Friday, January 9, 2015

London Paris



Pada asalnya, niat mahu bawa anak-anak bersama tapi malangnya atas beberapa pertimbangan lain, niat yang satu itu terpaksa ditangguhkan. Akhirnya, kami berdua sahaja kali ini.

Sepanjang ketiadaan kami, anak-anak berada dalam jagaan dan pengawasan nenek dan atuk seb5elah suami kerana mereka lebih fleksible dari segi masa. Keluarga sebelah saya agak padat aktiviti harian mereka.

Alhamdulillah semacam banyak juga adding value buat si kakak (irdina) sepanjang ketiadaan kami tempoh hari. Contohnya :-

Achievement no.1 : Irdina sudah bebas secara sepenuhnya daripada drypers
Ikutkan Irdina sudah tidak lagi menggunakan drypers sejak Disember 2013 walau bagaimanapun masih perlu drypers ketika tidur malam dan juga poo poo. Selepas Mac 2014 irdina tidak lagi menggunakan drypers waktu tidur malam. Tetapi masih perlu disuakan drypers ketika mahu poo poo. Tapi akhirnya, waktu ketiadaan kami kali ini she free from drypers sudah. Syukur!

Achievement no.2 : irdina tidak mahu minum menggunakan botol susu tetapi masih mengekalkan minum susu minima 3x sehari tetapi menggunakan cup

Achievement no.3 : Irdina sudah pandai cakap lapar. Achievement yang ini buat saya sangat teruja. Suka sangat saya rasa. Yeay!

Perubahan si adik (umar) tidak begitu ketara. Yang jelas umar kelihatan tidak mahu berengang dengan kami berdua terutama saya. Ofcos lah kan sebab sumber minumannya sepunuhnya dari saya. Yang paling ketara, umar minum dengan begitu banyak sekarang ini. Tempoh hari saya agak risau sebab bekalan 15oz kadang berbaik 3oz petangnya. Tapi kali ini, saya bekalkan 30oz ke nursery dan habis licin stok susu yang diberi. Part yang satu ini buat saya like 1000x. Alhamdulillah...

Ok jelas sudah. Saya mahu teruskan ke kisah selanjutnya.

Pramugari pramugara juga ramah tamah belaka. Kapal yang memuatkan 500 orang itu hanya menempatkan kurang 20% rakyat Malaysia. Jadi pastinya layanan buat kami seperti nerada di kelas pertama. Wah wah wah...

Alhamdulillah saya juga berjaya melakukan "aktiviti wajib" di tempat duduk sahaja. Bukan satu atau dua sesi, tetapi 4sesi. Tapi saya terpaksa kuatkan hati juga metal kerana hasilnya perlu dibuang. Tuhan sahaja yang tahu saat tiap kali membuang hasilnya. Tiap kali membuang, tiap kali juga saya berdoa supaya Allah terima apa yang saya lakukan dan Dia murahkan rezeki buat anak saya.

Secara keseluruhan, tidak keterlaluan saya katakana, London memang syurga membeli belah. Bayangkan dasyat atau tidaknya, manusia penuh walau di mana ceruk pun di Kota London. Bukan sedikit-sedikit,tetapi seperti lautan manusia daripada berbagai bangsa juga negara saya kira.
Secara jujurnya, kami bukan penyejuk orangnya. Kata lain, kami tidak tahan sejuk. Suhu ketika di London 3°C sehingga mencecah 0°C buat kami tidak senang duduk. Walau bagaimanapun, bila tiba bab shopping, semua jadi ok ok sahaja. Bertuah!
Apapun, saya sangat gembira ketika berada di London. Memang shopping shopping dan shopping. Heaven sungguh rasanya! Siapa sahaja yang tidak suka kan kalau namanya shopping. Pastinya suka bukan. Ini pun kami simpan hasrat mahu repeat trip ke sana lagi jika ada rezeki nanti. Cumanya kalau tanya bila, jawapan yang pasti tunggu bila ada rezeki lebih dan Allah izinkan.



















Jeng jeng jeng... tiba-tiba ada comeback kan.

Saja mahu simpan pengalaman sendiri bercuti ke London dan Paris pada 10hb sehingga 17hb Disember 2014 yang lepas. Alhamdulillah rezeki berkat kegigihan si suami pemberian daripada Allah s.w.t. Sampai juga kami ke sana. Syukur tak terhingga!
Keseronokan yang satu itu sedikit terkesan sebaik saja dimaklumkan kami terpaksa duduk secara berasingan, depan dan belakang. Dalam hati, “Wahat?! OMG! What should I do in 14 hours time”. Waktu itu tuhan saja yag tahu perasaan aku. 5 minit pertama aku rasa resah, rasa tidak tenteram. Rasa cemburu juga ada pabila lihat pasangan lain bisa duduk bersama. Perasaan itu berlanjutan sehingga ke 15minit kemudiannya. Selepas itu, sedikit demi sedikit hati sudah mula terima.
Menaiki MAS menerusi Airbus .... cukup memberi keselesaan. Walaupun duduk secara berasingan dengan suami, kami tidak sempat merasa bosan. Skrin sentuh di hadapan kami bisa menghiburkan kami. Bila mula saja rasa bosan, kami tekan-tekan skrin setuh di depan kami, kami tengok movie, kami dengar lagu. Tapi untuk tiap 3 jam, aku tidak terlepas beraktiviti wajib iaitu mengepam. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Rasa sangat mudah walaupun beraktiviti tika duduk bersebelahan dengan orang yang baru dikenali.
Sepanjang penerbangan, kami bisa solat secara berdiri. Ada tempat khas yang agak selesa seolah-olah kita solat di atas tanah yang rata. Hidangan makan dan minum juga buat kami sendat perut di atas sana. Alhamdulillah…
Al kisahnya kami tidak merancang pun ke sana dalam masa terdekat tetapi DIA yang di atas sana yang merencanakan segalanya buat kami. Rancangan awalnya, kami mahu bawa kedua anak kami bersama, tetapi malangnya atas beberapa pertimbangan, niat yang satu itu terpaksa dibatalkan. Akhirnya, hanya kami berdua sahaja tanpa anak-anak untuk trip ini. Jadi seharusnya kami raikan percutian ini sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke-6 iaitu pada 12.12.2014.
Trip kami tidak lama, hanya 7 hari sahaja termasuk hari perjalanan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak agensi. Kata orang, kalau ke London – Paris tidak pernah cukup kalau hanya untuk 7 hari. Mungkin tempoh 14 hari adalah tempoh waktu yang just nice kata orang. Tapi tidak bagi kami. 7 hari sudah memadai kerna kami sudah rasa lama kerna kami sudah merindui anak-anak kami. Jika mereka ada bersama, mungkin perasaannya sedikit berbeza.
Perasaan? Pada awalnya kami tidak rasa terlalu teruja. Perasaan ala-ala saja. Dari Malaysia pun persiapan kami pun biasa-biasa saja.
Bila sampai saja di Hethrow Airport, kami macam terpingga-pingga. Macam, “Eh betul ke sudah di sini. Eh betul ke?” Bila mula saja rasa sejuk yang mencengkam ha saat itulah kami betul-betul rasa yang kami sudah berada di London.
Kami ke Bicester Village sebagai lokasi pertama kami di bumi London sebelum kami check in di penginapan yang telah disediakan.
Sejujurnya, rasa masih belum puas berbelanja di sana. Oleh kerana Bicester Village merupakan lokasi singgahan kami yang pertama, jadinya kami seolah hilang punca mana yang patut dibeli dan mana yang tidak. Keadaannya kami kelihatan seperti tiada arah tuju atau kata lain tiada target untuk dicapai. Berbeza sungguh dengan sifat suami yang kebiasaannya bergerak berdasarkan target dalam kebanyakan benda yang dilakukan. Sekejab kami ke hulu, sekejab ke hilir, masih blur-blur walaupun 4 jam masa diberi. Mungkin juga kami dalam keadaan keliru dengan nilai tukaran wang sambil-sambil masih berkira-kira dengan bajet yang ada. Al maklumlah, ini lokasi pertama kami di sana. Jadinya sedikit sahaja barang yang kami belanja di sini. Hasil tangkapan hanya kasut-kasut dari Butik Clark untuk kami sekeluarga. Harga sangat ok kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia. Contoh kasut kulit kasual boleh didapati dengan harga sekitar £29 x 5.5 = RM159.50. Kasut kanak-kanak juga dalam lingkungan £22 x 5.5 = RM121.00. Tetapi ada juga kasut-kasut baby yang boleh didapati dengan harga serendah £10. Wow memang menarik!
Pada sesiapa yang berkesempatan ke Bicester Village, silalah berbelanja dengan jayanya. Insya-Allah anda pasti tidak akan menyesal. Apa yang kami perasan harga barang-barang di sana jauh lebih murah daripada tempat lain. Bukan setakat £10 bezanya, tapi ada yang mencecah £30-£40 which is almost RM165 jugalah. Just imagine! Makanya, jangan jadi seperti kami kesalannya sampai bawa pulang ke Malaysia. Rasa ralat yang tidak sudah-sudah, sampai terbayang-bayang jugalah. Banyak rasanya yang tidak sempat kami grab waktu itu. Teragak-agak sampai ke sudah. Siapa suruh? Ambik, padan muka!
            Hari pertama trip kami berakhir di Hotel Comfort Hatrow.
Aktiviti hari kedua kami diisi dengan lawatan sekitar ibu Kota London dengan
diiringi oleh pemandu pelancong bernama Isabella. Wow Isabella u!

Antara tempat yang kami lawati ialah Big Ben, Westminster Abbey, Buckingham
Palace, London Eye dan beberapa lagi.

Walau bagaimanapun, kebanyakkannya adalah secara pandu lalu sahaja. Kami
sedikit kecewa di situ! Bayangkan saja, manakan mahu melihat kawasan sekitar, manakan mahu bergambar, manakan mahu memilih dan manakan mahu membeli belah. Bayangkan bila pula mahu bergambar dengan hasil tangkapan yang cantik-cantik jika hanya diberi masa 10 ke 15 minit saja. Memang tidak cukup masa! 

Jadi, fikirankan sahaja kepuasan di tahap mana.

Satu perkara yang perlu diingat, jika percutian menggunakan pakej, masa adalah sangat terhad. Kita perlu pandai bermain dengan masa. Kita perlu sangat tepati masa. Bagi kami, sejujurnya keadaan sebegini buat kami tidak selesa, terpaksa terkejar-kejar sepanjang masa. Walhal rasanya kami cukup tangkas dalam pergerakkan. Hahaha. Serius kami sangat tangkas! Buktinya tika di sana, kami tidak ada masa mahu jalan santai-santai, kami tidak sempat mahu singgah minum / makan macam ahli kumpulan yang lain-lain sebab kami mahu fully utilize masa yang diberi. Itupun masih tidak cukup masa. Kami juga selalunya jadi yang terakhir.



Destinasi kami seterusnya ke Oxford Street dan Regent Street. Kami diturunkan
betul-betul di sebelah Primark (lokasi sasaran). Masa yang diberikan selama 4 jam.
Bagi kami masa yang ada sangat limited. Tapi ada juga yang rasa waktu diberikan itu mencukupi. Ada juga yang sempat santai-santai sambil makan-makan. Tapi tidak buat kami. Bayangkan di Primark sahaja kami habiskan masa selama 3 jam untuk memilih membeli dan membayar. Di situ sahaja kami berhabisan lebih £400 x 5.5 = RM2200.00. Akibat tidak cukup masa, kami hanya sempat menjenguk beberapa stor (daripada beratus-ratus stor) di kawasan sekitar.

London ini sangat unik bagi saya. Daripada senibina sampailah ke orang-orangnya.
Antara yang membuatkan kami kagum kerana mereka kelihatan sangat sporting d
an bersatu-padu. Di tengah-tengah ribuan manusia, ada saja terselit kumpulan-
kumpulan kecil yang melakukan sesuatu yang bisa menarik pandangan setiap
mata yang lalu lalang. This is great! Mereka tanpa segan silu berkoir di sepanjang
jalan. Pada pendapat kami, mereka mungkin mahu menghiburkan diri sendiri
sambil-sambil buat orang sekeliling terhibur. Ada juga antara mereka bercorus
speaking beramai-ramai, mereka sama-sama gigih mengumpul dana dan macam-
macam lagi. All are unite!

Kalau orang kita kebiasaannya akan letak malu itu di tempat pertama. Sangat
berbeza dengan orang-orang di sini, mereka sangat hebat!!

Aduhai, satu lagi kesalan di situ! Kesalan yang terbawa-bawa sehingga pulang ke
Malaysia.

Malam itu, kepenatan pada tahap maksima. Syukur alhamdulillah kerana tidur kami
bisa lena saat itu. Sampai terskip jugalah “aktiviti wajib” aku waktu itu.

Keesokkannya, kami bergerak pada jadual sendiri. Semuanya tidak mengikut apa
yang ada dalam itenary. Kebetulan waktu itu kami dapat pemandu yang ala-ala
garang tapi sporting gitu. Jadi ke mana sahaja kata kami, beliau ikutkan sahaja
walaupun dalam keadaan kami perlu membuka google map.

            Dengan cekapnya, si jejaka-jejaka kami cuba menyelitkan lawatan ke Emirates
Stadium. Jangan kata si jejaka, kami si gadis-gadis juga tumpang gumbira. Excited
wei! Walaupun suamiku bukan salah seorang fan Chelsea, tapi masih terpancar
riak kegembiraan di situ. Mahu ke Manchester jauh pula jaraknya.

Itu pun sudah mencukupi.

Alang-alang sampai, kami tidak mahu ketinggalan mendapatkan koleksi kelab
ternama itu. Kami belilah juga sepasang cardigan berbeza warna yang kami boleh
pakai secara bersama. Harga promosi waktu itu £20 x 5.5 = RM110 setiap satu.
Jadilah ada daripada tidak.

Kemudian, kami di bawa ke Camdenm Town. Lokasi ini sedikit berbeza dengan
lokasi lain yang kami lawati. Lokasi ini sempoi belaka. Daripada lokasinya,
kedai-kedai yang ada, sehingga ke orang di kawasan ini. Semuanya dalam
keadaan serba serdahana. Boleh tawar menawar di sini. Menarik!

Apapun kami suka ke sini! Aku pasti si suami lagi suka sebabnya dia sempat
membeli satu jaket kulit dengan harga £150 x 5.5 = RM825.

Aduhai, aku yang tengok terasa macam tidak berbaloi. Sebab suami suka, saat
ditanya aku iyekan saja waktu itu.

Sedikit berbeza, di sini kami sempat singgah sana, singgah sini. Berkesempatan juga manyaksikan golongan baskers dengan pelbagai street art mereka. Sangat teruja! Unik sungguh mereka-mereka ini. Kami perhatikan, pelbagai cara mereka lakukan bagi memberi tarikan kepada pengunjung di
kawasan sekitar bagi mendapatkan sedikit sumbangan ikhlas tanpa perlu
meminta-minta.

Lokasi kami seterusnya ke Harrods, antara pusat beli belah terkemuka di Kota
London milik Dodi Al-fayed. Niat hati pada mulanya hanya mahu menjamu
mata. Jadi fikirnya, 40 minit masa yang diberi mencukupi tapi masih lagi kami
yang terakhir kerana dalam kesuntukan masa ada juga yang tersangkut waktu
itu. Layankan saja.

Secara keseluruhan, kami teruja memasuki stor ini. Mewah seni binanya. Sempat
juga si suami menjenguk ke dalam tandas. Keadaannya sangat selesa dan
kelihatan mewah seperti berada di Hotel 5 bintang.

Seawal pagi keesokkan harinya kami perlu bergerak ke Paris. Perjalanan kami
menaiki ferry. Masa perjalanan dari Kota London ke Paris mengambil masa lebih
kurang 8jam. Masya-allah jauh juga. Nasib perjalanan di atas ferry hanya selama
1jam setengah sahaja. Fuh lega!

Masa lawatan kami ke Kota Paris agak singkat. Jadi tidak banyak tempat yang
dapat dikunjungi. Hanya beberapa kawasan tarikan pelancong termasuk Eiffel
Tower, Champs-Elysees, Invalides, Arc de Triomphe, Louvre dll. Sambil-sambil
kami sempat ke muzium / stor perfume eksklusif Paris iaitu Framogard. Ya Allah
memang benar seperti di kata, eksklusif sungguh. Bau-bauannya juga sangat
berbeza daripada minyak wangi yang terdapat di pasaran.

Tujuan seterusnya adalah shopping. Itu pasti! Kami diturunkan ke deretan kedai-
kedai yang dipanggil Al-Fayed. Pelbagai jenis barangan boleh dibeli di sini.
Seronok juga tinggal lagi masa memanglah amat-amat mencemburui. Walaupun
hakikatnya kami sudah pun skip makan malam. Apapun, saya sedikit kecewa
kerana tidak berpeluang ke La Valle seperti yang ada dalam itenary. Perubahan
dilakukan pada saat akhir. Walau bagaimanapun,
keputusan dibuat atas persetujuan semua.

Di sini kami sempat membeli baju anak-anak. Benda wajib tiap kali ada
persinggahan. Masing-masing sempat juga mencapai sesuatu. Suami dengan
wristlet Coach dengan harga €200. Ikutkan memang dari Malaysia lagi suami
duduk usha tapi belinya tidak. Hahaha. Kiranya finally lah ni. Pusing punya
pusing masih tiada yang betul-betul menusuk kalbu. Tapi sebabkan mahu juga
beli sesuatu, saya ambil lah handbag daripada jenama Long Champ dengan
material nylon je. Size medium degan harga €130. Oklah kan daripada tak ada.

Belanja kami yang terakhir ialah sepasang jam tanggan berwarna emas. Kami pilih
yang sama. Suami mahu sangat kami dapatkan sesuatu yang beri nilai sentimental katanya sempena anniversary kami yang ke-6 pada 12.12.2014 yang lepas.

Jadi selesailah percutian dan perbelanjaan kami di London – Paris. Belanja
shopping sahaja hampir mencecah 10k. Lepas ini, kita duduk diam-diam
saja,Apapun memang amat sangat menyeronokkan. Kami suka, kami suka!

Disebabkan terlalu banyak lokasi yang tidak sempat dikunjungi, jadi kami simpan
hasrat mahu ke sana lagi jika ada rezeki dan jika ada keizinan kelak nanti. Masih 
terasa ketidak puasan dihati.














           


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...