Salam,
Hujung minggu ni jom kita bawa anak bawa suami bawa isteri bawa keluarga dan kawan2 untuk ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.
Jumpa di sana :)
Saturday, March 17, 2012
Sunday, March 11, 2012
Untuk Nur Irdina Amani ...
Salam,
Kalau satu hari nnt irdina baca tulisan ummi ni, masa ni irdina dah masuk umur 1tahun 7bulan 11 hari tau. Sekarang ni irdina dah makin besar dan makin bijak. Walaupun pada hakikatnya irdina masih tak fasih bercakap macam kanak yang sebaya irdina, tapi ummi tetap bangga dapat lahirkan irdina.
Buat masa ni, sepatah ummi cakap sepatah irdina balas. Balas pun dengan ayat yang sama. Kalau keluar pun perkataan dari mulut irdina, hanya perkataan asas. Kadang tu terfikir jugak kenapa irdina tak mahu cakap dengan baik. tapi demi nak sedapkan hati, ummi kena yakin bahawa masanya akan tiba satu hari nnt. ummi tak sepatutnya risau sebab Allah maha adil. Allah akan beri setiap manusia dengan kelebihan insyaAllah.
Apa yang ummi nampak, irdina anak yang kuat, aktif, garang tapi penakut juga seorang yang pandai menunjukkan rasa sayang. Walaupun kadang tu irdina meragam memberontak melawan, ummi tidak terlalu ambil pusing. Sebab ummi percaya itu semua adalah fasa perkembangan anak yang normal, dan tidak ada apa yang perlu dirungsingkan.

Setakat hari ni, ummi rasa ummi dan daddy sudah beri yang terbaik untuk irdina. Walaupun bukan 100% yang terbaik, tapi terbaik setakat yang kami mampu. Kami tak terlalu manjakan irdina, juga tidak terlalu garang dengan kamu. Rasanya ummi lebih berlembut manakala daddy pula lebih tegas perwatakannya. Rasanya ini cukup adil dalam membentuk irdina jadi anak yang terbaik. Walaupun kami tidak tahu apa yang bakal terjadi esok ataupun lusa, tapi sekurang-kurangnya ummi dan daddy telah cuba memikul amanah dari Allah sebaik yang mungkin insyaAllah.
Kami cuba penuhi setiap keperluaan irdina. Kami juga penuhi sesetengah kehendak irdina. Tapi tidak semua. Jika semua kami laburkan untuk irdina, apa yang akan tinggal untuk masa depan kita nnt. Irdina perlu faham tau! Kewangan ummi dan daddy masih belum begitu stabil. Kami perlu mencari rezeki dan harta terlebih dahulu sementara kudrat dan upaya masih ada. Semuanya untuk irdina dan adik irdina nnt.

Ok ini untuk rekod irdina,
Kali pertama ummi dan daddy bawa irdina masuk panggung pada 11hb Mac 2012. Kita sama tengok cerita "SeeFood". Cerita hasil karya anak Malaysia. Hebat! Tapi penataan warna perlu dipertingkatkan, hasilnya mungkin akan jadi lebih baik. Waktu ini, irdina boleh fokus selama 1 jam 15 minit tapi bergerak mahupun merengek. Hanya untuk 15 minit terakhir, baru lah irdina mula tunjuk rasa bosan bergerak ke sana ke mari.
Akhirnya, keinginan daddy untuk irdina tercapai.
Semoga irdina membesar jadi anak yang terbaik dunia akhirat. Amin ...
Tuesday, March 6, 2012
Jangan Ambil Mudah ...
Salam,
Sebagai ingatan bersama.
Kad kahwin ada ayat suci jangan dibuang merata-rata - Jakim
KUALA LUMPUR 5 Mac - Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. Beliau berkata, tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran. "Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya. Namun Othman berkata, pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan. "Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja,” jelasnya. - BERNAMASumber : Utusan Online
Thursday, March 1, 2012
Semak Waktu Solat Dari Telefon Bimbit ...
Salam,
Cuba try :
Dail 01548406384
Tekan butang 'CALL'
#Tak perlu letak hp kat telinga. juz tengok skrin hp
#Nanti akan terpapar waktu imsak sampai isyak utk hari tu
#Tak dikenakan caj pun
Nota Kaki : Boleh simpan nombor ni dalam contact list di hp. Bila perlu hanya perlu dail sahaja bila diperlukan
Subscribe to:
Posts (Atom)