Salam,
Sejak kebelakangan ni, selera makan anak zero (irdina) makin kritikal. Bayangkan apabila anak sekecilnya hanya minum 2 ke 3 botol (4oz/botol) sehari. Ibu mana yang tidak risau berdepan situasi sebegini. Tambah pula irdina sangat susah mahu menjama makanan.
Bila tiada pengalaman, keadaan lebih mencemaskan. Jadi untuk sedapkan hati, kami bawa irdina berjumpa dengan Dr Azam pakar kanak² dari Hospital Pantai Bangsar bagi mendapatkan khidmat nasihat dari beliau. Walaupun sebenarnya pada hari tersebut kami dirujuk kepada pakar pemakanan (dietitian) iaitu Ms.Wong. Pada kami, consultation dari Dr. Azam sangat bagus dan kami sangat berpuas hati. Beliau tidak lokek untuk berkongsi. Ms.Wong juga seorang yang sangat membantu. Hampir 3jam kami berbincang bersama dan itu sudah cukup membuktikan kesungguhan beliau. Sampai tahap, botol susu irdina juga dibeleknya bagi mengenal pasti puncasebenar yang menghantui irdina. Tidak terhenti setakat itu, tiap hari beliau akan 'whatsapp' zero bertanya tentang irdina. Hebat!
Sudahnya solusi yang diberi adalah menukar susu irdina kepada susu Pediasure selain pengambilan vitamin dan tips pemakanan seimbang yang perlu kami titik beratkan.
Ya, Pediasure. Seperti sedia maklum, ini antara susu terbaik di pasaran yang kaya dengan nutrisi & protien bagi pertumbuhan kanak². Ia cukup setimpal dengan harganya.
Menurut kata Ms.Wong (dietition), jika kanak² tidak mendapat nutrisi yang mencukupi ia sedikit membantutkan pertumbuhan fizikal juga mental anak tersebut. Dengar saja fakta tersebut, automatik kami menjadi lebih cemas. Jadi wajiblah saat itu kami membuat keputusan bertukar kepada susu seperti yang dicadangkan.
Tetapi ianya tidak berpanjangan, kami bertukar pula kepada Dutch Lady Activ Gold (produk terbaru keluaran Dutch Lady) baru² ini tanpa memaklumkan kepada dietition terlebih dahulu *dasar buat kepala sendiri inilah jadinya*
Kenapa?
Pertama, kami lihat irdina masih tidak seronok untuk minum dalam kuantiti yang diharapkan. Hanya 2 ke 3 botol (5oz/botol) sahaja sehari. Jadi keadaan masih sama seperti sebelumnya.
Kedua, pada kami harga Pedisure agak mahal +/−RM136 untuk 900gm susu. Pada kami ianya macam satu pembaziran sebab banyak lagi tempat yang boleh kami laburkan wang kami.
Ketiga, (juga merupakan penyubang utama kepada keputusan kami) kerana kami terjumpa susu yang ada logo HALAL dari pihak JAKIM dan dalam masa yang sama terbukti (melalui kandungan nutrisi yang tercatat di bungkusan) ianya lebih tinggi kandungan nutrisi tetapi pada harga yang jauh lebih murah iaitu RM53 untuk 1000gm susu. Malah, susu ini mempunyai kandungan isomaltulose yang dikatakan mampu menyokong dan meningkatkan prestasi mental serta daya tumpuan kanak².
Setakat hari ini alhamdulillah irdina semacam menerima. Jumlah botol meningkat menjadi 5 ke 6 botol (5oz/botol) sehari. Apapun, selera makan masih sama. Tidak mengapa. Kami akan terus mencuba untuk menaikkan selera makannya. Doakan kami berjaya.
Pada yang membaca, jika rasa inginkan kepastian anda sendiri boleh buat perbandingan. Caranya dengan mengambil kedua bungkusan susu seperti dinyatakan dan anda lihat satu persatu kandungan di dalamnya. Anda lihat, anda nilai.
Sejujurnya kami rasa tidak rugi bertukar kepada Dutch Lady Activ Gold. Lebih nutrisi, lebih jimat. InsyaAllah.
Nota Kaki : Susu Dutch Lady Activ Gold masih tidak banyak di pasaran dan biasanya mudah didapati di Pasaraya Tesco