Tuesday, July 7, 2009

Bubur Merah Putih...

Resipi lagi..Kali ini resipi bubur merah putih pula.
Ceritanya macam ni,last sunday tiba2 saya rasa nak makan bubur ni.Bubur yang jarang sgt2 ditemui.Mungkin juga kerana kerinduan pada zaman kanak2 satu ketika dulu,resipi ni dikenang kembali =) Nak dijadikan cerita masa zaman kanak2 dulu, arwah atuk & nenek selalu raikan sambutan hari jadi untuk kami.Kalau ada sambutan hari jadi,inilah antara menu favourite waktu tu.Saya memang sangat suka bubur ni!Tp rasanya sudah bertahun lamanya saya x jumpa bubur ni.Last sekali masa form 1/2 kalau x silap saya.Kenapa agaknya susah betul untuk saya jumpa bubur ni??Tertanya-tanya saya sendirian..Saya tidak berapa pasti!Saya membuat andaian mungkin juga bubur ni adalah makanan bahagian Selatan?Mungkin juga kerana orang sudah melupakan menu ini memandangkan sudah terlalu banyak resipi yang best2 untuk disaji.Semua persoalan ini masih bermain di kotak fikiran saya hingga kini.Lagi2 apabila husband saya sendiri tidak pernah melihat bubur ni.Confius2!
Ada yang boleh tolong jawab??
Sempat juga saya membuat survey bertanyakan salah seorang officemate saya Kak Laila,beliau pun tidak tahu apakah bubur yang saya maksudkan itu.Disebabkan teringin benar nak makan bubur ni,saya tekad buat sendiri walaupun tidaklah sesempurna mana.Resipinya sangatlah mudah.Saya dapatkan resipi ni dari kakak saya Mareaney.Thanks kak =)
Inilah hasilnya.

Ini resipinya.

Bahan-bahan:

Daun pandan
Garam secukupnya
Gula pasir
Gula merah (bancuh dgn sedikit air & tapis)
250ml Santan pekat
2 pot beras (blender terlebih dahulu - lebih halus lebih bagus)
Air (Masak seperti m'buat bubur nasi)

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan beras & masak seperti mahu memasak bubur nasi
2. Bila beras sudah kembang, masukkan santan dan tnggu sehingga mendidih
3. Masukkan daun pandan + garam dan kacau sehingga sebati
4. Asingkan separuh daripada bubur ini dalam bekas yang lain
5. Kemudian masukkan bancuhan gula merah dan kacau sehingga sebati
6. Siap untuk dihidangkan

P/S: Cara menghidang - tuang sesenduk bubur merah ke dalam piring. Letakkan sesudu besar bubur putih di tgh2 bubur merah...siap untuk dimakan...Mudah bukan?

5 comments:

d7 said...

ayu.. haha
dont worry..
aku penah makan bubur ni..
but ages ago la..
time bebudak.. :D
sedap ok!!;D

ZERO VENDETTA said...

Thanks d7,
Ada jugak yg tahu kewujudan bubur ni.Bestkan!Yum teringat zaman muda2 dulu.heh..

Diyang said...

ayu...kat kg kak zula yg merah kat tengah-tengah, yg putih kat bah. luar dia...mmg best bubur ni! :-)

ZERO VENDETTA said...

Diyang - Patut akak saya kata mcm tu jgk.hahaa malunya saya salah cara!x berapa pasti sbb lama sgt tak jumpa bubur ni..

Thanks for your comment,next time kalau buat lg saya tukar ikut cara yg betul.

TQ2!

ZERO VENDETTA said...

unknown - Jahatlah unknown ni.Lain kali zerovendetta buat x nak kasi rasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...