Thursday, June 14, 2012

Anak Tidak Berselera Makan...

Salam,

Hari ni terasa mahu berkongsi cerita berkenaan anak dara zero yang telah pun mencecah usia 1tahun 10bulan. Pantas! sangat pantas, masa berlalu begitu pantas. Gayanya memang sudah layak untuk dapat adik, tapi bila pula agaknya... Jeng jeng jeng *heh*

Ok², bukan itu isunya. Isunya ialah anak dara zero tidak mahu makan. Bukan tidak makan langsung, tetapi tidak berselera untuk makan atau kata lain makan tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Makanan hariannya cuma sedikit ikan/ayam/roti kosong/biskut dll. Walaupun pada hakikatnya, zero masih gigih menyediakan bekal tiap pagi (lauk bersup+ikan/ayam goreng) untuk hantar ke rumah pengasuh, tetapi tetap tidak dimakannya.

Kebiasaannya, tiap kali disuapkan/diletakkan nasi jarang sangat mahu dijamahnya. Kalau makan, itu kira cukup bertuah. Kalau cerita waktu hujung minggu waktu kami bersamanya, biasanya dia akan makan 2-4 keping biskut sahaja. Bayangkan...

Bab minum susu pula, pada zero kuantiti yang diminum agak sedikit iaitu 5oz x 3/4 botol ketika bersama pengasuh antara jam 7am - 7pm dan 5oz x 1/2 botol antara jam 7pm - 7am. Adakah ini kuantiti yg wajar bagi kanak² seusia anak zero?

Keadaan ini membuatkan zero sedikit risau. Kalau boleh, kami mahu anak kami membesar dengan sihat dan kuat jadi atlit macam ummi dan daddy satu masa dulu :P

Jadi, kalau ada yang sudi beri pandangan berkaitan dengan hidanagan atau cara terbaik dalam menambat selera makan anak zero, sila kongsi. Tolong ya kawan²...

                                                   gambar sesi belakang anak zero a.k.a cik nur irdina amani

Peace!

6 comments:

Soul D'sign said...

Oooo...memang budak² time nih diorang krang makan sket, sama mamcam Farreal dulu, so solution yang saya buat, setiap malam sebelum dia masuk tdo, saya bagi minum susu yang ada bijirin, time bangun pagi, buatkan beliau scramble egg.. time dia main² tu, kasi dia minum rabina dan air glukose, sebab rabina kan masam, maka terbuka la sket selera makan beliau..hasilnya.. amat memberangsangkan..

Cik Cip Puding said...

Ayu, tinggi dan berat dia normal kan? Selagi anak ayu membesar dengan normal dan aktif macam biasa, maksudnya she's fine. Agak biasa kanak kanak sebaya Irdina jadi mcm ni.

Rasa nak paksa dia makan benyak lagi kan? Tak perlu paksa. Lagi kita pressure dia, lagi dia tak mau makan nanti. Instead, let her choose what she wants to eat. Make sure la dari healthy food. Jangan risau dia takkan biarkan diri dia kelaparan. One more thing, jgn compare anak kite dengan anak orang lain ataupun cakap pasal masalah pemakanan Irdina ni depan dia.

Yang Ayu kene bear in mind is that growth development dia adalah pada normal rate dan berat dia pun pada optimal range.

Buleh try saranan dato if you want..

Nak rasa lagi yakin buleh refer pada dokter Irdina..

ZERO VENDETTA said...

Dato' & Cip : bagus lah both patner ni, most of the time kamu org dtg dgn info yg tidak mengecewakan. TQ! Sikit sebanyak sy belajar dari u guys.

dato' : sy ada juga cuba dgn cereal, irdina blh tahan suka tp x pada semua jnis. so blh cuba lg esp utk mlm. choppp, air masam mmg naikkan slera mkn ke?

cip : alhamdulillah setakat 3minggu lepas doc kata ok, berat 10.7kg & tggi 80cm. cumanya kami yg terlebih risau dari doc. so, i need to be more positive rite? slgi irdina sihat & cergas, nothing to worry. is it?

My Inspiration said...

Ayu, btol kata Cik Cip Puding ni...selagi graf dia ok okla tu... tp kite phm kerisauan ayu.... sbb aqif dulu pon xberapa nak mkn... n doc ader bg suh mkn appeton... tp kitorg xberani bg sbb taku berselera sgt mkn pulak... sbb adik paan mkn appeton n skrg besar bdn dia...

Pastu doc suggest Pharmaton...Kiddi CL Syrup.. Doc kata yg ni pon bole tingkat selera mkn....
Tp xsempat nak bg, suddently je aqif nak nk mkn... cube la try kalu nk... tp yg penting mesti dptkan nasihat doc k.... no worries dear...=)

ZERO VENDETTA said...

my inspiration : tq dear sbb memahami :P ooo yeke, cm nak try je. mcm irdina doc ada bg supplement syrup seven seas, tp slera sama je. so rasa cm nak try bg Pharmaton yg firuz ckp tu lh. anything will update you. tq

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Nabila Aziz said...

ini kira ok tau berat anak kak ayu sebab anak buah nbila ada sorg tu dah 3tahun tp brat dia 11kg je..mkn taknak sgt kalo mkn pun ikot mood..dia tu ada tabiat isap jari tu yg mkn pun mcm tak selera .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...