Sabtu lepas 22 September 2012 tika irdina 2tahun 1bulan, kami berjaya tindikkan telinganya (w/p sudah agak terlambat). Kami buukan mahu ikut adat mahupun tradisi, tapi mahu irdina lebih lembut dan keperempuanan.
Sebenarnya niiat kami sudah lama, tapi masanya belum sesuai. Sekejap kami rasa macam tidak sampai hati, sekejap kami rasa mahu mencari baik buruk bertindik dulu. Sudahnya disebabkan rasa teruja, kami buat juga.
Kadang rasa bunyinya macam kejam saja, tapi sebenar tidak. Sakit bertindik sikit aja pun, sama seperti digigit semut. Beberapa saat, sakitnya sudah hilang.
Sebenarnya tidak semua kedai emas ada menyediakan khidmat tindik telinga terutama bagi kanak². Semuanya bergantung kepada kesanggupan pekerja di situ. Pernah sekali kami ke Poh Kong di Giant Bandar Kinrara, tapi mereka tidak menerima budak sekecil irdina. Kata mereka, mereka hanya menerima sekurang-kurangnya kanak² berumur 4/5 tahun.
Jadi minggu seterusnya, kami ke Poh Kong The Mines pula dan mereka sanggup. Jadi apalagi, kami tidak berlenggah dan teruskan hasrat kami di situ.
Prosesnya sangat ringkas dan cepat. Sampai sahaja, kami terus pilih anting² yang berkenan dek mata. Pilihan pastinya yang paling ringkas (warna putih). Lepas dari itu, telinga irdina ditandakan dengan pen supaya tempat tindik sama untuk kedua belah telinga. Kemudian, terus sahaja disembur dengan cecair sejuk (kebaskan telinga). Akhir sekali, proses menindik bermula secara serentak oleh 2orang pekerja.
Prosesnya sangat ringkas dan cepat. Sampai sahaja, kami terus pilih anting² yang berkenan dek mata. Pilihan pastinya yang paling ringkas (warna putih). Lepas dari itu, telinga irdina ditandakan dengan pen supaya tempat tindik sama untuk kedua belah telinga. Kemudian, terus sahaja disembur dengan cecair sejuk (kebaskan telinga). Akhir sekali, proses menindik bermula secara serentak oleh 2orang pekerja.
Poh Kong : The Mines
proses tandakan telinga dengan pen
proses menindik secara serentak
Tadaaaa, siap...
Pengalamannya, irdina memang menangis Menangis sebaik sahaja selesai selepas ditindik yang mana tanggisan itu tanggisan yang mulanya tanpa suara. Setahu zero, tanggisan yang sebegitu biasanya terjadi bila irdina rasa sangat sedih / sakit. Jadi, sahlah bertindik ini memang akan rasa sakit. Sakit yang seketika cuma, seperti digigit semut. Alhamdulillah tanggisan itu cuma seminit dua. Zero berjaya alihkan perhatiannya kepada benda lain.
Secara keseluruhan, zero puas hati dengan servis di Poh Kong ini. Mereka profesional dan faham akan karenah anak², jadinya, mereka tidak ambil masa yang lama untuk buat A to Z. Bagi zero, lebih lama masa yang diambil, lagi susah untuk kita dapatkan tumpuan daripada si anak. Harga servis di sini juga sangat murah iaitu RM25 sahaja (kami jangkakan RM100+).
Selesai sahaja, kami secepat mungkin cuba dapatkan makanan untuk irdina walaupun yang makannya adalah ummi dan daddy irdina. Iirdina kelihatan ok, seperti seperti biasa. Cuma sesekali irdina memegang ke telinga mungkin mahu menyatakan sesuatu kepada kami atau mungkin juga ada rasa sakit / pelik waktu itu.
Semuanya sudah selamat dan ini adalah hari ke-3. Setakat hari ini, keadaan telinga irdina masih ok. Cuma kami sedang sedaya upaya kami untuk elakkan bengkak dan nanah. Jadi, kami kerap pusingkan anting² supaya tidak melekat di telinga dan pakaikan minyak gamat. Sebolehnya untuk tempoh seminggu dua telinga tidak boleh kena air (mandi pakai shower cap) dan jangan makan telur / ayam / benda mengatalkan.
Alhamdulillah, anak ummi dan daddy sudah manis bersubang. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh tukarkan subang yang cantik pula.
4 comments:
niat nak tindik AF xtercapai lagi.. ingat nak tindik sebelum raya tapi kesihatan pulak x mengizinkan.. lagi lambat rasanya..
Waahhh dah tindik.. bagus bagus..
hahaha...hari tue,aku pun ada pegi juga...sekali dia tak terima...hurmm...ingat nak buat kat klinik..tp, tak tau klinik mana yg boleh buat...since mu kata kat poh kong mines leh buat...nnt nak ajak man gi la...
Amira Fairul : ooo. mesti lh comel if AF tindik. dhlh rambut & mata cantikkan *suka*
Cip : tq aunty. aunty x merasa lh kan sbb anak aunty takat ni semua laki *heh* tggu next plk
Kiree : haaa ajaklh man nad. trs ke Poh Kong The Mines sbb kalau nak cari2 blm tentu terima kan. kalau dh buat, update yea :)
Post a Comment