, itu bukan satu perkara yang asing. Rasa malu juga sudah ditolak tepi.

Jadi pada yang masih belum berkesempatan, anda masih punya masa esok sehari saja lagi. Rugi kalau tidak pergi, paling tidak sambar 3-4helai pun jadi sebab ada barangan yang menawarkan diskaun sehingga 90%. Just imagine! Murah bangat! Apapun section kegemaran kami adalah kanak2 dan juga lelaki dewasa. Dua section ini tempat wajib terjah kalau ke sogo. 

Satu saja, kalau nak shopping di sini anda perlu ada kekuatan juga kesabaran yang tinggi. Penat tu! Lagi2 mak buyung seperti saya. Sebab anda perlu bersesak2 dengan ribuan umat. Tapi saya pasti sogo tidak pernah menghampakan pelanggannya.

Perkongsian :-

1. Kalau kita bukan ahli, boleh masuk @ tidak? 
    - boleh sebab anda berpeluang mendaftar sebagai ahli pada hari kejadian dengan bayaran rm12

2. Parking di mana selain parking di Sogo? 
     - saya biasa akan parking di medan mara (bersebelahan Pertama Complex) kerana bayaran di situ sangat 
        murah rm4/entry sahaja
        Nota : jika di sogo kadar mengikut jam 

3. Kalau bawa anak kecil macam mana?
     - Apa yang selalu saya buat kami akan bergilir-gilir untuk memilih barang. Waktu giliran, anak2/pasangan 
        tidak perlu turut serta ke mana saja pergerakan kita. Apa yang perlu pasangan buat, bawa anak2 anda ke         
        bilik mainan di section kanak2 (percuma) atau bawa ke tempat permainan di tingkat 7 (ada bayaran). Jika    
        tidak, anak2 anda pasti tertekan. Huh...

Hasil tangkapan hari ini.





Friday, January 10, 2014

10 Januari

Salam,


Perghhh gile lama kot aku tidak menulis di sini.  sangat lama... memang lama...
Bukan setakat tidak menulis sahaja, tapi menjenguk juga jarang sekali. Baik belog sendiri ataupun belog kawan2 blogger yang lain. Bunyi macam sangat busy? Tapi realitinya biasa2 sahaja.

Tapi sempena ulangtahun kelahiran ku yang ke-29 (aku berkongsi tarikh lahir dengan dua tokoh hebat iaitu Nik Aziz & Khairi Jamaludin), tiba2 satu injection dan aura rasa mahu menulis dan berblogging kembali. Jadi dengan kerajinan yang ada (mungkin), dapatlah belog ini bernafas kembali. Insya-Allah...

Tidak mengapa jika tiada yang membaca, cukup sekadar aku menulis suka2. Semoga esok, lusa, tulat atau hari berikutnya aku punya masa untuk meninggalkan sesuatu di sini.

Nota Kaki : Sempena ulangtahun kelahiran kali ni, aku mohon doa kalian supaya aku sentiasa dilimpahkan dengan petunjuk, hidayah & iman yang teguh untuk berjaya dunia & akhirat. Amin...

Good Night!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...