Walaupun hari ini Januari sudah menjenguk hari ke-8, zero tetap bersemangat untuk menulis di belog picisan ini bagi mengulung tahun 2011 & memulakan cerita di tahun 2012. As usual, mood untuk menulis di belog macam chips more, sekejap ada & sekejap hilang. Apapun, keluarga+kerja+segala tanggungjawab perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.
Alhamdulillah tahun 2011 tersimpan banyak memori suka duka. 365 hari sudah pasti banyak suka duka yang tersurat & tersirat di dalamnya. Itu lumrah kehidupan manusia nikmat pemberian dariNYA. Ada manusia yang diberi hanya dengan kegembiraan dan ada juga yang sarat dengan kepayahan.
2011 zero telah merasai nikmat kebahagian sebagai
hambaNYA, nikmat kebahagian sebagai seorang isteri, nikmat kebahagian
sebagai seorang ibu, juga nikmat kebahagian sebagai seorang pekerja.
Alhamdulillah zero dapat rasa semua itu dalam tahun 2011. Syukur tidak
terhingga padamu ya ALLAH atas segala nikmat darimu . Thanks Allah, thanks sayang.
Pada zero walaupun banyak manis dari yang pahit, zero cuba untuk terus bersyukur padaNYA yang esa. Syukur dengan segala kesenangan/kemewahan hidup serta syukur atas kesempitan/dugaan yang diterima kerana itu semua ujian dariNYA. Allah itu maha ADIL, jadi siapa tahu disetiap sesuatu itu DIA telah janjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Mudah-mudahan...
Di tahun 2011, zero rasa bahagia jadi isteri kepada en.suami yang sangat ringgan tulang, bertolak ansur, penyayang & bijak menguruskan keluarga. Walaupun en.suami bukan seorang yang begitu romantis, tapi kejujurannya cukup menyentuh hati. Beliau seorang yang suka buat kejutaan tanpa diduga.
Zero rasa bahagia bila ada suami yang rajin membantu menguruskan rumah & kebiasaannya tanpa diminta. Beliau juga bertindak sebagai "Financial Controller" keluarga kami. Bil pembelian WAJIB disimpan bagi memudahkan en.suami buat kira & akaun bulanan sekaligus memantau setiap aliran duit kami. Terus terang kalau tanya tentang bil bulanan, 1pun zero tidak tahu kerana semuanya diserahkan kepada en.suami.
En.suami lebih berjimat cermat orangya jika
dibanding dengan zero. Apa yang zero nampak beliau lebih suka habiskan
duit untuk anak isteri berbanding diri sendiri *sama seperti suami lain* Hasilnya agak memuaskan hati apabila sedikit aset telah kami miliki.
Contohnya, rumah+anak pada tahun 2010 & tanah tahun 2011. 2012?
Ianya
masih kabur & belum tergambar di minda kami. Mungkin tahun ini kami
mengambil pedekatan slowdown sebentar bagi melangsaikan hutang piutang yang ada.
InsyaAllah dengan izin dariNYA misi seterusnya akan dilaksanakan pada tahun berikutnya.
Di tahun 2011, zero juga rasa bahagia jadi ibu kepada si anak dara sorang Nur Irdina Amani. Terasa bahagianya bila dapat melihat si anak membesarkan sehari demi sehari. Bahagia melihat anak meniarap, merangkak, berdiri, berjalan & sekarang berlari. Bahagia tidak terhingga talkala dapat melihat anak menangis & ketawa. Sesungguhnyaa dia sumber kebahagiaan kami.
Dalam bulan Julai tahun 2011, genap 3tahun zero bergelar seorang pekerja. Dalam tahun ke-3 baru lah benar zero dapat menyesuaikan diri dengan lambakan & tekanan kerja sebenarnya. Masa yang boleh dikatakan agak lama, tetapi akhirnya zero berpuas hati kerana tahun ini telah nampak hasilnya apabila ganjaran yang diperolehi di luar jangkaan. Syukur, syukur, syukur, padamu ya Allah. Semoga zero terus diberi kekuatan & semangat untuk terus bekerja.
Secara keseluruhannya, tahun 2011 tahun yang mengembirakan. Tahun 2012 nasibnya masih belum pasti. Tidak sama seperti kebiasaan, tahun 2012 zero lebih bersemangat & berazam kuat mahu jadi muslimah sejati, isteri & anak solehah, ibu penyayang & pekerja berdedikasi. Yang pasti, kena buang jauh sifat iri hati & tanamkan sifat tidak berkira untuk kongsi apa yang baik pada semua. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan juga keberkatan untuk capai apa yang zero impikan. Amin...
I Love My Family : 'Family is Everything'
.
2 comments:
Ayu... best2!! cute sgt gmbr last tu...hehehe... suka baca tau...ayat ayu begitu teratur.... wish u all the best...personally i think that u have everything dear...ur life complete already.. sume ade...=) But as usual, we want MORE, MORE & MORE... suke jugak ayat ayu yg last tu... amin....
My Inspiration : thanks for reading. hahahaaa, entah dtg mood nak menulis 'skema' time ni. mungkin sbb luahan dtg dari hati itu yg jadi sentimental sikit kot firuz [;)]
sementara DIA bagi peluang untuk kita, selagi tu lah kita masih berpeluang untuk berusaha utk dapatkan yang terbaik. insyaAllah. sama2 kita yea *love u*
Post a Comment