Friday, January 27, 2012

Kongsi Cerita ...

Salam, 

Kerana terdapat kesempatan, zero suka mahu berkongsi cerita. Cerita tentang keluarga juga cerita tentang keluarga seorang teman sepejabat. 

Ok, kita mulai dengan cerita keluarga zero. Untuk makluman, nenek zero (sebelah ayah) baru sahaja meninggal dunia pada 24hb Jan 2012 setelah tidak sedarkan diri selama 6hari. Tiada sakit kritikal sebenarnya, hanya sesak nafas biasa sebagai penyebab kepada kematian. Hakikatnya, semuanya sudah tersurat. Nenek pergi selamanya di usia 83 tahun. 
  
Talkala meratap mayat nenek hingga ke liang lahad, terbit satu rasa jauh disudut hati. Rasa keinsafan. Keinsafan terbit pabila mendengar bacaan talkin tentunya. Alangkah bagusnya jika rasa itu terbit setiap saat, minit,jam & setiap waktu! Supaya keinsafan itu kekal selamanya. Allahuakbar! Apapun, mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah nenek zero ‘Saakdiah Arshad’. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang² beriman. Amin…
Zero buka pula cerita kisah anak, si tenit sudah kami hantar ke rumah pengasuh (BS) mulai 2hb Jan 2012 yang lalu. Beralih angin dari ‘daycare’ ke ‘babysitter’ atas alasan mahukan keselesaan & lebih tumpuan untuk si kecil. Alhamdulillah setelah 1bulan, kami berpuas hati. Jarak kurang daripada 100meter, memudahkan kerja kami. Tambah pula, bila kami dapat rasakan ada sedikit perkembangan positif. Peningkatan dari segi berat badan juga mindanya. Keputusan yang tepat. Mudah²an.

Selain itu, ada satu perkara yang buat kami berdua (zero & suami) sedikit kecewa. Kecewa dengan perangai segelintir manusia yang suka berkata-kata tanpa memikirkan perasaan orang lain. Benda ini terkena pada kami sendiri. Kami rasa dipersenda. Patutkah soalan (1) 'betul ke ini anak kau?'  (2)'lain lah anak korang, tak serupa korang' (3)'kulit ikut siapa' (4)'rambut ikut siapa' dilontarkan kepada mereka yang berkahwin & mendapatkan anak dengan cara yang sah?  Cantik atau tidak, itu bukan kerja manusia. Tugas kita hanya memikul tanggungjawab besar dariNYA. Sama² kita didik anak kita untuk jadi yang terbaik dunia akhirat, insyaAllah. Yang pasti, kami bangga dengan anak kami.


Rutin harian sebagai isteri/ibu masih sama seperti biasa. Hari bekerja, bagun seawal 6.20pagi (awal ke?) untuk sediakan bekalan si kecil & encik suami. Kemudian bersiap untuk ke tempat kerja sebagai pembonceng setia si suami. Walaupun takut pada mulanya, zero terus cekalkan hati untuk menghadapi risiko. Risiko di jalan raya tentunya. Terpaksa menanggung risiko kerana mahu berjimat wang & masa. Ada perancangan untuk memandu, tetapi mungkin untuk tempoh 2-3 tahun yang akan datang. Itupun bila lebih luas rezeki untuk kami sekeluarga, juga bila sudah tidak perlu bagun pagi memasak bekal anak dan suami (kerana semua ini memerlukan masa). Kami ada menyimpan niat menyertai mak ayah menunaikan rukun islam ke-5 pada 2014, tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab² tertentu. Tiada apa yang perlu dikecewakan, kerana kita masih punya masa. InsyaAllah semoga Allah permudahkan. 

Zero sentuh pula cerita tentang seorang teman sepejabat yang baru sahaja kehilangan suami tercinta. Sebak mendengar apalagi untuk menghadapi sendiri keadaan itu.Tidak sanggup rasanya, untuk meneruskan hidup sebagai seorang balu membesarkan 3orang anak yang masih kecil (7,5,4 tahun). Ibarat rumah yang sudah kehilangan salah satu tiang. Sudah tentu itu bukan kerja mudah. Perlu kuat mental & fizikal, perlukan 1001 kecekalan & kekuatan. Tidak dapat zero bayangkan zero berada di tempat beliau. Zero masih belum cukup kuat! Semoga Allah berikan segala bentuk kekuatan ke dalam diri zero hari demi hari. Cuma ingatan zero untuk diri sendiri & semua, mari kita belajar menjadi manusia/isteri/ibu/suami/ayah yang kuat sebagai persediaan bagi menghadapi situasi akan datang yang mana kita pun tidak pasti. Semoga kita mampu menjadi hambaNYA yang kuat mental & spritual. InsyaAllah …  

Wasalam.

7 comments:

Unknown said...

Takziah di atas kematian nenek Ayu..Moga dengan kepergiannya mampu beri kesedaran tinggi kat diri kita..

Pasal mulut orang tu, Ayu toksah la dok pikirkan sangat..Dah Ayu+Imran=Irdina Amani kan..Memang jadik muka sendiri je la..

BTW, siapa yg meninggal suami tu? Kak Laila ke?? kalau betul dia, sampai kan salam takziah dari Mira..Sungguh dia kuat menerima ujian yang begitu hebat..Allah Maha Mengetahui..

k|ree said...

takziah ayue.....amani punya baju sama ngan naurah....hehehe...byk baju diorg sama kan...?comellll....

rDnA said...

Takziah atas pemergian nenek ayue..

Abaikan je ckp org tu..Bukan kuasa manusia nk ubah ciptaan Allah..Allah dh jadikan semua makhluk dia sebaik dan sempurna..biarla tak sama pun..amani tetap comei

Cik Cip Puding said...

Life... Semoga ada hikhmah disebalik yang berlaku...

My Inspiration said...

Ayu... its life... mcm2 happen... yg penting kite sentiasa beringat... totally agreed with u...

ZERO VENDETTA said...

Amira Firul : thanks mira. ayu dah x nak ambil pusing sgt pasal benda tu. lantak pii lah [:D]by the way, yg meninggal tu bkn suami k.laila tp suami k.suhada staff baru. kita doakan dia kuat. amin...

Kiree:Casio : hahahaaa.yg ini sama jgk ke? mmg lah mak amani & naurah ni sama taste *heh*

rDna : thanks rDna. saya suka ayat awak *thumbs up* [:-bd]

Cik Cip Puding : mudah-mudahan insyaAllah

My Inspiration : betul life kan. ada masa senang, ada masa susah, ada masa gembira & ada masa sedih. Ayu percaya Allah maha adil [:))]





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Khusyairi said...

Takziah di atas kematian nenek.

Bukan ke Amani tu iras2 Imran. cute... hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...