Salam,
Lama rasanya tak bercerita pasal kelebihan dhuha. Rasanya sudah 2x juga zero bercerita di sini. Bukan niat mahu mengulang² benda yang sama tetapi sekadar mahu kongsi apa yang diketahui dan jika ianya secara istiqamah, kesannya akan dirasai. InsyaAllah.
Solat sunat Dhuha hendaklah dikerjakan pada ketika matahari sedang naik lebih kurang 30 minit selepas syuruk dan 30 minit sebelum zohor (anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari). Dan pada pengetahuan zero, lebih lambat adalah yang lebih afdal. Allahu'alam.
Solat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat, boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ertinya: "sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
b) Bacaan rakaat pertama Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi 10x
c) Bacaan surah rakaat kedua Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Iklas 10x
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Maksudnya:
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan mengamalkan solat Dhuha :
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)"
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ
Maksudnya :
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu dhuha) nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sehingga sampai siang.
Sebab itu lah ada hadis mengatakan Nabi melarang manusia tidur selepas Subuh kerana waktu itu rezeki akan diagih-agihkan. Waktu Zohor pula menandakan rezeki telah sempurna diagihkan. Allahu'alam. Dalam kata lain, baguslah untuk kita sama² dirikan solat dhuha kerana waktu itu rezeki sedang diagihkan dan dengan izin Allah malaikat turun dan tidak lupa untuk titipkan rezeki untuk kita semua. Amin.
0 comments:
Post a Comment