Friday, November 19, 2010

Cinta Itu Seperti Garam...

Salam

Ada satu cerita yang ingin saya kongsi, kisah suami & isteri. Secara kebetulan cerita ini memberi jawapan kepada saya mengenai satu keraguan. Sebagai wanita / isteri, saya juga seperti wanita yang lain yang selalu ingin tahu tahap cinta suami pada saya. Jadi selalulah keluar soalan "Abi, sayang ummi tak?" setiap kali soalan itu saya ajukan, pasti jawapannya tetap sama "biasa-biasa je". Kadang tu rasa sakit hati juga, tapi mungkin inilah jawapan untuk saya...

Ceritanya :

Amri dan isterinya sedang berada di dapur
"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini." Amir tersenyum. "Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah"

Thursday, November 18, 2010

Isteri vs Ibu...

Salam

Saya baru saja selesai membaca satu rencana bertajuk "JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU" yang dikongsi oleh seorang kenalan di FB dan kalau tak silap saya rencana ini oleh Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Pada rencana ini sangat menarik & boleh dikatakan sangat penting untuk kita kaum hawa esp yang telah bergelar ibu. Jadi saya kongsi rencananya untuk kebaikan & ingatan bersama insyaAllah...

Rencananya berbunyi :
" Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya telah melahirkan seorang anak atau 10 orang anak yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Monday, November 15, 2010

Perkembangan Bayi Bulan ke Bulan...

Amani genap 3 bulan 2 minggu hari ni. Alhamdulillah Amani dalam keadaan cergas & menunjukkan perkembangan yang sihat. As at today, inilah 'improvement' oleh Amani.

Tuesday, November 9, 2010

Perjalanan Amani...

Entry kali ni saja nak upload gambar-gambar amani dari 1st day, 1st month, 2nd month & terkini 3rd month atas permintaan en.asben katanya biar disimpan di sini sebagai memori kami.

Monday, November 8, 2010

Masak & Makan...

Konsep kami berdua (saya & asben) masak & makan. Kami lebih selesa mengamalkan cara ni memandangkan kajian yang kami buat membuktikan bahawa ianya sangat menjimatkan. Cara ni kami praktikkan sejak dari awal perkahwinan lagi. Alhamdulillah banyak yang boleh dinikmati berkat mengamalkan cara ini.

Macam biasa, hari-hari saya akan masak untuk suami & diri sendiri (2x sehari). Maksudnya kami akan bawa tapau ke ofis. Walaupun kadang-kadang saya buat sesimple yang boleh disebabkan kekangan masa. Nasib en. asben sangatlah tidak cerewet orangnya bab makanan ni yang penting makanan tu jangan terlalu pedas. Kesimpulannya hari-hari saya akan 'mengerah' diri sendiri untuk masak kecuali hari Sabtu (hari shopping kami). So maknanya, Ahad pun tak ada cuti untuk saya juga. Kadang tu rasa penat juga lagi-lagi bila dah ada Bb ni. Tapi saya selalu berkata-kata sendiri, "tak apalah masak dengan air tanggan sendiri lebih bagus & insyaAllah suami akan makin sayang". Semoga kecekalan saya ini akan berkekalan. Amin...

Wednesday, November 3, 2010

Mitsubishi ASX...


Monday, November 1, 2010

Handbag & Backpack

Salam

Entry ni sebenarnya untuk ucapkan terima kasih pada my sis yang belikan handbag untuk saya (lupa plk nak snap pic) last week. Thanks kak... Cantik beg tu, suka!

Masa akak saya bagi rasa sangatlah teruja. Tapi lepas dua hari baru saya perasan yang sejak amani ada, no more handbag baik utk keluar jalan2 or utk ke ofis. Sekarang dah tak ada masa nak pilih beg mana nak pakai utk sesuaikan dengan gaya & warna baju. 'handbag' saya sekarang hanya satu, jeng 3x inilah beg baru saya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...