Ucapan ini saya titipkan buat diri sendiri.Teramat lama rasanya tidak berblogging dalam blog kesayangan kami ini. Selama bercuti dari 9hb sehingga 17hb November 2009, hasrat hati untuk tidak lagsung membuka blog telah berjaya. Maknanya sepanjang tempoh tersebut, tidak sekali pun saya menjenguk ke sini mahupun ke laman sembang yang lain. Entah kenapa, alasan yang kurang kukuh kerana mahu menumpukan perhatian pada thesis yang sudah agak lama tertangguh.
Terus terang saya katakan yang tidak ada apa yang menarik sepanjang bercuti. Bayangkan bila bercuti tanpa suami di sisi. Agak membosankan! Mr.I tidak bercuti kerana akan bercuti panjang untuk exam pada awal December depan. Jadi secara kasarnya, saya tidaklah ke mana – mana. Tapi disebalik kebosanan ada juga rasa seronok bila dapat merasai nikmat sementara sebagai suri rumah. Maknanya sepanjang bercuti, saya berkesempatan untuk menyediakan breakfast untuk suami, mengiringi suami ke muka pintu sebelum ke tempat kerja dan di sebelah petangnya pula, saya berpeluang menyambut kepulangan suami.Walaupun tidak untuk selamanya, tapi tempoh seminggu sudah memadai. Tidak seperti selalu saya hanya sempat menyediakan sarapan (tapau) tanpa sempat menghantar dan menyambut kepulangan suami. Pada kebiasanya, role kami seolah-olah bertukar kerana saya yang lebih awal keluar rumah dan saya yang paling lewat pulang dari tempat kerja. Tapi apa boleh buat, pejabat saya lebih jauh dari rumah jika dibandingkan dengan suami.
Selama tempoh bercuti,rutin saya tidak banyak berubah dari sehari ke sehari. Seawal pagi kebiasaannya saya akan ke UPM (GSM) untuk membuat kerja–kerja thesis saya. Sepanjang bercuti, boleh kata tempat saya selalunya di hadapan PCs kalau di UPM atau kalau di rumah depan notebook capuk saya la.Terasa juga untuk mengganti tapi ia masih elok dan berfungsi baik. Lgpun notebook capuk ni dah banyak berkhidmat untuk saya sejak zaman zaman U lagi.
Sambil-sambil bercuti, sempat juga saya berjumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa macam uni, jihan dan juga aina. Tetapi yang pasti sebelum jam 5 petang saya akan beredar untuk menyediakan makan malam seperti kebiasaannya.

-setiap hari sepanjang bercuti (GSM)-

-setiap hari sepanjang bercuti (rumah)-
Selama bercuti, emak ada juga datang menjenguk kami. Kata mak, rindu sangat dah kat kami. Apapun terima kasih mak. Alhamdulillah terhibur juga hati saya bila emak datang walaupun untuk tempoh singkat. Tapi sempat jugalah saya dan kakak bawa mak jalan–jalan. Ini gambar kami bertiga..Serupa tidak tiga beranak ni?

Masa cuti ni,sempat jugalah kami menonton wayang “2012”. Tengok midnight masa opening Khamis lepas bersama empat rakan yang lain. Thanks uni, firuz, kak azrul, dan syikin sebab sudi reserved kan ticket untuk kami. Keseluruhan filem tersebut biasa-biasa saja. Cuma tak dinafikan ada juga babak yang menarik dan ada juga babak yang akan membuatkan kita semua sebak dan mengalirkan air mata. Siapa yang planning ke panggung, cubalah tonton filem ini untuk merelaxkan diri."2012" cerita yang santai bagi kami.


-ngantuk ke tunggu movie-
Sepanjang bercuti, keletah Razih selalu juga jadi penghibur. Setiap hari saya pasti ambil Razin paling tidak untuk 30 minit. Kadang bawa Razin ke taman dan sekali sekala bawa Razin ke shopping (biasanya kami akan masukkan Razin dalam trolley sebabnya tak larat nak mendukung budak debab ni!). Ini ada gambar si debab (Razin) dan juga gambar adik kepada si debab yang bakal menjadi mangsa kami kelak.Tunggu ya bila awak besar sikit Ruzin!

-Razin,as usual!-


-Edry Ruzin (adik kepada Razin)-
Tiada apa yang menarik, sekadar ingin berkongsi.
0 comments:
Post a Comment