Monday, July 30, 2012

Hari ke-9 di Krista

Salam,

Hari ini hari ke-9 irdina di hantar ke taska. Irdina masih lagi menanggis dan meronta. Sampai sahaja di hadapan pintu taska, irdina seolah-olah sudah dapat menghidu. Jadi tiap kali irdina disuruh bersalaman dengan daddy, tiap kali beliau enggan dan terus menanggis. Tidak seperti kebiasaan. Apalagi bila irdina nampak kelibat teacher yang akan mengambil beliau, terus sahaja kuat tanggisannya dan waktu itu juga irdina mula meronta. Perkara yang sama berulang dari hari pertama hingga ke hari ini. Kesudahannya, tiap hari beliau akan balik dengan suara yang serak. Menanggis sepanjang hari lagaknya.  

Sangat kesian pada irdina. Mungkin kami akan buat keputusan mengalihkan semula irdina ke rumah makcik pengasuh. Ada pros & cons, tapi apa boleh buat. Biar orang akan kata zero berubah-ubah, janji hati zero puas dan senang. Berbeza dengan en.suami yang berkeras untuk biarkan irdina di taska. Tapi sampai bila? Sampai bila mahu lihat anak sendiri menanggis, meronta sebab tidak suka. Zero tidak sanggup.

Dua hari lagi irdina akan masuk umur 2tahun. Zero harap zero dapat buat keputusan yang tepat sebelum beliau mencapai ulangtahun keduannya. Semoga doa zero dimakbulkan. Semoga Allah bantu zero untuk buat keputusan dalam masa terdekat. Insyaallah...

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Oh Ramadhan

Salam,

Ini ada sedikit maklumat untuk semua. Mungkin ada yang sudah tahu & lebih arif, tidak mengapa sama² kita berkongsi ilmu. Niiat zero sekadar ingin berkongsi untuk kebaikan bersama. Mudah²an insyaAllah.

Nabi Muhammad bersabda, perbanyakkan 4 perkara sepanjang Ramadhan :
1. Syahadah
2. Istighfar
3. Doa mohon ke syurga & keluarkan dari neraka
4. Doa mohon keredhaan Allah s.w.t

Lagi satu, zero mahu berkongsi 'link' yang sangat bagus 'for daily use' terutama sepanjang ramdhan ini. Quran online. Cepat & Mudah! Baca siap dengan maksud & suara pembaca. Bila² masa atau di mana² pun boleh baca w/p tanpa wuduk. InsyaAllah...

http://tanzil.net/

Selamat beramal…

Thursday, July 19, 2012

An-Nur Montessari --> Pengasuh --> Krista

Salam,

Semalam 18hb Julai 2012 bermula episod baru untuk nur irdina amani yang mana beliau terpaksa dihantar ke taska@Krista, Bandar Seri Putra. Makanya, sejarah lama berulang kembali. Dari tinggal di taska (2bulan - 1tahun 2bulan) kami tukarkan ke rumah pengasuh (1tahun 2bulan - 1tahun 11bulan) dan kemudian ke taska semula.

Mengimbas cerita lama, tujuan asal menukarkan irdina dari taska An-Nur Montessori ke rumah pengasuh semata-mata ingat lebih perhatian. Sebaliknya keputusan itu tidak kekal lama dan hanya mampu bertahan untuk tempoh singkat iaitu 7bulan sahaja. Akhirnya, semalam kami membuat keputusan menghantar irdina ke taska semula.

Sebab? Pertama; emak pengasuh sakit & kedua; kurangnya cuti tahunan (16hari setahun dan perlu tolak 5hari lagi untuk cuti wajib). Bayangkan... Jadi ketika emak pengasuh sakit, kami sedikit kalut. Cuti tiada. Sudahnya, 3x irdina terpaksa di hantar ke sana ke mari. Kali pertama ke rumah kakak zero. Kali kedua, ke rumah jiran berdekatan (emak za) dan yang terbaru ke rumah kakak kepada jiran (cik ngah). Percubaan menghantar irdina ke 3-3tempat ini bermula dengan tanggisan dan kemudiannya beransur tenang.

Pagi semalam, kami keluar lebih awal sebagai persediaan kerana kami pasti irdina pasti akan meraung kesedihan atau mungkin juga meraung ketakutan. Drama bermula sebaik sahaja kami melangkah masuk ke pintu pagar taska. Bayangkan baru sahaja zero mahu menarik pintu pagar tetapi irdina sudah menangis semahu-mahunya. Zero teruskan juga langkah dan bawa irdina masuk dalam keadaan irdina masih menangis sunguh² dan langsung tidak buka mata. Disebabkan irdina masih tidak boleh bercakap, jadinya zero sukar untuk faham apa makna disebalik tanggisannya. Berat hati irdina, berat lagi hati ummi. Sudahnya, tanggisan beliau diiringi dengan tanggisan umminya juga.

Zero cuba untuk tenangkan irdina untuk tempoh lebih kurang 7minit, tetapi masih tidak berjaya. Jadi, zero ambil keputusan untuk beransur (kerana semalam zero lewat akibat menguruskan irdina ke rumah cik ngah). Kesian, sebak semua ada. Tapi langkah terpaksa diteruskan dengan harapan teacher² di situ berjaya menenangkan irdina semula.
Ketika dalam perjalanan ke ofis, entah kenapa macam² persoalan bermain di benak zero. Lepas itu, ini. Terfikir juga pasti akan bermulanya episod demam/selsema/sakit bila sudah mula tinggal di taska. Alamak, sangat kesian dan sangat tidak suka bagi anak makan ubat. Alhamdulillah, setakat hari ini irdina jarang demam berkat kurniaan dariNYA. Harap bila sudah masuk ke taska, keadaan akan sama juga. Itu satu, lagi yang buat zero ragu² bila  terfikir pasal kes dera, kes anak² di taska diberi minum ubat batuk untuk tido (zero sendiri pun tidak pernah beri) dan sebagainya. Tapi zero cuba jadi sekuat mungkin dan sepositif mungkin. Harapnya, semua itu tidak berlaku di Krista. Doa zero supaya irdina selamat di sana. Aamiin...

Petang semalam waktu ambil irdina dari taska, keadaannya elok & tenang² saja. Semua budak² di situ sedang tengok cerita cartoon dari CN channel dan irdina berada di barisan paling depan dan sedang khusyuk menonton. Dalam hati, haaa lega sebab itu adalah kegemarannya. Syukur sangat² kerana irdina makan umpan jika disuapkan dengan cartoon. So, Lega!

Hari ini, waktu mahu menolak pintu pagar taska irdina sekali lagi berdrama & menanggis lagi. Zero tidak sanggup takut menanggis sama minta en.suami bawa irdina masuk ke dalam. Kami terus tinggal kan. Bila telefon salah seorang teacher keadaannya sudah tenang semula. Syukur alhamdulillah. Mungkin drama akan berterusan untuk 3-4hari lagi dan kemudian tenang² sahaja. InsyaAllah...

Monday, July 16, 2012

Gold Cost Morib, Banting

Salam,

Cerita sudah basi tapi zero tetap mahu simpan memorinya di sini. 2 minggu yang lalu, kami bertiga ke Gold Coast Morib, Banting. Dekat je pun... Pada mulanya, kami cuba merancang trip ini 2 bulan lebih awal untuk bersama-sama dengan teman rapat en.suami ketika di universiti tetapi atas kekangan masing² hanya 2keluarga dapat sertai iaitu keluarga kami serta keluarga man & mai. Ini bermakna 2/5. Alasan? 1. keluarga ezhar & suri : menetap di filipina 2. keluarga fairuz & uni : berkursus 3. keluarga usop & ana : terpaksa menghadiri seminar di saat akhir. Sedikit ralat, tapi trip perlu terus diteruskan. Kesudahannya, tempat keluarga usop yang sepatutnya bersama kami diganti oleh keluarga kakak saya di saat akhir.

Kami berada di sana hanya selama 2H1M. Walaupun hanya untuk tempoh yang singkat, tapi ianya cukup menghiburkan. Tarikan utama semestinya taman tema air mini yang ada di sana. Walaupun mini, tapi ianya sudah cukup bagi menampung kebanjiran pengunjung yang ramai ketika itu. Keadaannya menarik & selesa.
Seperti kebiasaan, orang yang paling teruja dengan air ialah cik irdina selain en.suami. Bagus juga sebab motif kami ke sini pun mahu menghiburkannya. Temanya, irdina suka, kami gembira.

Irdina sangat suka dan teruja dengan air. Nampak saja air, tak tentu arah kami dibuatnya. Cik irdina juga sangat berani, dan yang pasti lebih berani daripada umminya. Ketika di sana, semua slide yang daddy naik irdina juga akan turut serta. Berbeza dengan ummi yang hanya mencuba 2slide itupun sudah menjerit ketakutan. Sabar saja lah, tapi cik irdina tidak. Irdina menjerit juga, bukan menjerit takut tapi jerit suka. Dalam hati zero, ‘hero’ sungguh anak aku ni. Bayangkan irdina juga tahan diselam dalam air. Ini antara ilmu yang dipelajari sejak usia 6bulan bersama dengan daddy.


Apapun, kami suka dengan trip yang sebegini, cuti berramai²an. En.suami yang kebiasaannya lebih sukakan privasi dengan keluarga sendiri, pun sudah mula selesa. Bagus, ini petanda yang baik. Lepas ini boleh kami bawa bersama keluarga/kawan² dalam trip akan datang. InsyaAllah.

Secara keseluruhan, zero puas hati bercuti di Gold Cost Morib, Banting ini. Cuma yang paling kecewa adalah cafe & makanannya. Keadaan seperti makan di warung. Tidak tersusun, tidak kemas, dan kurang bersih. Bagi yang mahu ke sini, cadangan zero cari makanan di luar atau bawa bekalan bersama (kedai makan tiada di kawasan sekitar dan anda perlu memandu sejauh lebih kurang plus minus 10km jauhnya). Secara ringkas, ini 'review' dari zero untuk Gold Cost Morib, Banting.

Lobi : Ringkas tetapi menarik, jadi zero berikan B


‘Public Area’ : Agak kotor & kurang dijaga, jadi zero berikan C. Mungkin juga kotor disebabkan adanya taman tema air di kawasan berdekatan jadinya orang bebas keluar masuk dalam keadaan basah / kering

Café : Sangat tidak memuaskan hati. Tidak kemas & tidak tersusun, bersepah, tiada kawalan dari pihak hotel & makanan tidak membangkitkan selera. Rasa makan bukan di restoran tapi di warung gayanya. Jadi zero berikan C

Bilik : Zero sangat suka walaupun tidak semewah mana kerana tiada karpet dan hanya beralaskan tiles biasa. Temanya coklat pada dekorasi perabot hiasan hingga ke langsir memukau pandangan mata. Bilik besar menambah keselesaan. Jakuzi menambat hati kami. Jadi zero berikan A



Taman tema : Walaupun tidak sebesar mana, tapi ianya cukup selsesa & bersih. Kemudahan tersedia untuk pelbagai lapisan usia dari bayi sehingga mak ayah bayi juga. Jadi zero berikan A


Nota Kaki : Kualiti gambar kurang menarik. Guna 'Hp' murah je pun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...