Ini antara faveret Irdina. Ummi pun tidak pasti kenapa suka sangat Irdina pada kuda. Jadi ummi & daddy ada niat ummi hantar Irdina belajar menunggang kuda, tapi rasanya hajat tidak akan kesampaian kerana atas nasihat orang yang mahir kuda, katanya anak perempuan tidak digalakkan untuk berkuda atas sebab tertentu. Dan katanya lagi, risiko kecederaan ketika menunggang kuda adalah tinggi dan biasanya kecederaan teruk. Jadi, ummi & daddy harus kata "NO". Maaf ya sayang.
Walaupun hajat kami tidak mungkin kesampaian, tapi sekurang-kurangnya Irdina sudah pernah rasa nikmat naik kuda (w/p kuda berjalan sahaja) ketika usia 1tahun 2bulan. Dan ketika di Langkawi, kami bawa pula Irdina naik kereta kuda. Kira ianya sudah memadai..