Tuesday, June 25, 2013
Monday, June 24, 2013
His Birthday
Hari jumaat lepas iaitu 21hb Jun 2013 adalah hari ulangtahun kelahiran si dia yang ke tut... hahahaa. tut sebab rasanya kami masih muda belia lagi. Lalalalaaaaa... huhuhu sudah! Yang sebenarnya, yang ke-29.
Sebenarnya perwatakan kami berdua sangatlah sempoi #sebagai pasangan suami isteri# Tidak terlalu manja yang suka berjiwang2an, atau tidak terlalu romantik. Senang cerita, kami tidak sweet.
Kadang2 sifat sebegini buat kami rasa lebih selesa. Jadi bila masing2 begitu azalinya, maka kebanyakannya tiada rahsia. Contoh, jika mahu lakukan atau raikan sesuatu kami selalu akan saling memberitahu. Walaupun untuk memberi sesuatu di hari istimewa. Sudahnya tiada yang istimewa.
Tetapi kali ini sedikit berbeza. Seminggu sebelum tarikh di atas, muncul idea. Hati mula terdetik mahu buat sesuatu untuk hari ulangtahun si dia.
Muncul sahaja idea terus aku fikir itu, fikir ini. Beli itu, beli ini. Buat itu, buat ini. Sudah sangat lama rasanya tidak buat benda2 sebegini. Terasa agak teruja dan seronok juga sebab kerja2 tanggan sebegini memang kegemaranku sejak dahulu lagi.
Ceritanya,
Pada waktu hari kejadiaan kami berdua sama2 bekerja dan seperti biasa kami akan pool pergi dan balik kerja. Jadi agak payah juga bila perlu menyembunyikan barang2 untuk tujuan itu. Sudahnya, macam2 benda mula direka cerita.
Hati sangatlah berdebar tuhan sahaja yang tahu saat itu. Berdebar memikirkan bagaimana perlu aku selesaikan semuanya dalam masa yang singkat dan bagaimana pula mahu mengalihkan pandangan dia waktu itu.
Sampai sahaja di rumah, aku perlu bergegas ambil tempahan #sekali lagi terpaksa beri alasan untuk ke kedai membeli sesuatu untuk makan malam# Selesai. Balik sahaja dari ambil tempahan, aku perlu pastikan dia di atas. Alhamdulillah seperti yang dijangka dia memang di atas waktu itu. Yes! Pantas2 aku ambil kek2 dan simpan di dalam stor untuk sembunyikan kalau2 dia turun.
Hati makin rancak debarannya. Dalam kepala asyik terfikir sempat ke tidak, sempat ke tidak. Waaa cemas!
Kerja diteruskan. Capai sana capai sini, tiup sana tiup sini, gantung sana gantung sini. Berlari depan ke belakang sambil menyediakan menu akan dihidang #yong tauhu# Alhamdulillah dalam masa 30minit semua sudah siap tanpa disedari oleh dia #irdina juga berjaya simpan rahsia#
Siap sahaja terus ku suruh si kecil panggil abinya.

Lepas fikir2, beli itu ini, buat itu & ini, inilah hasilnya. Tadaaaa!
Syukur kejutan yang simple dan secara kecil2an untuk 3beranak berjaya dilaksana. Yang penting birthday boy terkejut dan happy.
Sunday, June 9, 2013
Permainan Pertama...
Walaupun ini bukan satu2nya permainan yang irdina miliki, tapi ini adalah permainan pertama yang pernah irdina minta untuk dibeli.
Kami agak terkejut saat lalu di kawasan permainan kanak2, irdina terus sahaja mencapai kotak ini dan berkata "nak spiderman". Dalam hati terus terdetik, "biar betul anak aku ni". Kemudian kami cuba alihkan perhatiannya kepada permainan kanak2 perempuan dan cuba memujuk untuk ambil sesuatu dari situ tapi yang dimahukan tetap spiderman.
Anak2! terkejut ummi, terkejut abi. Mana irdina tahu pasal spiderman pun kami tidak pasti. Rasanya tidak pernah lagi ummi / abi kenalkan superhero ini pada irdina. Tapi ummi dan abi pernah terbawa irdina masuk wayang tengok ironman. Maafkan kami ye nak. Tapi tidak mengapa, hari ini ummi rekod benda ini sebagai kenangan pada masa depan.
Nota Kaki : budak2 sangat mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka
Thursday, June 6, 2013
Anak...
Salam,
Waaa....
Kemalasan untuk menulis sejak akhir2 ini makin menjadi2. Adoi! Entah kenapa. Selalu saja rasa macam tidak mahu berkongsi apa jua cerita, pengalaman, percutian atau sebagainya. Baik di blog, instagram mahupun di fabebook, semuanya sangat jarang dikemaskini #teringat suami pesan; Hidup ni tak perlu show off sana, show off sini. Kena selalu wasatiah. hik hik hik# Tapi kekadang, rasa rugi juga. Iyelah, bila fikir2 semula bukan ke elok jika ada moment2 indah disimpan di sini supaya dapat dikorek pada masa hadapan.
Yes! That should be my main reason why I wrote over here. No hidden agenda please. Ok, I promise! (tq B)
Ok, cerita hari ini berkisar tentang irdina.
Pengalaman menerima dan menyemak progress report anak adalah fenomena baru untuk kami. Dapat sahaja progress report irdina (1st Term 2013) kelmarin, benda pertama terlintas di fikiran ialah "eh, betul ke aku dah ada anak yang perlu aku didik & bentuk?" Ishhh, tiba2 rasa macam dalam mimpi. Masih rasa seperti tidak percaya bebanan itu sebenarnya sudah ada.
Sampai sahaja di rumah, aku cepat2 mencapai buku hijau itu untuk melihat isi kandungnya. Dan selepas dibelek2 ulasan aunty (panggilan untuk cikgu di BBIM), kami rasa irdina masih pada tahap sederhana dan masih memerlukan bimbingan. Yes! I admit. She is very young. And for me, irdina still at level zero therefore needs lot of guidance. Jadi, apa sangat yang boleh diharapkan jika realitinya kami sangat2 jarang mengajar irdina di rumah.
Tapi ada juga bahagian yang aunty rasakan irdina sangat baik (cth : kebolehan memahami arahan dalam english) dan ada juga bahagian yang lemah (cth : kemahiran membaca). Pada kami, ini tidak membawa erti apa2. Andai kata irdina cemerlang hari ini, tidak semestinya irdina boleh kekal cemerlang sampai bila2, begitu juga sebaliknya. Jauh lagi perjalanan yang perlu dilaluinya.
Lagipun pada kami, irdina masih terlalu kecil (3 tahun) untuk dipaksa itu dan ini. Konsep kami, cukuplah sekadar memberi dan irdina menerima sekadar yang termampu. Yang penting, fokus pertama kami iaitu mahu perbaiki pertuturan irdina yang agak terkebelakang jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Dan setakat hari ini, syukur hasilnya sudah kelihatan walaupun pada kadar sedikit demi sedikit. Nampak caranya matlamat kami hampir tercapai. Dalam tempoh 6bulan, BBIM telah banyak membantu anak kami. Bukan sekadar pada komunikasi sahaja, malah dalam pelbagai aspek.
Realitinya kerja mendidik anak untuk berjaya dunia & akhirat bukan kerja mudah. Ia merupakan amanah daripada Allah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab oleh suami isteri secara bersama. Dan oleh itu, kami sangat kagum pada ibubapa yang telah berjaya membentuk anak2 yang cemerlang akademi dan sahsiah dirinya. Hebat, mereka memang hebat! Bahagian dan kemampuan kami masih belum diuji. Jadi mantapkan dan perkasakan diri dengan ilmu2 dan skill2 berkaitan keibubapaan ni. Semoga segalanya dipermudahkan, insya-Allah.
Terima kasih BBIM, terima kasih aunty!-

Subscribe to:
Posts (Atom)