Friday, October 30, 2009



Yummy!
Bestnya kalau dapat makan benda ni lagi-lagi waktu sedang merilekskan diri.Makanan di atas macam semua tahu "puding fruit bersos kastard".Boleh kata sering jugalah saya buat sebab bendanya simple.Kebetulan juga dalam minggu ni,akak saya ada minta resipinya.Jadi sajalah nak masukkan resipi dalam entry kali ni walaupun dessert ni sangatlah simple.Saya pasti ramai yang dah "pro" untuk membuatnya.Tapi sudah terlanjur,nak juga masukkan resipinya sekali.

BAHAN-BAHAN :

PUDING
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 tin susu cair
5 sudu susu pekat
secubit garam

CARA PENYEDIAAN PUDING:
1. Campurkan semua bahan puding
2. Masak di atas api sehingga menjadi pekat dan likat
atau
sehingga warnanya bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar
3. Setelah masak masukkan ke dalam bekas yang dikehendaki
4. Sejukkan

KUAH KASTARD
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
2 senduk gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur
** Tanpa kuning telur boleh juga

CARA PENYEDIAAN KUAH KASTARD:
1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan
** api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik
2. Biarkan seketika
3. Masukkan dalam freezer

Siap!
Pastikan anda makan ketika sejuk kerana ia lebih menyelerakan

2 comments:

DJ said...

nak try buat lah...

ZERO VENDETTA said...

simple je,
bole try weekend ni.budak2 mcm alia mesti suka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...