Monday, November 30, 2009

Raya Korban...

Tiada banyak perbezaan untuk sambutan raya korban setelah bergelar suami isteri,hanya yang membezakan telah ada dua destinasi dan juga dua keluarga untuk meraikannya.Lagipun,tiada apa yang menarik kerana maklumlah kami berdua masing-masing datangnya dari selatan,jadi kemeriahan sambutannya agak kurang tidak seperti di Timur dan Utara.Tak apalah sebab yang penting dapat pulang ke kampung dan meraikannya bersama keluarga tercinta.Itu sudah cukup memadai.

Sama seperti raya puasa,kami beraya di tiga lokasi Melaka,JB dan Singapura.Sambutannya biasa-biasa je.Tak ada baju raya yang berpasang-pasang macam raya puasa,tiada sesi bergambar,tiada salam-salaman.Persamaannya cuma,bangun pagi-pagi untuk mandi sunat raya,mengerjakan solat raya,melawat kubur,dan makan menu macam hari raya puasa.Dan yang menariknya masa inilah ada lembu/kambing yang dikorbankan bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan putera kesayanngan beliau iaitu Nabi Ismail atas ketaatan dan ketaqwaan pada Allah S.W.T.

Entahlah,itu pengalaman kami bersama keluarga.Mungkin ada juga yang menyambut raya korban sama seperti raya puasa,tapi tidak bagi kami.

Bila tiba saja sambutan hari raya lagi-lagi bila sudah berumahtangga ni,macam-macam yang perlu kita bertolak ansur antara suami isteri.Rumah mana nak balik dulu?Kalau balik rumah A takut hati keluarga B terluka dan sebaliknya.Itulah yang kami alami.Apa yang kami buat hanya satu,kami akan pastikan pada hari pertama setiap raya kami berada di kedua-dua rumah.Adil!

Tapi macam mana tu?Bukanlah kami belah badan kami,cuma kami terpaksa berkorban bila terpaksa bersama salah satu keluarga untuk tempoh yang singkat.Bagi kami tak apalah asalkan dapat membahagiakan hati kedua belah keluarga dan hati kami juga.Sebab rasanya keluarga kita turut memahami dan rasanya kepulangan kita sudah cukup membuatkan mereka tersenyum.Harapan kami,tolak ansur ini akan berkekalan dalam jiwa kami berdua selamanya.Amin..

**Agak terkilan sebab tak dapat menonton Nur Kasih episod akhir sebab ada di Singapore malam tu hanya mendengar summary dari yang menonton.so sad! ;(

3 comments:

k|ree said...

boleh tgk online...kat tv3 online tue... :)

Artakus Lady said...

x dapat tgk??rugi..tp ttp blh beli dvd nyer kn..heh

ZERO VENDETTA said...

kiree - aah tp need to register to yg malas.tp akan ku usahakan demi nur kasih!

artakus - dvd'nya confirm akan ku beli ;) mesti 3x!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...