Thursday, July 3, 2014

OMG!

Alhamdulillah ada kesempatan lagi untuk aku menulis. Kali ini bukan sambil tunggu ktm seperti sebelum ini, tapi sambil berdiri dalam train yang jauh perjalanannya mencecah 45 minit. Jadi memang sempat sangat nak berkarangan. Gigih bukan? Gigih menaip sambil berdiri. Memang gelojoh!


Sebelum start apa2, nak bagitahu yang tadi aku sudah siap2 lompat setempat untuk gambarkan kegembiraan di hati petang ini. 

OMG! OMG! Macam tidak percaya rasanya aku lost almost 3kg within 5days. Tanpa ambil any ubat or suppliment, tanpa fikir nak kurus pun. Tapi alhamdulillah tiba2 turun. Siapa tidak mahu kan?

Kebiasaannya aku memanglah seorang yang sangat liat mahu timbang menimbang ni. Kalau ada pun setahun sekali. Tak pun 2 atau 3x setahun, gitu jelah kot. Tapi disebabkan jumaat lepas kawan2 ofis dok pakat timbang reramai sebelum berpuasa, jadi aku pun join sama. Jadi timbang2 bacaan tulis 53.75kg.

Hari ni aku naik cafe kat gym sebab nak beli foods for berbuka, jadi tergeraklah nak timbang. Pastu tiba2 rasa macam terkejut screen tunjuk 51kg. Wow biar betik! Tapi tidak mungkin ada perbezaan di situ sebab aku gunakan penimbang yang sama. Sangat unbelievable sebab aku jenis sangatlah susah bab turun berat ni. Biasa dalam range 54kg - 56kg tak lari. Waktu tu rasa cam nak lompat2 je kat situ jugak.

Bila sudah turun sikit ni, mulalah gatal nak set target bagai kan? Ngada! Jadi alang2 teringinlah nak jadi 50kg. Huhu #bolehtakbolehtakpasti# Takut minggu ni turun almost 3kg, minggu depan naik 4kg. Hambek ko.

Sejujurnya walaupun tak on diet, tapi aku tak makan banyak sangat puasa kali ini. Aku more focus pada makanan2 yang boleh tahan lapar dan banyakkan susu. Ini dia guideline aku.


Sahur aku akan minum air oat + 1keping roti / cereal + milk + 5/7 biji kurma. Berbuka pula cukup dengan sesenduk nasi + lauk + 3/5 biji kurma + air milo. Focus aku memang tak mahu susu merundum dan doa2 sangat dimurahkan rezeki susu badan supaya dapat fully bf & expressing milk for my lil boy muhammad umar abbasy. Si kakak pun tumpang sekaki (tanpa diketahui) dapatlah minum fresh milk yang baru diperah setiap hari. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki susu badan kali ini. Deep freezer penuh, freezer di peti ais biasa juga penuh. Terima kasih spectra M1. Tapi itu situasi buat masa ini, again buat masa ini. Bulan2 akan datang nasibnya masih tidak pasti. Waktu si kakak dulu hanya sempat 1tahun 4bulan, itupun bukan fully bf. Harap kali ini niat mahu fully bf sehingga 2tahun dipermudahkan olehNYA. Amin...


*selepas sesi menyusun dilakukan*

Tapi over the weekend dalam bulan puasa ni aku akan make sure buat 1. Power pumping antara pukul 12-6pagi 2. Minum air longgan kering + kurma merah. Aku tidak ambil apa2 suppliment lain selain habatussauda & minyak zaitun. Insyaallah mudah2an susu kekal meriah untuk hasilkan anak2 yang berjaya dunia akhirat. Amin..


Sabtu lepas irdina kena chickenpox. Jadi 3hari aku terpaksa bercuti. Agak kepenatan kerana agak terkejar2 juga menjaga budak ber2 seorang diri (aku tabik pada suri rumah yang mampu jaga 3 4orang atau lebih dalam satu masa). Mungkin juga atas faktor ni sedikit sebanyak menyumbang kepada turunnya berat badan aku yang tak berapa nak banyak tu.

Kesian sangat tengok irdina, banyak juga yang keluar walaupun pada mulanya kami tak beri air kelapa atas nasihat doktor. Tapi hari ke3 & ke4 baru kami beri. Tapi waktu sudah tidak keluar yang lain lagi. Treatment yang kami buat; sapu madu pada tempat yang naik dan biar kering dan kemudian mandi dengan air oat (hasil pencariaan suami di google). Lepas keringkan badan, sapu dengan zovirax cream (siang) / chelamine losyen (malam). Ramai yang cadangkan guna daun semambu, tapi kami tak tahu nak dapat di mana. Itulah jelah yang termampu dan ada depan mata.

Irdina berjangkit dari bestfriend di sekolah. Sebab setiap orang akan kena at least 1x, jadi kami positif. Cumanya agak risau dan takut kalau2 berjangkit ke adik si pula. Harap2 tak lah sebab kecik sangat baru masuk 4bulan. Tak sampai hati pula kalau dok sakit macam tu kan. Doa2 mohon dijauhkan.

Hari ini diorang masih dalam jagaan abi diorang sebab kami tak yakin sekolah akan terima dalam keadaan masih tak kering betul lagi. 




Ok da. Sambung lagi nanti. Nak sampai sudah. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...