Tuesday, October 27, 2009

MotoGP Malaysia 2009...



Sekali lagi MotoGP 2009 diadakan di Malaysia,tetapi malangnya kami tidak berkesempatan untuk pergi seperti tahun sudah.Dulu kami agak rajin untuk pergi menyaksikan perlawanan bola,MotoGP dan juga F1 tapi selepas kahwin keterujaan sudah berkurang.Mungkin juga disebabkan faktor masa dan perasaan tidak mahu membazir.

Untuk MotoGp Malaysia kali ini,kemenangan milik Stoner dan bukan lagi Rossi.Tahniah buat Stoner kerana berjaya menebuskan kekalahan di tempat ke-5 pada MotoGP Malaysia yang lepas.Walau bagaimanapun,kegagalan Rossi tidak bermakna beliau tewas kerana pada ranking dunia beliau merangkul gelaran juara.Berikut adalah carta kedudukan untuk Kejohanan MotoGP Malaysia 2009 (sumber dari Kosmo) dan ranking dunia.



Dua juara!


Bila tengok pelumba-pelumba motor ni kecil-kecil saja orangnya.Contoh macam Rossi,Stoner dan beberapa yang lain.Jadi pada penggamatan saya,agak tidak mustahil jika dilatih Mr.I yang kecil tu pun boleh dinobat sebagai juara.hahaa...

Opppss gurau je Abi..

Monday, October 26, 2009

Praktis...

Last weekend both Sabtu dan Ahad,kami rasa seronok sebabnya dapat menghabiskan masa bersama our nephew Edrin Razin.Seronok dan puas sangat rasanya!Belum ada anak sendiri,so anak orang jadilah mangsa.Saja kami nak biasakan diri dengan ragam anak kecil,bak kata orang putih "Practise Make Perfect" kan....

Weekend kami last week penuh dengan aktiviti bersama Razin.Sabtu bawa Razin ke Midvalley dan keesokannya pula kami bawa Razin ke Sunway.Seronok,puas,penat itulah gambaran yang boleh diberi kepada kami.Razin pula selalu je ketakutan dari main permainan sampai ke Wet Park.Itu tak pe sebab ada Mr.I yang kuat membuli si razin ni.Cuma yang buat kami agak frust bila battery camera boleh pulak flat masa d'Sunway sebelum pun masuk ke "Wet Park".So tak banyaklah gambar yang dapat diambil termaksuklah aksi kami d'Adventure Park sunway.Frust seh!Apapun,siapa nak cari tempat riadah yang dekat dan menjimatkan kami berani recommend Sunway as a choice.Macam-macam ada kat sini termasuklah Dry Park,Wet Park,Adventure Park,Animal Park dll.

Inilah aksi pengalaman kami bersama si Razin.

Sabtu - Midvalley














Ahad - Sunway
















tido time


Wednesday, October 21, 2009

Akhirnya sampai juga...

Pada tarikh 17 Oktober 2009,along kami (abg Mr.I) akhirnya mengikat tali pertunangan dan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 25 Decemember ini.Along hanya memaklumkan kepada keluarga 2 minggu sebelum majlis pertunangan.Agak memeranjatkan kerana setahu kami along tidak mempunyai seseorang yang istimewa.Pandai juga along yang terkenal dengan sifat pendiamnya menyimpan rahsia.Dan yang paling best,bakal kakak iparku itu juga dari Melaka.Alhamdulillah sekurang-kurangnya tidaklah ada rasa janggal kelak nanti.

Akhirnya sampai juga jodoh along,itu kata hati kami semua.Apapun tahniah untuk along dan bakal kakak ipar kami (kak Zai).Cuma harapan kami berdua,semoga kami lebih dulu memperoleh cahaya mata kelak memandangkan kami sudah hampir setahun berumahtangga.Amin..

Ini ada beberapa koleksi majlis mereka.











Kemeriahan...

Hari ini tiada lagi Syawal,kita kini berada dalam bulan yang baru yakni Zulkaedah.Sebulan sudah kita meraikan kemeriahan Syawal dengan menjalankan ibadah-ibadah sunat juga menghadirkan diri ke rumah terbuka sana dan sini.Semoga amalan kita diberkati,insyaAllah...

Ini ada sedikit entry atau lebih tepat gambar-gambar ketika sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Jabatan kami.

























Thursday, October 15, 2009

Rumah terbuka...



Kalau tengok kad jemputan di atas,hari ni 15 Oktober jabatan kami akan adakan rumah terbuka semperna Hari Raya Aidilfitri 2009.Seperti tahun-tahun yang lepas semua staff perlu membawa sajian masing-masing untuk santapan bersama selain nasi minyak sebagai menu utama yang kami order.Jadi,ada antara kami yang bawa lemang,steamboat,buah-buahan,sup,kuah durian,roti,kuih muih,dan juga air.Saya pula??Inilah hidangan dari saya iaitu bihun singapore.



Siapa yang berminat untuk try,ambillah resipi ni (hidangan untuk 20 orang)

Bahan-bahan
5 bungkus bihun direndam
1/2 ekor ayam/udang/sotong
2 kiub ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu lada hitam
2 batang carrot dipotong jejari
secekak daun kucai dipotong
segenggam cili padi dimesin
sedikit air
garam secukupnya

Cara Penyediaan
1.Tumis bawang putih
2.Masukkan ayam/udang/sotong
3.Masukkan pula lada hitam dan cili padi
4.Tambahkan sedikit air dan masukkan kiub ayam dan garam secukupnya
5.Kemudian masukkan bihun (goreng sehingga bihun lembut dan tambah air jika perlu)
6.Akhir sekali masukkan sayur

Selamat mencuba!

Monday, October 12, 2009

10 Oktober...

Tarikh di atas tersangatlah cantik.Jadi ramai yang ambil kesempatan untuk raikan hari bahagia mereka macamlah kawan kami berdua ni; nur nadiah hamdan & abdul rahman abdullah (kahwin) manakala nur khairunnisa mohktar & mohd fairuz a.ghani (tunang).Sama macam kami dulu2,kami pun tak terlepas untuk pilih tarikh yang cantik untuk mematri cinta kami.Macam kami dari tunang sampai ke kahwin semua nak cantik dari tarikh,wang hantaran sampailah ke jumlah dulang.kami tunang pada 11.11 dan nikah 12.12.Alasan utama sebab senang nak ingat tarikh anniversary nanti.

Macam kawan kami ni,sorang di Melaka dan sorang lagi di Pahang.Jadi kami terpaksa utamakan yang kahwin dulu sebabnya kami tak mampu nak belah badan untuk hadir kedua-dua majlis.Sorry untuk nur khairunnisa & mohd fairuz a.ghani,kenduri kahwin kamu pasti kami datang insyaAllah.Jadi untuk entry kali ni saya saja nak share pengalaman bertandang ke majlis perkahwinan nur nadiah hamdan dan abd rahman abdullah di Melaka.

Untuk majlis nur nadiah & abdul rahman di Melaka,mereka menggunakan tema merah jambu dan coklat yang mana bagi saya kombinasi color ini agak menarik. Rancangan perkahwinan mereka bermula dengan persiapan yang agak teliti sejak dari awal lagi.Si pengantin perempuan merupakan pencetus segalanya.Dalam hati saya berkata “kreatif juga kawan aku yang sorang ni,sejak bila pulak dia sekreatif ni”.

Majlis agak “cool”,tapi yang menggagumkan saya kebanyakan daripada persiapan untuk majlis mereka disediakan sendiri oleh pengantin perempuan dari sekecil2 benda sampai ke sebesar-besar benda.Contohnya macam bekas untuk door gift,gubahan hantaran,hiasan bilik pengantin dan sebagainya.Lihatlah ini antara hasil tanggan si pengantin perempuan yang agak menarik.

Ini “doorgift” untuk tetamu – hasil kerja tanggan pengantin perempuan

Ini “doorgift” untuk VIP – dibeli dari China

Ini gubahan hantaran yang dibuat sendiri oleh pengantin perempuan

Ini pelamin tempat meraikan mereka sebagai raja sehari

Inilah pengantin perempuan yang disolek cantik oleh mak andam sama ketika majlis saya dulu



Ini buktinya,

tunang (11.11.07)


kahwin (12.12.08)

Inilah dia pasangan merpati dua sejoli,yang sama cantik sama comel


Pujian harus diberi kepada pengantin perempuan kerana majlis tampak sempurna dan berjalan lancar atas tenaga dan kudrat beliau sendiri kerana ibu yang biasanya menjadi tunggak utama perkahwinan anak2 kini sudah tiada.Kamu insan gigih,semoga kebahagiaan akan menjadi hak milik kekal dunia akhirat.Amin...Selamat berbahagia!

Wednesday, October 7, 2009

Makan-makan...

Last weekend (3rd October) kami buat makan-makan jemput kawan-kawan "U",kawan-kawan office dan jiran tetangga.Majlis start lepas asar dan berakhir tepat jam 11.45 malam.Walaupun pada mulanya agak risau dengan kemampuan diri memasak hidangan untuk 30 orang,tapi akhirnya selesai juga.Alhamdulillah..malah ada juga pujian yang saya terima.Trimas!!Menunya mihun soto,lontong,dan mihun singapore selain sampingan lain macam agar2,tembikai dan cake.Habis je majlis rasa puas hati yang teramat entah kenapa.Raut wajah Mr.I pun menunjukkan riak gembira.Terima kasih untuk Mr.I sebab tersangatlah ringgan tulang membantu saya."Sayang kamu".Terima kasih juga untuk yang hadir.

p/s: tiada satu gambar pun dapat d'snap memandangkan kesibukan kami

Monday, October 5, 2009

Akhirnya...

Akhirnya semalam (Ahad) tercapai juga hasrat Mr.I nak tukar HP lamanya kepada "touch screen" walaupun HP baru tu taklah semahal macam orang2 lain mampu miliki.Tapi yang paling menyeronokkan hati ni,Mr.I beli untuk saya juga.Edition yang sama,model yang sama dan color juga sama.Alhamdulillah rezeki.Tapi kami simpan je HP yang lama sebab kalau nak pakai dua (2) nombor macam dulu tak mungkin.Mungkin juga kami akan wakaf pada family ianya lebih berbaloi daripada trade in dengan harga yang ciput,menyakitkan hati.Ceritanya begini,semalam kami ke The Mines cari HP Mr.I.Cari2 punya cari terjumpa la satu (1) HP yang tarik perhatian kami berdua,LG KP500 (LG KUKI).At that time,dalam hati saya rasa suka sangat dengan HP tu,tapi tak terfikir pun yang Mr.I akan belikan untuk saya juga.Saya diam je tak kata apa2.Tiba2 saya dengar Mr.I cakap dengar promoter kat situ kalau saya ambil dua (2) berapa u boleh bagi??Waa dengar je hati saya mula berbunga.Lepas je Mr.I habiskan dialog saya cepat2 tanya:

SAYA : Abi nak beli untuk Ummi jugak ke?
MR.I : Nak ke tak nak?
SAYA : Ummi suka tapi Abi cukup duit tak kalau beli HP ni dua (2)?
MR.I : InsyaAllah cukup
SAYA : Ummi suka HP tu
MR.I : Abi belilah,tapi ni untuk hadiah anniversary kita.Boleh?
SAYA : Okla,ummi tak kesah pun

Thursday, October 1, 2009

Puasa Qadha vs Puasa Enam (Syawal)

Bila masuk bulan Syawal pasti semua orang tak mahu ketinggalan untuk buat puasa enam.Itu sudah pasti...Yang tak pastinya,persoalan dalam benak saya sejak dulu hingga ke hari ni tentang dua (2) puasa ini.Apa yang saya tahu perbezaan antara keduanya dari segi hukum yang mana puasa qadha adalah wajib manakala puasa enam sunat hukumnya.Jadi persoalannya:

1. Puasa mana yang perlu didahulukan?
1. Atau boleh ke kalau saya buat puasa qadha dan puasa enam serentak?
2. Macam cara yang betul untuk laksanakan antara keduanya?

Bagi menjawab persoalan ni,saya ada berbincang bersama suami,kawan2 (eg:fast,firuz,yus) dan ada juga buat google search.Jadi apa yang boleh saya simpulkan dan kongsi bersama seperti ini:

Syeikh Dr.Ali Jumah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan “Jika seseorang itu mampu menunaikan puasa qadha yang tertanggung atasnya terlebih dahulu, kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam,maka itu yang paling baik (afdhal) kerana,

Rasulullah s.a.w. bersabda

دَيْنُ اللهُ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَىَ “Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan”

Menurut pandangan mazhab Syafie pula,puasa qadha dalam bulan syawal harus dihitung sebagai puasa enam. Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya kerana ianya dapat memperbanyakkan amal soleh/pahala. Dan sekiranya bagi mereka yang mempunyai qadha Ramadhan terlalu banyak (contohnya 20 hari)dan dikhuatiri tidak mempunyai masa melaksanakan puasa enam selepas itu,maka diharuskan ia mendahulukan puasa enam dalam bulan syawal dan menunaikan puasa qadha di bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum tiba Ramadhan berikutnya,yakni beliau tidak mengabungkan antara keduanya.

Wallhu A’lam.

p/s: pada kawan2 yang punya ilmu berkaitan kekusutan saya ni,minta sharing2 ya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...