Salam,
Semalam si tenit ni masuk sekolah, sekolah ala² je pun @ Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) , BSP. Fokus BBIM lebih kepada 'montessori method'. Di sini, irdina ditempatkan ke 'playhouse' dan bukan 'pre-school'. Jadi expectation kami tidak tinggi.
Sebenarnya tujuan utama kami hantar irdina ke sekolah supaya irdina boleh berkomunikasi dengan baik.Bayangkan setakat hari ini, perkataan yang keluar dari mulutnya sangat² terhad jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Apapun syukur sebab sebulan kebelakangan ni, irdina telah menunjukkan peningkatan dan jumlah perkataan pun telah bertambah.
Bagi kami sejujurnya, kami langsung tidak terdetik mahu irdina jadi bijak pandai dalam usia sebegini. Cuma hasrat kami yang satu mahu irdina belajar berkomunikasi dengan baik selain jadi lebih berdisiplin. Itu sahaja untuk 2013. Jika ditakdirkan DIA beri lebih dari itu alhamdulillah ianya satu bonus buat irdina.
3 comments:
wah! NIA go to school.. she's so cute in uniform..
Amira Fairul : AF bila nak school?
wahh bestnye dah g school...teringin nak anta akif jg...mahal x ayu utk register n bulan2?
Post a Comment