Monday, September 24, 2012

Tindik Telinga Anak

Sabtu lepas 22 September 2012 tika irdina 2tahun 1bulan, kami berjaya tindikkan telinganya (w/p sudah agak terlambat). Kami buukan mahu ikut adat mahupun tradisi, tapi mahu irdina lebih lembut dan keperempuanan.

Sebenarnya niiat kami sudah lama, tapi masanya belum sesuai. Sekejap kami rasa macam tidak sampai hati, sekejap kami rasa mahu mencari baik buruk bertindik dulu. Sudahnya  disebabkan rasa teruja, kami buat juga.

Kadang rasa bunyinya macam kejam saja, tapi sebenar tidak. Sakit bertindik sikit aja pun, sama seperti digigit semut. Beberapa saat, sakitnya sudah hilang.
Sebenarnya tidak semua kedai emas ada menyediakan khidmat tindik telinga terutama bagi kanak². Semuanya bergantung kepada kesanggupan pekerja di situ. Pernah sekali kami ke Poh Kong di Giant Bandar Kinrara, tapi mereka tidak menerima budak sekecil irdina. Kata mereka, mereka hanya menerima sekurang-kurangnya kanak² berumur 4/5 tahun.

Jadi minggu seterusnya, kami ke Poh Kong The Mines pula dan mereka sanggup. Jadi apalagi, kami tidak berlenggah dan teruskan hasrat kami di situ.

Prosesnya sangat ringkas dan cepat. Sampai sahaja, kami terus pilih anting² yang berkenan dek mata. Pilihan pastinya yang paling ringkas (warna putih). Lepas dari itu, telinga irdina ditandakan dengan pen supaya tempat tindik sama untuk kedua belah telinga. Kemudian, terus sahaja disembur dengan cecair sejuk (kebaskan telinga). Akhir sekali, proses menindik bermula secara serentak oleh 2orang pekerja.

Poh Kong : The Mines
proses tandakan telinga dengan pen
proses menindik secara serentak
 Tadaaaa, siap...

Pengalamannya, irdina memang menangis Menangis sebaik sahaja selesai selepas ditindik yang mana tanggisan itu tanggisan yang mulanya tanpa suara. Setahu zero, tanggisan yang sebegitu biasanya terjadi bila irdina rasa sangat sedih / sakit. Jadi, sahlah bertindik ini memang akan rasa sakit. Sakit yang seketika cuma, seperti digigit semut. Alhamdulillah tanggisan itu cuma seminit dua. Zero berjaya alihkan perhatiannya kepada benda lain.

Secara keseluruhan, zero puas hati  dengan servis di Poh Kong ini.  Mereka profesional dan faham akan karenah anak², jadinya, mereka tidak ambil masa yang lama untuk buat A to Z. Bagi zero, lebih lama masa yang diambil, lagi susah untuk kita dapatkan tumpuan daripada si anak. Harga servis di sini juga sangat murah iaitu RM25 sahaja (kami jangkakan RM100+).

Selesai sahaja, kami secepat mungkin cuba dapatkan makanan untuk irdina walaupun yang makannya adalah ummi dan daddy irdina. Iirdina kelihatan ok, seperti seperti biasa. Cuma sesekali irdina memegang ke telinga mungkin mahu menyatakan sesuatu kepada kami atau mungkin juga ada rasa sakit / pelik waktu itu.
Semuanya sudah selamat dan ini adalah hari ke-3. Setakat hari ini, keadaan telinga irdina masih ok. Cuma kami sedang sedaya upaya kami untuk elakkan bengkak dan nanah. Jadi, kami kerap pusingkan anting² supaya tidak melekat di telinga dan pakaikan minyak gamat. Sebolehnya untuk tempoh seminggu dua telinga tidak boleh kena air (mandi pakai shower cap) dan jangan makan telur / ayam / benda mengatalkan.

Alhamdulillah, anak ummi dan daddy sudah manis bersubang. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh tukarkan subang yang cantik pula.

Thursday, September 20, 2012

Amalan Solat Dhuha - Kunci Rezeki

Salam,

Lama rasanya tak bercerita pasal kelebihan dhuha. Rasanya sudah 2x juga zero bercerita di sini. Bukan niat mahu mengulang² benda yang sama tetapi sekadar mahu kongsi apa yang diketahui dan jika ianya secara istiqamah, kesannya akan dirasai. InsyaAllah.

Solat sunat Dhuha hendaklah dikerjakan pada ketika matahari sedang naik lebih kurang 30 minit selepas syuruk dan 30 minit sebelum zohor (anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari). Dan pada pengetahuan zero, lebih lambat adalah yang lebih afdal. Allahu'alam.

Solat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat, boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ertinya: "sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
b) Bacaan rakaat pertama Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi 10x
c) Bacaan surah rakaat kedua Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Iklas 10x
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksudnya:
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan mengamalkan solat Dhuha :

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)"

 
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ
Maksudnya :
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu dhuha) nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sehingga sampai siang.

Sebab itu lah ada hadis mengatakan Nabi melarang manusia tidur selepas Subuh kerana waktu itu rezeki akan diagih-agihkan. Waktu Zohor pula menandakan rezeki telah sempurna diagihkan. Allahu'alam. Dalam kata lain, baguslah untuk kita sama² dirikan solat dhuha kerana waktu itu rezeki sedang diagihkan dan dengan izin Allah malaikat turun dan tidak lupa untuk titipkan rezeki untuk kita semua. Amin.

Friday, September 14, 2012



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...