Wednesday, October 21, 2009

Akhirnya sampai juga...

Pada tarikh 17 Oktober 2009,along kami (abg Mr.I) akhirnya mengikat tali pertunangan dan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 25 Decemember ini.Along hanya memaklumkan kepada keluarga 2 minggu sebelum majlis pertunangan.Agak memeranjatkan kerana setahu kami along tidak mempunyai seseorang yang istimewa.Pandai juga along yang terkenal dengan sifat pendiamnya menyimpan rahsia.Dan yang paling best,bakal kakak iparku itu juga dari Melaka.Alhamdulillah sekurang-kurangnya tidaklah ada rasa janggal kelak nanti.

Akhirnya sampai juga jodoh along,itu kata hati kami semua.Apapun tahniah untuk along dan bakal kakak ipar kami (kak Zai).Cuma harapan kami berdua,semoga kami lebih dulu memperoleh cahaya mata kelak memandangkan kami sudah hampir setahun berumahtangga.Amin..

Ini ada beberapa koleksi majlis mereka.











Kemeriahan...

Hari ini tiada lagi Syawal,kita kini berada dalam bulan yang baru yakni Zulkaedah.Sebulan sudah kita meraikan kemeriahan Syawal dengan menjalankan ibadah-ibadah sunat juga menghadirkan diri ke rumah terbuka sana dan sini.Semoga amalan kita diberkati,insyaAllah...

Ini ada sedikit entry atau lebih tepat gambar-gambar ketika sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Jabatan kami.

























Thursday, October 15, 2009

Rumah terbuka...



Kalau tengok kad jemputan di atas,hari ni 15 Oktober jabatan kami akan adakan rumah terbuka semperna Hari Raya Aidilfitri 2009.Seperti tahun-tahun yang lepas semua staff perlu membawa sajian masing-masing untuk santapan bersama selain nasi minyak sebagai menu utama yang kami order.Jadi,ada antara kami yang bawa lemang,steamboat,buah-buahan,sup,kuah durian,roti,kuih muih,dan juga air.Saya pula??Inilah hidangan dari saya iaitu bihun singapore.



Siapa yang berminat untuk try,ambillah resipi ni (hidangan untuk 20 orang)

Bahan-bahan
5 bungkus bihun direndam
1/2 ekor ayam/udang/sotong
2 kiub ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu lada hitam
2 batang carrot dipotong jejari
secekak daun kucai dipotong
segenggam cili padi dimesin
sedikit air
garam secukupnya

Cara Penyediaan
1.Tumis bawang putih
2.Masukkan ayam/udang/sotong
3.Masukkan pula lada hitam dan cili padi
4.Tambahkan sedikit air dan masukkan kiub ayam dan garam secukupnya
5.Kemudian masukkan bihun (goreng sehingga bihun lembut dan tambah air jika perlu)
6.Akhir sekali masukkan sayur

Selamat mencuba!

Monday, October 12, 2009

10 Oktober...

Tarikh di atas tersangatlah cantik.Jadi ramai yang ambil kesempatan untuk raikan hari bahagia mereka macamlah kawan kami berdua ni; nur nadiah hamdan & abdul rahman abdullah (kahwin) manakala nur khairunnisa mohktar & mohd fairuz a.ghani (tunang).Sama macam kami dulu2,kami pun tak terlepas untuk pilih tarikh yang cantik untuk mematri cinta kami.Macam kami dari tunang sampai ke kahwin semua nak cantik dari tarikh,wang hantaran sampailah ke jumlah dulang.kami tunang pada 11.11 dan nikah 12.12.Alasan utama sebab senang nak ingat tarikh anniversary nanti.

Macam kawan kami ni,sorang di Melaka dan sorang lagi di Pahang.Jadi kami terpaksa utamakan yang kahwin dulu sebabnya kami tak mampu nak belah badan untuk hadir kedua-dua majlis.Sorry untuk nur khairunnisa & mohd fairuz a.ghani,kenduri kahwin kamu pasti kami datang insyaAllah.Jadi untuk entry kali ni saya saja nak share pengalaman bertandang ke majlis perkahwinan nur nadiah hamdan dan abd rahman abdullah di Melaka.

Untuk majlis nur nadiah & abdul rahman di Melaka,mereka menggunakan tema merah jambu dan coklat yang mana bagi saya kombinasi color ini agak menarik. Rancangan perkahwinan mereka bermula dengan persiapan yang agak teliti sejak dari awal lagi.Si pengantin perempuan merupakan pencetus segalanya.Dalam hati saya berkata “kreatif juga kawan aku yang sorang ni,sejak bila pulak dia sekreatif ni”.

Majlis agak “cool”,tapi yang menggagumkan saya kebanyakan daripada persiapan untuk majlis mereka disediakan sendiri oleh pengantin perempuan dari sekecil2 benda sampai ke sebesar-besar benda.Contohnya macam bekas untuk door gift,gubahan hantaran,hiasan bilik pengantin dan sebagainya.Lihatlah ini antara hasil tanggan si pengantin perempuan yang agak menarik.

Ini “doorgift” untuk tetamu – hasil kerja tanggan pengantin perempuan

Ini “doorgift” untuk VIP – dibeli dari China

Ini gubahan hantaran yang dibuat sendiri oleh pengantin perempuan

Ini pelamin tempat meraikan mereka sebagai raja sehari

Inilah pengantin perempuan yang disolek cantik oleh mak andam sama ketika majlis saya dulu



Ini buktinya,

tunang (11.11.07)


kahwin (12.12.08)

Inilah dia pasangan merpati dua sejoli,yang sama cantik sama comel


Pujian harus diberi kepada pengantin perempuan kerana majlis tampak sempurna dan berjalan lancar atas tenaga dan kudrat beliau sendiri kerana ibu yang biasanya menjadi tunggak utama perkahwinan anak2 kini sudah tiada.Kamu insan gigih,semoga kebahagiaan akan menjadi hak milik kekal dunia akhirat.Amin...Selamat berbahagia!

Wednesday, October 7, 2009

Makan-makan...

Last weekend (3rd October) kami buat makan-makan jemput kawan-kawan "U",kawan-kawan office dan jiran tetangga.Majlis start lepas asar dan berakhir tepat jam 11.45 malam.Walaupun pada mulanya agak risau dengan kemampuan diri memasak hidangan untuk 30 orang,tapi akhirnya selesai juga.Alhamdulillah..malah ada juga pujian yang saya terima.Trimas!!Menunya mihun soto,lontong,dan mihun singapore selain sampingan lain macam agar2,tembikai dan cake.Habis je majlis rasa puas hati yang teramat entah kenapa.Raut wajah Mr.I pun menunjukkan riak gembira.Terima kasih untuk Mr.I sebab tersangatlah ringgan tulang membantu saya."Sayang kamu".Terima kasih juga untuk yang hadir.

p/s: tiada satu gambar pun dapat d'snap memandangkan kesibukan kami

Monday, October 5, 2009

Akhirnya...

Akhirnya semalam (Ahad) tercapai juga hasrat Mr.I nak tukar HP lamanya kepada "touch screen" walaupun HP baru tu taklah semahal macam orang2 lain mampu miliki.Tapi yang paling menyeronokkan hati ni,Mr.I beli untuk saya juga.Edition yang sama,model yang sama dan color juga sama.Alhamdulillah rezeki.Tapi kami simpan je HP yang lama sebab kalau nak pakai dua (2) nombor macam dulu tak mungkin.Mungkin juga kami akan wakaf pada family ianya lebih berbaloi daripada trade in dengan harga yang ciput,menyakitkan hati.Ceritanya begini,semalam kami ke The Mines cari HP Mr.I.Cari2 punya cari terjumpa la satu (1) HP yang tarik perhatian kami berdua,LG KP500 (LG KUKI).At that time,dalam hati saya rasa suka sangat dengan HP tu,tapi tak terfikir pun yang Mr.I akan belikan untuk saya juga.Saya diam je tak kata apa2.Tiba2 saya dengar Mr.I cakap dengar promoter kat situ kalau saya ambil dua (2) berapa u boleh bagi??Waa dengar je hati saya mula berbunga.Lepas je Mr.I habiskan dialog saya cepat2 tanya:

SAYA : Abi nak beli untuk Ummi jugak ke?
MR.I : Nak ke tak nak?
SAYA : Ummi suka tapi Abi cukup duit tak kalau beli HP ni dua (2)?
MR.I : InsyaAllah cukup
SAYA : Ummi suka HP tu
MR.I : Abi belilah,tapi ni untuk hadiah anniversary kita.Boleh?
SAYA : Okla,ummi tak kesah pun

Thursday, October 1, 2009

Puasa Qadha vs Puasa Enam (Syawal)

Bila masuk bulan Syawal pasti semua orang tak mahu ketinggalan untuk buat puasa enam.Itu sudah pasti...Yang tak pastinya,persoalan dalam benak saya sejak dulu hingga ke hari ni tentang dua (2) puasa ini.Apa yang saya tahu perbezaan antara keduanya dari segi hukum yang mana puasa qadha adalah wajib manakala puasa enam sunat hukumnya.Jadi persoalannya:

1. Puasa mana yang perlu didahulukan?
1. Atau boleh ke kalau saya buat puasa qadha dan puasa enam serentak?
2. Macam cara yang betul untuk laksanakan antara keduanya?

Bagi menjawab persoalan ni,saya ada berbincang bersama suami,kawan2 (eg:fast,firuz,yus) dan ada juga buat google search.Jadi apa yang boleh saya simpulkan dan kongsi bersama seperti ini:

Syeikh Dr.Ali Jumah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan “Jika seseorang itu mampu menunaikan puasa qadha yang tertanggung atasnya terlebih dahulu, kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam,maka itu yang paling baik (afdhal) kerana,

Rasulullah s.a.w. bersabda

دَيْنُ اللهُ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَىَ “Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan”

Menurut pandangan mazhab Syafie pula,puasa qadha dalam bulan syawal harus dihitung sebagai puasa enam. Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya kerana ianya dapat memperbanyakkan amal soleh/pahala. Dan sekiranya bagi mereka yang mempunyai qadha Ramadhan terlalu banyak (contohnya 20 hari)dan dikhuatiri tidak mempunyai masa melaksanakan puasa enam selepas itu,maka diharuskan ia mendahulukan puasa enam dalam bulan syawal dan menunaikan puasa qadha di bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum tiba Ramadhan berikutnya,yakni beliau tidak mengabungkan antara keduanya.

Wallhu A’lam.

p/s: pada kawan2 yang punya ilmu berkaitan kekusutan saya ni,minta sharing2 ya

Friday, September 25, 2009

Hadiah Untuk Nenek...

Masa beraya di Singapore last few days; Mr.I,mak mertua dan nenek lepak dalam bilik sambil2 isi sampul duit raya.Kebetulan masa kami ada,saudara mara yang lain datang menziarah.Persoalannya,mana saya?Saya ada d'living room melayan tetamu yang datang.Tiba-tiba dengan tidak semena-mena Mr.I panggil saya minta bawa beg baru saya dan tunjuk pada nenek.Saya yang tak tahu apa-apa terpingga-pingga la kat situ dengan beg di tanggan.



Lepas tu Mr.I bersuara:

Mr.I : Nenek nak beg yang macam ni?
Nenek : Kalau boleh biar kecil sikit la
Mr.I : Nanti kat KL saya belikan nenek beg pass pada Khairul (adik Mr.I)
Nenek : Jgn yg mahal2 sgt,biar warna gelap tak pe tak nak cerah sebab nenek dah tua
Mr.I : Yela nnt saya belikan nenek yang tiga (3) RM10

Semua dalam bilik tu tergelak besar.Paham sangat perangai Mr.I yang memang kuat berseloroh dengan orang2 terdekat.Tapi yang peliknya kalau dengan orang luar,serius pula perwatakannya."Opppsss jangan mara Abi,Ummi buka rahsia Abi.heh.."Perbualan tu terhenti di situ dan semua mulai beredar untuk melayan tetamu.Aku pulak masih blur dan terpingga-pingga.Di luar,Mr.I start bercerita apa yang perbualan mereka tadi dari A to Z.Oh baru saya paham yang nenek nak beg baru untuk jalan beraya (family outing)3hb Oktober ni.Kesian nenek,nenek pun nak bergaya juga macam kita yang muda-muda ni.Untuk pastikan nenek dapat beg baru sebelum 3hb,jadi semalam Mr.I datang ambil saya d'office (sbbnya kami berdua sudah mula bekerja - keluar kul 12 dan kembali ke office kul 2)untuk pergi belikan beg untuk nenek.Inilah beg untuk nenek yang kami beli.



















Jadi,arini kami akan pos untuk nenek.Harapan kami nenek suka dengan beg ni,yela risau juga kalau2 nenek tak berkenan dengan pilihan mata kami.Dan yang paling penting,hasrat kami nak buat nenek happy.

Thursday, September 24, 2009

Raya Oh Raya...

Raya oh raya,seronoknya bila tiba hari raya.Lagi-lagi bila dah ada dua (2) keluarga ni,sini raya sana raya.Memang meriah!Rutin beraya di kampung saya (Melaka) bermula seawal 6.30 pagi dengan bermaafan sesama keluarga dan kemudian makan bersama.Selepas dari itu,kami terus ke rumah saudara mara terdekat dan jiran tertangga untuk bermaaf-maafan sebelum pergi menunaikan solat raya.Kemudian,kami akan berkumpul semula untuk ke kubur atuk nenek dan seluruh keluarga.Aktiviti diteruskan dengan aktiviti menziarah saudara mara,time ni kembung juga perut dibuatnya sebab semua rumah kami "bedal" je makan.Aduh part ni paling tak tahan!Tapi alhamdulullah tahun ni tak ada symptom cirit birit.Fuh lega...Selepas puas memenuhkan ruang perut dan bermaaf-maafan,kami balik tido dan berehat menyimpan tenaga dan juga ruang perut untuk aktiviti sama pada sebelah malamnya.Begitulah kebiasaannya bila hari raya.Tapi rutin tahun ni hanya sampai ke petang hari kerana kami perlu ke Singapura menziarah nenek serta saudara mara suami pula.Ini ada sedikit gambar raya kami bersama keluarga.


-mak & ayah-


-abg & family-


-akak & family-


-sempoi je bermaafan?-


-wit new family-


-cinta hati Mr.I-


-ampun maaf di hari raya-


-beraya d'singapura-


-keluarga d'singapura-


-menung pk apa?berapa agaknya duit dalam sampul tu ya kimi-


-nak duit raya x ni?-


-nak duit raya ke nak bermaafan ni?-


-macam gitu sekali adikku ini kira duit.serius buruk seh!-


-aktiviti kira mengira-


-anak buahku,adwa' nazran-


-anak buahku sayang,edrin razin-


-sorang lagi,edry ruzin-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...