Monday, February 8, 2010

Isabella & Isabel

Masih ingat tak entry saya pada 15 Disember 2010 bertajuk '1st Anniversary' yang menceritakan tentang anak angkat kami?Sebenarnya anak angkat yang kami maksudkan bukanlah manusia tetapi seekor kucing ;) Jangan marah kawan2 kerana tiada niat ingin menggenakan tapi itulah hakikatnya memang kami ambil dua ekor kucing itu sebagai anak angkat kami.Kami ambil dua ekor kucing kembar (betina) dari SPCA dengan harga RM100 setiap satu.



Cerita begini,
Kalau tak silap saya 5hb Disember 2009 kami menonton rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di saluran 119. Seperti biasa antara topik yang dibincangkan adalah mengenai binatang peliharaan.Kebetulan hari tersebut mereka menyiarkan mengenai SPCA yang juga dikenali sebagai Persatuan Menolong Haiwan.Mereka memaklumkan bahawa di situ terdapat pelbagai jenis binatang peliharaan yang boleh diambil sebagai anak angkat.

Hati kami tertarik untuk ke sana,jadi petang itu juga dengan perasaan teruja kami ke SPCA Ampang dengan hajat mengambil sesuatu sebagai anak angkat. Dalam fikiran kami antara kucing atau arnab la yang bakal menjadi anak angkat kami. Kami begitu bersemangat al maklumlah kami masih tidak mempunyai zuriat untuk dimanjakan.Tapi seminggu selepas mengambil dua ekor kucing tersebut,kami mendapat berita gembira yang mana saya berbadan dua.Alhamdulillah…

Inilah kucing kami yang kami beri nama Isabella (Bella) dan Isabel (Bel).Isabella kerana bersifat keperempuanan dan manja sedikit manakala Isabel kerana keagrasifannya ;)




Jadi pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak angkat / binatang peliharaan terutama kucing,silalah berkunjung ke SPCA Ampang.

6 comments:

siti dahlia mohd rosle said...

nak 1 boleh..?pos balik melaka..heheh...

ZERO VENDETTA said...

nak satu dahlia?adus itu kena tanya Mr.I ni!rasanya kalau hilang pun kucing-kucing tu mau meraung dia ;)

Anonymous said...

comelnya mcm laura gak..anyway Laura pun adopted..he he...

Anonymous said...

kt umah sy pn ada kucing..tp kucing liar...kucing ni dtg sendiri masa mak n abah sy nk g haji 3thn lps...so,sampai skrg kitorg bela..

ZERO VENDETTA said...

munira - serius,laura pun adopted?awak ambil mana?

m_areel - so kucing liar dah jadi kucing manja la erk?

Mawar misswateva said...

mawar takut kucing, cmne nk buat tuuu??=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...