Wednesday, April 25, 2012

Lawatan ke Langkawi : Wildlife Park & Bird Paradise

Irdina, tempat pertama yang kita kunjungi ketika di Langkawi adalah Wildlife Park & Bird Paradise. Bukan saja tempat pertama, tapi kita juga jadi pengunjung pertama berada di depan kaunter di situ. Bayangkan waktu kebanyakan dari pelancong masih dibuai mimpi di bilik hotel, tetapi sebaliknya berlaku pada kita bertiga. Pengembaraan telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan sebelum jam 8.30 pagi (taman beroperasi), kita bertiga sudah berada di situ. Tergambar keterujaan kita waktu itu.

Orang yang paling teruja semestinya daddy irdina. Daddy sangat beria-ria utk ke situ. Ummi? Biasa² saja. Tapi akhirnya semua pun suka dan gembira. Irdina juga.

Di situ, kita bukan saja dapat menyaksikan keletah haiwan, tetapi kita juga diberi peluang untuk memberi haiwan² makan dengan makanan yang dibekalkan. Daddy semestinya tidak akan lepaskan peluang keemasan ini, Irdina juga turut terima tempiasnya ketika itu. Irdina berani bermain dengan menepis² burung serindit yang berterbangan riang dan rendang. Comel sungguh aksi Irdina waktu itu. Tercuit hati ummi dan daddy.

Untuk ummi secara peribadi, ada satu aksi terbaik yang pernah ummi lakukan. Ummi berani membiarkan burung² serindit hinggap mendapatkan makanan di telapak tanggan ummi. Ini adalah saat yang paling indah buat ummi walaupun keberanian ummi tidak sehebat Irdina dan daddy. Tapi ummi sedikit terkilan apabila momen indah itu tidak dirakam.

Ketika di situ, kita juga diberi penerangan dan ilmu tentang haiwan² yang ada. Ilmu yang tidak pernah ummi dan daddy tahu dan baca. Ilmu yang sangat berguna dan menarik. Antaranya, ilmu mengenai haiwan jantan kebiasaannya lebih cantik malah menarik dari haiwan betina. Daddy baru tahu mengenai ini, ummi apa lagi. Lain² ilmu seperti sifat & perwatakan haiwan juga kita perolehi ketika di situ.

Apapun secara keseluruhan, ini antara tempat paling menarik ketika ke Langkawi. Menarik tertarik memang debom. Daddy orang yang paling suka pastinya. Ini gambar untuk Irdina.


Nota Kaki : Kami recommend tempat ini terutama untuk bawa anak²

Tuesday, April 24, 2012

Percutian ke Langkawi : Memori di Langkawi Lagoon Resort


Pengalaman di hotel @ Langkawi Lagoon Resort sangat mengujakan. Tempat dan pemandangan yang sangat menarik dan cantik. Sepanjang berada di sini kita bertiga berpeluang merasai tinggal di bilik atas laut. Takut tapi seronok.

Pada mulanya kami (ummi & daddy) agak risau lagi² mengingatkan peristiwa gempa di Indonesia baru² ini, risau takut² peristiwa tsunami berulang kembali. Akhirnya, kita sama² berjaya melelapkan mata dengan nyenyaknya. Alhamdulillah.

Semasa di hotel tidak banyak aktiviti bersama yang boleh dibuat. Sekadar mandi kolam dan main pasir di tepi pantai. Kolam yang cantik juga pantai yang menarik menaikkan keterujaan bersama. Walaupun aktiviti sangat terhad, tapi keseluruhannya ummi dapat rasakan kita semua gembira dan teruja. Seronok tidak terhingga!

Ummi buatkan slides video ini untuk tantapan irdina. Buat masa ini mungkin irdina hanya mampu lihat sahaja. Tapi esok lusa insyaAllah irdina akan mengerti. Ummi dan daddy harapkan irdina hargai kasih sayang ummi dan daddy.


Nota Kaki : Kami recommend hotel ini 

Tuesday, April 10, 2012

Untuk Nur Irdina Amani 2

Salam  

Hari ini ummi menulis lagi khas buat tatapan irdina. Mungkin selepas tiga tahun, mungkin empat, atau mungkin lebih, waktu itu irdina sudah bisa membaca, ummi harap irdina akan baca tulisan ummi.

Seperti kebiasaan, hujung minggu terutama pada hari Sabtu, kita bertiga akan keluar beriadah. Paling tidak pun ummi dan daddy akan bawa irdina window shopping di mana². Tapi selalunya, buat masa sekarang ummi dan daddy kerap bawa irdina ke pool atau taman² kerana itulah pun kecederungan irdina buat masa ini.

Kalau bab air atau mandi kolam, irdina lah orangnya. Ini macam sudah jadi kesukaan irdina sejak umur 5 bulan lagi. Irdina langsung tidak takut dengan air walaupun daddy selam muka irdina ke dalam air. Disebabkan daddy ada privilege card, jadi selalu lah kita bertiga ke sana. Rasanya daddy sudah set kan sebulan sekali.

Minggu lepas sekali lagi kita bertiga ke Sunway Lagoon. Kebiasaannya kita hanya ambil masa sekitar 2-3 jam sahaja. Tapi kelmarin, kita berkampung dalam Sunway dari pukul 11.00 pagi ke 4.00 petang. Sengaja kami duduk lama di situ sebab sebolehnya tidak mahu patahkan kegirangan kamu irdina. 

Rasanya kali ini lebih seronok. Sampai tahap bila ummi nak bawa irdina keluar dari main air, irdina menjerit. Bila ummi ambil irdina dari pasir, irdina menjerit. Yang paling kritikal bila ummi angkat irdina keluar dari permainan kuda, irdina terus menangis. Irdina terus menerus keraskan badan sambil menangis dan kemudian lembikkan badan macam sotong walaupun sudah habis pusingan yang ke-3. Irdina tak mahu bangun tinggalkan kuda waktu itu. Tergambar keseronokan irdina masa itu.

Alhamdulillah bila irdina seronok, ummi tumpang gembira. Daddy pula rasa puas hati. Tiba² ummi bersuara pada daddy, "B, untung kan irdina sebab macam² dapat rasa. nanti kalau ada adik, belum tentu kita ada masa dan kudrat nak buat macam ni kan?" jawab daddy, "hurmmm entahlah. tapi abg akan cuba beri sama rata untuk anak²". entahlah, ummi pun tidak pasti, masanya akan tiba nanti.

Ummi perhatikan, irdina budak yang sangat aktif. Bagi ummi irdina anak yang berani tapi penakut *heh* Contohnya, irdina sudah tidak mahu didukung atau dipimpin ketika naik tangga. Irdina juga berani melunsur slides sendiri seawal usia 1 tahun 4 bulan jika di rumah. Bukan setakat turun yang biasa, tapi sekarang irdina sudah berani turun dengan kepala dahulu. Irdina juga berani memapah belakang badan daddy sambil mengocak² kaki di kolam berkedalaman 1.7m. Irdina tidak menangis diselam ke dalam air kolam. Irdina juga berani tidak menangis dan tidak menjerit bila ummi dan daddy bawa irdina main permainan orang dewasa di sunway lagoon contohnya permainan cawan, kasut dan juga flyer. Cumanya, irdina ada merengek ketika di cawan mungkin kerana pening sebab ummi dan daddy juga pening lalat di situ itu.

Walau bagaimanapun, ada juga benda yang buat irdina takut. Contohnya, irdina takut pada bunyi² kuat seperti bunyi kilat, guruh atau lori. Lagi, irdina akan takut bila ummi sebut momok. Dengar sahaja perkataan momok, irdina terus lari lintang pukang sambil menjerit2. Kelakar sungguh gelagat irdina waktu itu. Apapun, semuanya mencuit hati ummi dan daddy.

Ok, setakat itu sahaja. Ummi tidak ambil peduli irdina berani atau tidak, yang penting irdina membesar jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Amin...

Nota Kaki : Gambar ummi akan simpan dalam entry akan datang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...