Wednesday, June 10, 2009

Debaran..

Rasanya sudah hampir 2 minggu juga saya tak mengupdate entry baru di sini.Mungkin juga kerana kesibukan d'office membataskan jari jemari saya untuk terus bergerak mencurahkan idea.
Tetapi d'sebabkan ada kekangan masa tika ini ( jam tepat pukul 4.30, seperti biasa mood untuk terus bekerja semakin berkurangan.heh.), jadi suka untuk saya mengerakkan jari jemari ini menulis apa yang terdetik walaupun idea konkritnya tiada.
Sebenarnya waktu ni (10 June 2009; 4.30 PM) hati saya seolah-olah semacam tak tenteram.Kenapa?Sebabnya terfikir-fikir mengenai husband saya yang sedang menduduki exam (ACCA) yang mana peperiksaan dari 3Pm-6PM.Kali ini paper P3 pula..

Dalam kotak fikiran saya,macam mana agaknya keadaan Abi waktu ni.Soalan macam mana agaknya?Boleh ke Abi jawab dengan cemerlang?Kerana saya sedar bukan mudah untuk melepasinya.

Ternyata kerisauan tidak dapat saya sembunyikan.Entah berbeza sungguh perasaan saya kali ini.Kenapa?Mungkin kerana melihat kegigihan Abi kali ini sungguh luar biasa.Dapat saya rasai..

Bayangkan untuk 2 bulan kebelakangan ini,rutin harian Abi boleh dikatakan secara keseluruhannya dipenuhi untuk study,malah tidak pernah tido awal.Boleh kata setiap hari buku 3x..Sampai penuhlah rumah saya dengan buku dibuatnya!(serata tempat).Nak dialihkan dimarahinya saya.
Kadang-kadang ada juga rasa bersalah dalam diri kerana tidak mampu untuk menemankan Abi untuk mengulangkaji pelajarannya.Abi marah ummi ke?Ke simpan dalam hati ni?Maafkan ummi ya kalau Abi rasa macam apa yang ummi rasa.
Tika ini yang saya harapkan hanyalah ketenangan,kelancaran dan keredhaan dariNYa untuk Abi.Harap2 Abi dipermudahkan.Exam tinggal tinggal lebih kurang 1 jam je lagi.Ikutkan hati kalau ada kebenaran untuk panggilan telefon, saya teringin sangat nak telefon Abi dan beri kata-kata semangat untuk jam-jam terakhir ni.Apakan daya tidak ada peperiksaan yang membenarkan perkara ini.Oleh itu,akan saya pastikan tepat jam 6PM saya akan menelefon Abi bertanya.
Harapan saya, Abi dapat jawab soalan dengan jayanya.Ummi tahu Abi dah bertungkus lumus untuk exam kali ni.Moga2 Allah memberkati segala usaha keras Abi.Semoga Abi berjaya macam exam-exam yang lepas.Amin..
Malam ni kita makan besar ya Abi.Itu janji Abi kan.Ummi tuntut ni,ummi tuntut =)

1 comments:

d7 said...

ayuuuuuuuuu..
wah x sangka dah ade blog ok!!
hahaah.. nasibla bday imran da dkt ni (tgk kat fs)
so drop by kat profile then tgk ade blog..
best2.. em.. bebaru ni aku follow blgo nadiah but tatau la 2-3 ari ni aku x leh post comment kat blog nie.. nyirap aku.. aku excited gile tgk pelamin yg dia post tu!! hahah.. anyway, ayu lame gile x jpe.. sgt rindu ok.. eh jap2.. knal ke sape aku ni? ;p ni kd la.. hehe kang pakai d7..d7 pastu x knal plak.. cane plak tu kan :D anyway, congrats da ade blog ;) aku akan jadi pengikut blog kamu ok.. tapi sorry aku x leh jadi follower cam cik nadiah kite.. sbb aku nak privacykan blog aku :D hahaah gile jahat x aku? ye la nnt nak gossip2 pasal nkorang kalo kantoi ngan nkorang malu la aku kan ;p ok tc chao!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...