
Cerita begini,
Kalau tak silap saya 5hb Disember 2009 kami menonton rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di saluran 119. Seperti biasa antara topik yang dibincangkan adalah mengenai binatang peliharaan.Kebetulan hari tersebut mereka menyiarkan mengenai SPCA yang juga dikenali sebagai Persatuan Menolong Haiwan.Mereka memaklumkan bahawa di situ terdapat pelbagai jenis binatang peliharaan yang boleh diambil sebagai anak angkat.
Hati kami tertarik untuk ke sana,jadi petang itu juga dengan perasaan teruja kami ke SPCA Ampang dengan hajat mengambil sesuatu sebagai anak angkat. Dalam fikiran kami antara kucing atau arnab la yang bakal menjadi anak angkat kami. Kami begitu bersemangat al maklumlah kami masih tidak mempunyai zuriat untuk dimanjakan.Tapi seminggu selepas mengambil dua ekor kucing tersebut,kami mendapat berita gembira yang mana saya berbadan dua.Alhamdulillah…
Inilah kucing kami yang kami beri nama Isabella (Bella) dan Isabel (Bel).Isabella kerana bersifat keperempuanan dan manja sedikit manakala Isabel kerana keagrasifannya ;)


Jadi pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak angkat / binatang peliharaan terutama kucing,silalah berkunjung ke SPCA Ampang.

6 comments:
nak 1 boleh..?pos balik melaka..heheh...
nak satu dahlia?adus itu kena tanya Mr.I ni!rasanya kalau hilang pun kucing-kucing tu mau meraung dia ;)
comelnya mcm laura gak..anyway Laura pun adopted..he he...
kt umah sy pn ada kucing..tp kucing liar...kucing ni dtg sendiri masa mak n abah sy nk g haji 3thn lps...so,sampai skrg kitorg bela..
munira - serius,laura pun adopted?awak ambil mana?
m_areel - so kucing liar dah jadi kucing manja la erk?
mawar takut kucing, cmne nk buat tuuu??=P
Post a Comment