Monday, June 29, 2009

Resipi Puding Roti

Bahan-bahan:

3 camca besar magerin/butter
1/2 cawan gula (ikut pada selera masing2)
3 biji telur
450ml susu segar (atau boleh digantikan dengan susu cair)
2 camca besar tepung jagung
1 sudu teh essen vanilla (untuk menghilangkan hanyir telur)
8 keping roti (dikoyak tanpa kulit)
secubit garam

Cara-cara:

1. Letakkan magerin/butter di dalam loyang
2. Koyak dan susun roti di dalam loyang
3. Panaskan susu segar (jgn sampai mendidih)
4. Dalam masa yang sama kacau telur,garam,gula dan essen vanilla - pukul sehingga kembang
5. Masukkan campuran tadi ke dalam susu segar yang sudah dipanaskan
6. Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga sekata
7. Kemudian masukkan bahan tersebut dalam loyang yang tersedia dan biarkan selama 15 minit supaya roti kembang
8. Bakar selama 45min dengan tekanan 170'C

Inilah hasilnya..


Inspirasi untuk membuat puding roti datang dari kak zula.Thanks kak!

The Climb

Kalau anda perasan, saya dah delete semua playlist saya yang lama dan saya gantikan dengan satu sahaja lagu iaitu lagu "The Climb" oleh Miley Cyrus. Untuk pengetahuan, saya amat menggemari lagu ni untuk masa ini.Mungkin juga saya akan suka untuk jangka masa yang panjang.Kenapa ya?Sebab bagi saya bila dengar lagu ni,betul2 membuatkan saya naik semangat.Tidak kira la semangat untuk apa sekalipun especially semangat untuk terus bekerja & belajar.Kat bawah ni ada lyric lagu tu yang mana lagu ini adalah sound track untuk Movie Hannah Montana.Cuba anda amati bibit2 lyric di bawah,sungguh indah..
I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin
You’ll never reach it
Every step I’m taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high
There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle
Sometimes you going to have to lose
Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
The struggles I’m facing
The chances I’m taking
Sometimes they knock me down but
No I’m not breaking
The pain I’m knowing
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on
There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle
Sometimes you going to have to lose
Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith
Uohhhhh…
Ok x?Menarik??Bagi saya memang sungguh menarik, sama seperti movie Hannah Montana itu sendiri.Best!

Tuesday, June 23, 2009

Indahnya Rejab..

Memandangakan bulan Rejab akan kembali tak lama lagi esok (24 Jun 2009–22 Julai 2009), jadi suka untuk saya berkongsi info kat sini untuk kebaikan & amalan bersama. Semoga semua antara kita memperoleh manfaat dari info ini.Mudah-mudahan InsyaAllah..
Rejab ertinya kebesaran, keagungan dan kemuliaan kerana itu Allah limpahkan rahmat terhadap hamba2nya yang beramal dalam bulan Rejab seperti berpuasa, berzikir, bersedekah dan beramal pada malamnya (solat tahajud, solat witir, solat tasbih dan bacaan Al-Quran dll).
Sabda Nabi S.A.W. :
"BULAN REJAB BULAN ALLAH, BULAN SYAABAN BULANKU DAN BULAN RAMADHAN BULAN UMATKU"
Di mana kemuliaan bulan Rejab dengan malam Israk-Mikraj, Syaaban dengan malam Nisfu Syaaban dan Ramadhan dengan malam Lailatul-Qadar.

Menurut apa yang saya baca :
1. Malam awal Rejab mustajab doanya. Jadi sama-sama la kita mengambil peluang ini untuk meluangkan sedikit masa berdoa pada waktu mustajab ini
2. Berpuasa di bulan Rejab mulai awal hingga akhir (atau setidak-tidaknya beberapa hari dalam bulan Rejab) akan mendapat pahala yang banyak serta dikurniakan pelbagai rahmat dari Allah S.W.T
3. Sedekah dalam bulan Rejab akan dijauhkan Allah S.W.T daripada api neraka
Ya Allah..
Begitu mudah Allah S.W.T memberi gajaran ke atas hamba-hambanya.Mudah bukan??
Jadi, harapan saya supaya kita sama-sama dapat memperbanyakkan amal dalam bulan Rejab ini.
Beramal la sekadar kemampuan iman masing2.Kalau tidak dapat semua tidak mengapa, asalkan kita tidak meninggalkan kesemuanya. Anggaplah satu kesilapan/kerugian besar jika kita meninggalkan amalan untuk bulan semulia ini.

21 JUNE 2009..

Apa ada dengan 21 June 2009? Pada tarikh ni husband saya sambut ulang tahun hari lahir beliau.Seminggu sebelum tarikh ni, kepala saya dah mula berserabut memikirkan apa yang hendak diberi.
At first, saya nak repair spectacles my husband yang "sopek" kat bahagian tepi dan buat cupcakes (sbb tengok orang design cupcakes comey2,geram dibuatnya) tp at last lain pula jadinya.Punya excited konon2nya kat office on friday siap design la apa yang nak dihias untuk topping cupcakes tu nnt,alih2 lain jadinya.heh.

Ini draf cupcakes saya..



Tp,lain pula cupcakes yang terhasil.Inilah rupanya (berbeza sungguh sebab saya tak jumpa strawbery dan mungkin juga tiada skill lg)


Ini hasil cupcakes untuk my husband.Mula2 husband saya tak menggambarkan wajah kegirangan, tetapi akhirnya dia kata juga sedap.heh.Bg saya oklah untuk first trial tp kena improves lg..

Apa cerita untuk present pula?Jd ke repair spectacles my husband?Ikutkan memang nak repair, tp akhirnya tak jadi sbb husband saya nak bayar sendiri (mb dia nak present yg lain kot.heh.Jgn mara Abi).

Puas memikir,kesudahannya saya belikan office suit brand FERAUD yang kebetulan ada sale (kalau tak sale rasanya saya x belikan lagi2 dalam keadaan ekonomi yang tak memberangsangkan kini).Sbbnya tiba2 rasa macam agak tidak adil kalau kita aje yang berganti baju keje sedangkan suami kita tidak.Betul tak Abi?Heh..

Inilah saja yang mampu saya hadiahkan untuk husband saya, cupcakes dan juga office suit.Cuma yang buat saya agak terkilan sebab tak sempat buat birthday card. Jd tak adalah card untuk Abi macam tahun2 sudah.Sorry Abi!

Thursday, June 18, 2009

June...

Hari ni (18 June) jam 4.49 pagi tadi, my husband dapat sms dari abg ipar saya berbunyi "Im,baby dah selamat".Maksudnya,akak saya dah pun selamat melahirkan anak ke-2 beliau.Syoknya saya rasa dan tak sabar2 rasanya nak p tengok baby tu.Kata akak, muka baby baru beliau betul2 mirip anak pertama.Mesti comel macam abg dia jugak,Edrin Razin..Lihat inilah Edrin Razin..



Comel bukan??Balik ni saya nak cepat2 pg HUKM tengok baby baru dan juga tengok akak saya la of course.heh..
Nak dijadikan cerita,sebenarnya akak saya tak nak deliver dulu kalau boleh sebab nak babynya nanti sama birthday dengan dia 22 June,tp hajat tak kesampaian baby dah keluar.heh.Tak apalah kak, asalkan baby selamat dan yang penting birthday baby baru nnt dekat2 18 June & 22 June.Ok apa..
Lepas ni,every year untuk bulan June ada 3 orang dalam family saya yang akan sambut birthday. 18 June - baby baru akak (nama saya tak tahu lg), 21 June - my husband dan 22 June - akak saya. Meriah betulkan!
Meriah meriah jugak, tp saya tengah pening pk apakah hadiah untuk birthday husband kali ini.Sudah hampir 5 tahun bersama rasanya sudah kekeringan idea dibuatnya.Oleh sebab spectacles yang saya beri waktu nikah dulu sudah pecah pada bahagian tepi (mudah pecah disebabkan frameless mungkin), jd dalam fikiran saya spectacles la kot.Itu hadiah, apa lg kejutan lain?Mb bukan kejutanlah..
Um hasrat di hati nak buat cupcakes untuk birthday Abi kali ni.Tapi pelbagai persoalan berleggar2 dalam minda saya; boleh ke??jd ke cupcakes tu nnt?abi suka ke nnt?Sebab kalau ikutkan saya tak pernah pun buat before this sebenarnya (kalau muffin tu pandailah saya buat).Tapi bila search untuk resipi cupcakes, kelihatan macam mudah.Jadi apa lagi, semangat saya mula meronta-ronta untuk hasilkan sesuatu dari air tanggan sendiri lagi2 untuk hari istimewa sebegini. jadi saya buat keputusan untuk buat cupcakes untuk birthday husband saya kali ni.Insyallah.
Harap2 menjadilah cupcakes saya nnt.Apa2 saya akan update dalam entry seterusnya..

Tuesday, June 16, 2009

Resipi Agar-agar Oreo..

Actually last friday saya off day sbb nak ambil mak saya di KLIA (baru pulang menunaikan umrah) dan pulang ke kampung.Jadi niat di hati nak buat something untuk mak dan family kat rumah.So pk2 yang paling simple dalam fikiran saya adalah agar-agar (sbb nak jimat masa sebab mak arrive pukul 2 PM).

Jadi kat sini saja la nak share resipi yang baru saya try last week.Resipinya untuk hidangan 20 - 30 orang ya.



Bahan-bahan:

2 packet agar-agar
4 scoop besar gula
1 kotak susu segar (saya guna HL Marigold)
1 packet biskut oreo (ditumbuk jangan sampai hancur)
Air (lebih kurang 3000 ml)

Cara Penyediaan:

1. Masak agar-agar bersama air hingga mendidih & biar sehingga agar2 betul2 hancur
2. Kemudian masukkan gula dan susu kacau hingga mendidih
3. Tuangkan separuh dari bancuhan ini ke dalam loyang. Biar seketika (5 minit)
4. Kemudian tabur biskut oreo diatasnya
5. Panaskan kembali baki bancuhan tadi, dan tuangkan ke atas biskut oreo tadi
6. Biar seketika (5 minit).Selepas itu sekali lagi tabur biskut oreo diatas lapisan agar2 tadi
7. Sekarang agar-agar mempunyai 4 lapisan (agar2, oreo, agar2 & oreo)
8. Akhir sekali biarkan sejuk seketika sebelum ditempatkan di dalam peti sejuk

Inilah hasilnya..
Jadi pada yang berminat bolehlah try especially pada tunangan orang yang nak blaja masak tu.Mudah saja.Jom!!

Jgn marah nad =)

Wednesday, June 10, 2009

Debaran..

Rasanya sudah hampir 2 minggu juga saya tak mengupdate entry baru di sini.Mungkin juga kerana kesibukan d'office membataskan jari jemari saya untuk terus bergerak mencurahkan idea.
Tetapi d'sebabkan ada kekangan masa tika ini ( jam tepat pukul 4.30, seperti biasa mood untuk terus bekerja semakin berkurangan.heh.), jadi suka untuk saya mengerakkan jari jemari ini menulis apa yang terdetik walaupun idea konkritnya tiada.
Sebenarnya waktu ni (10 June 2009; 4.30 PM) hati saya seolah-olah semacam tak tenteram.Kenapa?Sebabnya terfikir-fikir mengenai husband saya yang sedang menduduki exam (ACCA) yang mana peperiksaan dari 3Pm-6PM.Kali ini paper P3 pula..

Dalam kotak fikiran saya,macam mana agaknya keadaan Abi waktu ni.Soalan macam mana agaknya?Boleh ke Abi jawab dengan cemerlang?Kerana saya sedar bukan mudah untuk melepasinya.

Ternyata kerisauan tidak dapat saya sembunyikan.Entah berbeza sungguh perasaan saya kali ini.Kenapa?Mungkin kerana melihat kegigihan Abi kali ini sungguh luar biasa.Dapat saya rasai..

Bayangkan untuk 2 bulan kebelakangan ini,rutin harian Abi boleh dikatakan secara keseluruhannya dipenuhi untuk study,malah tidak pernah tido awal.Boleh kata setiap hari buku 3x..Sampai penuhlah rumah saya dengan buku dibuatnya!(serata tempat).Nak dialihkan dimarahinya saya.
Kadang-kadang ada juga rasa bersalah dalam diri kerana tidak mampu untuk menemankan Abi untuk mengulangkaji pelajarannya.Abi marah ummi ke?Ke simpan dalam hati ni?Maafkan ummi ya kalau Abi rasa macam apa yang ummi rasa.
Tika ini yang saya harapkan hanyalah ketenangan,kelancaran dan keredhaan dariNYa untuk Abi.Harap2 Abi dipermudahkan.Exam tinggal tinggal lebih kurang 1 jam je lagi.Ikutkan hati kalau ada kebenaran untuk panggilan telefon, saya teringin sangat nak telefon Abi dan beri kata-kata semangat untuk jam-jam terakhir ni.Apakan daya tidak ada peperiksaan yang membenarkan perkara ini.Oleh itu,akan saya pastikan tepat jam 6PM saya akan menelefon Abi bertanya.
Harapan saya, Abi dapat jawab soalan dengan jayanya.Ummi tahu Abi dah bertungkus lumus untuk exam kali ni.Moga2 Allah memberkati segala usaha keras Abi.Semoga Abi berjaya macam exam-exam yang lepas.Amin..
Malam ni kita makan besar ya Abi.Itu janji Abi kan.Ummi tuntut ni,ummi tuntut =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...