Friday, July 18, 2014

Mencari Lailatulqadar...

LAILATULQADAR yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN” (97:3).

Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir  berbanding pada masa lain.  Aishah (RA) berkata bahawa nabi: Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).Nabi berkata:

“SESIAPA SEMBAHYANG PADA MALAM QADAR DENGAN IMAN DAN HARAPAN UNTUK GANJARANNYA, SEMUA DOSA-DOSA SEBELUM INI AKAN DIAMPUNI.” (BUKHARI DAN MUSLIM DARI ABU HURAIRA).

1. LUANGKAN MASA UNTUK ALLAH

Kita akan berehat seketika  untuk hampir segala-gala aktiviti didalam hidup. Kenapa tidak kali ini dengan memberi tumpuan kepada mengabdikan dan mengucapkan terima kasih kepada Pencipta kita.Sekurang-kurangnya kita mengambil sedikit masa jika boleh. Berjaga pada waktu malam untuk melakukan Ibadah qiamullail, tidak perlu risau tentang untuk pergi bekerja pada keesokan harinya. Insyallah, ia tidak akan menjejaskan kita pun. 

2. I’TIKAF

Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan, duduk dalam masjid untuk I’tikaf.Orang-orang yang beri’tikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk amalan (mengingati Allah), seperti melakukan solat sunat, membaca dan memahami al-Quran.  

3. AMALKAN DOA KHAS INI

Aishah, ra berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw:

"WAHAI RASULULLAH, JIKA AKU TAHU BILA MALAM ADALAH MALAM QADAR, APAKAH YANG PERLU AKU UCAPKAN SEMASA DOA?"

Baginda berkata:

“KATAKANLAH: YA ALLAH, ENGKAU ADALAH PEMAAF DAN SUKA MEMAAFKAN, MAKA MAAFKAN AKU.” (AHMAD, IBN MAJAH, DAN TIRMIDZI).

4. MERENUNG MAKNA AL-QURAN

Pilih surah terkini atau surah yang anda pernah mendengar dalam Tarawih dan membaca terjemahan dan Tafsir. Kemudian berfikir secara mendalam tentang makna dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda. 

5. BERDOA SUPAYA DOSA DIHAPUSKAN

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata:

"SESIAPA YANG BERDIRI (MENGERJAKAN SEMBAHYANG) PADA MALAM LAILATUL QADAR, MENGHARAPKAN PAHALA DARI SISI ALLAH,  SEMUA DOSANYA PADA MASA LALU AKAN DIAMPUNI." [BUKHARI DAN MUSLIM]

Cuba untuk membuat doa anda lebih panjang, lebih mendalam dan bermakna. Jika anda sudah biasa dengan surah yang   panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna daripada surah.Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam solat, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan / atau mudah terganggu.

6. BUAT SATU SENARAI DOA PERIBADI

Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah suka mendengar doa dan permintaan daripada kita 

7. AMALKAN DOA PANJANG, IKHLAS DAN MENDALAM

Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda:"Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya." (Bukhari, Muslim).Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan  doa dalam bahasa kita sendiri ( tidak semestinya bahasa arab ), dengan ikhlas dan keyakinan. 

8. BERBUKA DENGAN KELUARGA

Jika kita selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga kita.

Tips ini adalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh kita dilakukan. Tentukan bagaimana  malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini digunakan.Ini akan membantu kita untuk mengelakkan daripada kerugian pada Malam Lailatul-Qadar iaitu dalam 10 hari terakhir..Semoga kita dapat  meraih sebanyak mungkin pahala pada Ramadhan kali ini.. :)

Sumber : siti khadijah

Friday, July 11, 2014

Yeay!

Timbang lagi tadi before balik kul6 pm. Kat tempat yang sama kat machine penimbang yang sama. Wehuuu turun lagi. Saya suka, saya suka. Yeay! Alhamdulillah... Sikit lagi mahu mencapai target yang tetiba set hari tu.



Thursday, July 3, 2014

OMG!

Alhamdulillah ada kesempatan lagi untuk aku menulis. Kali ini bukan sambil tunggu ktm seperti sebelum ini, tapi sambil berdiri dalam train yang jauh perjalanannya mencecah 45 minit. Jadi memang sempat sangat nak berkarangan. Gigih bukan? Gigih menaip sambil berdiri. Memang gelojoh!


Sebelum start apa2, nak bagitahu yang tadi aku sudah siap2 lompat setempat untuk gambarkan kegembiraan di hati petang ini. 

OMG! OMG! Macam tidak percaya rasanya aku lost almost 3kg within 5days. Tanpa ambil any ubat or suppliment, tanpa fikir nak kurus pun. Tapi alhamdulillah tiba2 turun. Siapa tidak mahu kan?

Kebiasaannya aku memanglah seorang yang sangat liat mahu timbang menimbang ni. Kalau ada pun setahun sekali. Tak pun 2 atau 3x setahun, gitu jelah kot. Tapi disebabkan jumaat lepas kawan2 ofis dok pakat timbang reramai sebelum berpuasa, jadi aku pun join sama. Jadi timbang2 bacaan tulis 53.75kg.

Hari ni aku naik cafe kat gym sebab nak beli foods for berbuka, jadi tergeraklah nak timbang. Pastu tiba2 rasa macam terkejut screen tunjuk 51kg. Wow biar betik! Tapi tidak mungkin ada perbezaan di situ sebab aku gunakan penimbang yang sama. Sangat unbelievable sebab aku jenis sangatlah susah bab turun berat ni. Biasa dalam range 54kg - 56kg tak lari. Waktu tu rasa cam nak lompat2 je kat situ jugak.

Bila sudah turun sikit ni, mulalah gatal nak set target bagai kan? Ngada! Jadi alang2 teringinlah nak jadi 50kg. Huhu #bolehtakbolehtakpasti# Takut minggu ni turun almost 3kg, minggu depan naik 4kg. Hambek ko.

Sejujurnya walaupun tak on diet, tapi aku tak makan banyak sangat puasa kali ini. Aku more focus pada makanan2 yang boleh tahan lapar dan banyakkan susu. Ini dia guideline aku.


Sahur aku akan minum air oat + 1keping roti / cereal + milk + 5/7 biji kurma. Berbuka pula cukup dengan sesenduk nasi + lauk + 3/5 biji kurma + air milo. Focus aku memang tak mahu susu merundum dan doa2 sangat dimurahkan rezeki susu badan supaya dapat fully bf & expressing milk for my lil boy muhammad umar abbasy. Si kakak pun tumpang sekaki (tanpa diketahui) dapatlah minum fresh milk yang baru diperah setiap hari. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki susu badan kali ini. Deep freezer penuh, freezer di peti ais biasa juga penuh. Terima kasih spectra M1. Tapi itu situasi buat masa ini, again buat masa ini. Bulan2 akan datang nasibnya masih tidak pasti. Waktu si kakak dulu hanya sempat 1tahun 4bulan, itupun bukan fully bf. Harap kali ini niat mahu fully bf sehingga 2tahun dipermudahkan olehNYA. Amin...


*selepas sesi menyusun dilakukan*

Tapi over the weekend dalam bulan puasa ni aku akan make sure buat 1. Power pumping antara pukul 12-6pagi 2. Minum air longgan kering + kurma merah. Aku tidak ambil apa2 suppliment lain selain habatussauda & minyak zaitun. Insyaallah mudah2an susu kekal meriah untuk hasilkan anak2 yang berjaya dunia akhirat. Amin..


Sabtu lepas irdina kena chickenpox. Jadi 3hari aku terpaksa bercuti. Agak kepenatan kerana agak terkejar2 juga menjaga budak ber2 seorang diri (aku tabik pada suri rumah yang mampu jaga 3 4orang atau lebih dalam satu masa). Mungkin juga atas faktor ni sedikit sebanyak menyumbang kepada turunnya berat badan aku yang tak berapa nak banyak tu.

Kesian sangat tengok irdina, banyak juga yang keluar walaupun pada mulanya kami tak beri air kelapa atas nasihat doktor. Tapi hari ke3 & ke4 baru kami beri. Tapi waktu sudah tidak keluar yang lain lagi. Treatment yang kami buat; sapu madu pada tempat yang naik dan biar kering dan kemudian mandi dengan air oat (hasil pencariaan suami di google). Lepas keringkan badan, sapu dengan zovirax cream (siang) / chelamine losyen (malam). Ramai yang cadangkan guna daun semambu, tapi kami tak tahu nak dapat di mana. Itulah jelah yang termampu dan ada depan mata.

Irdina berjangkit dari bestfriend di sekolah. Sebab setiap orang akan kena at least 1x, jadi kami positif. Cumanya agak risau dan takut kalau2 berjangkit ke adik si pula. Harap2 tak lah sebab kecik sangat baru masuk 4bulan. Tak sampai hati pula kalau dok sakit macam tu kan. Doa2 mohon dijauhkan.

Hari ini diorang masih dalam jagaan abi diorang sebab kami tak yakin sekolah akan terima dalam keadaan masih tak kering betul lagi. 




Ok da. Sambung lagi nanti. Nak sampai sudah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...