Monday, January 30, 2012

Renungan ...

Quote from Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah :

"Sesiapa yg BANTU ramai org utk berjaya, insya Allah dia akan mudah berjaya. Sesiapa yg DENGKI org yg berjaya, dia sukar utk berjaya. Dengki berpunca drp hati yg kotor yg byk syaitan bertapak d hatinya. Org dengki sukar bahagia, rezki sempit, mudah sakit, wajah hodoh, solat tak khusyuk, Allah benci n kwn akan jauhkan diri, kecuali yg sama2 busuk hati. Hakis dengki dgn berdoa agar Allah buang sifat mazmumah, solat taubat, istighfar byk2, doakan org, maafkan org, bantu org n yakin jika mmg rezki kita, takde siapa dpt ambil drp kita. Allah Maha Adil n Maha Penyayang. Moga Allah jadikan kita org yg bersyukur n redha"

Friday, January 27, 2012

Kongsi Cerita ...

Salam, 

Kerana terdapat kesempatan, zero suka mahu berkongsi cerita. Cerita tentang keluarga juga cerita tentang keluarga seorang teman sepejabat. 

Ok, kita mulai dengan cerita keluarga zero. Untuk makluman, nenek zero (sebelah ayah) baru sahaja meninggal dunia pada 24hb Jan 2012 setelah tidak sedarkan diri selama 6hari. Tiada sakit kritikal sebenarnya, hanya sesak nafas biasa sebagai penyebab kepada kematian. Hakikatnya, semuanya sudah tersurat. Nenek pergi selamanya di usia 83 tahun. 
  
Talkala meratap mayat nenek hingga ke liang lahad, terbit satu rasa jauh disudut hati. Rasa keinsafan. Keinsafan terbit pabila mendengar bacaan talkin tentunya. Alangkah bagusnya jika rasa itu terbit setiap saat, minit,jam & setiap waktu! Supaya keinsafan itu kekal selamanya. Allahuakbar! Apapun, mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah nenek zero ‘Saakdiah Arshad’. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang² beriman. Amin…
Zero buka pula cerita kisah anak, si tenit sudah kami hantar ke rumah pengasuh (BS) mulai 2hb Jan 2012 yang lalu. Beralih angin dari ‘daycare’ ke ‘babysitter’ atas alasan mahukan keselesaan & lebih tumpuan untuk si kecil. Alhamdulillah setelah 1bulan, kami berpuas hati. Jarak kurang daripada 100meter, memudahkan kerja kami. Tambah pula, bila kami dapat rasakan ada sedikit perkembangan positif. Peningkatan dari segi berat badan juga mindanya. Keputusan yang tepat. Mudah²an.

Selain itu, ada satu perkara yang buat kami berdua (zero & suami) sedikit kecewa. Kecewa dengan perangai segelintir manusia yang suka berkata-kata tanpa memikirkan perasaan orang lain. Benda ini terkena pada kami sendiri. Kami rasa dipersenda. Patutkah soalan (1) 'betul ke ini anak kau?'  (2)'lain lah anak korang, tak serupa korang' (3)'kulit ikut siapa' (4)'rambut ikut siapa' dilontarkan kepada mereka yang berkahwin & mendapatkan anak dengan cara yang sah?  Cantik atau tidak, itu bukan kerja manusia. Tugas kita hanya memikul tanggungjawab besar dariNYA. Sama² kita didik anak kita untuk jadi yang terbaik dunia akhirat, insyaAllah. Yang pasti, kami bangga dengan anak kami.


Rutin harian sebagai isteri/ibu masih sama seperti biasa. Hari bekerja, bagun seawal 6.20pagi (awal ke?) untuk sediakan bekalan si kecil & encik suami. Kemudian bersiap untuk ke tempat kerja sebagai pembonceng setia si suami. Walaupun takut pada mulanya, zero terus cekalkan hati untuk menghadapi risiko. Risiko di jalan raya tentunya. Terpaksa menanggung risiko kerana mahu berjimat wang & masa. Ada perancangan untuk memandu, tetapi mungkin untuk tempoh 2-3 tahun yang akan datang. Itupun bila lebih luas rezeki untuk kami sekeluarga, juga bila sudah tidak perlu bagun pagi memasak bekal anak dan suami (kerana semua ini memerlukan masa). Kami ada menyimpan niat menyertai mak ayah menunaikan rukun islam ke-5 pada 2014, tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab² tertentu. Tiada apa yang perlu dikecewakan, kerana kita masih punya masa. InsyaAllah semoga Allah permudahkan. 

Zero sentuh pula cerita tentang seorang teman sepejabat yang baru sahaja kehilangan suami tercinta. Sebak mendengar apalagi untuk menghadapi sendiri keadaan itu.Tidak sanggup rasanya, untuk meneruskan hidup sebagai seorang balu membesarkan 3orang anak yang masih kecil (7,5,4 tahun). Ibarat rumah yang sudah kehilangan salah satu tiang. Sudah tentu itu bukan kerja mudah. Perlu kuat mental & fizikal, perlukan 1001 kecekalan & kekuatan. Tidak dapat zero bayangkan zero berada di tempat beliau. Zero masih belum cukup kuat! Semoga Allah berikan segala bentuk kekuatan ke dalam diri zero hari demi hari. Cuma ingatan zero untuk diri sendiri & semua, mari kita belajar menjadi manusia/isteri/ibu/suami/ayah yang kuat sebagai persediaan bagi menghadapi situasi akan datang yang mana kita pun tidak pasti. Semoga kita mampu menjadi hambaNYA yang kuat mental & spritual. InsyaAllah …  

Wasalam.

Sunday, January 8, 2012

'2011 to 2012'

Walaupun hari ini Januari sudah menjenguk hari ke-8, zero tetap bersemangat untuk menulis di belog picisan ini bagi mengulung tahun 2011 & memulakan cerita di tahun 2012. As usual, mood untuk menulis di belog macam chips more, sekejap ada & sekejap hilang. Apapun, keluarga+kerja+segala tanggungjawab perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.

Alhamdulillah tahun 2011 tersimpan banyak memori suka duka. 365 hari sudah pasti banyak suka duka yang tersurat & tersirat di dalamnya. Itu lumrah kehidupan manusia nikmat pemberian dariNYA. Ada  manusia yang diberi hanya dengan kegembiraan dan ada juga yang sarat dengan kepayahan. 

2011 zero telah merasai nikmat kebahagian sebagai hambaNYA, nikmat kebahagian sebagai seorang isteri, nikmat kebahagian sebagai seorang ibu, juga nikmat kebahagian sebagai seorang pekerja. Alhamdulillah zero dapat rasa semua itu dalam tahun 2011. Syukur tidak terhingga padamu ya ALLAH atas segala nikmat darimu . Thanks Allah, thanks sayang.

Pada zero walaupun banyak manis dari yang pahit, zero cuba untuk terus bersyukur padaNYA yang esa. Syukur dengan segala kesenangan/kemewahan hidup serta syukur atas kesempitan/dugaan yang diterima kerana itu semua ujian dariNYA. Allah itu maha ADIL, jadi siapa  tahu disetiap sesuatu itu DIA telah janjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.  Mudah-mudahan...

Di tahun 2011, zero rasa bahagia jadi isteri kepada en.suami yang sangat ringgan tulang, bertolak ansur,  penyayang & bijak menguruskan keluarga. Walaupun en.suami bukan seorang yang begitu romantis, tapi kejujurannya cukup menyentuh hati. Beliau seorang yang suka buat kejutaan tanpa diduga.

Zero rasa bahagia bila ada suami yang rajin membantu menguruskan rumah & kebiasaannya tanpa diminta. Beliau juga bertindak sebagai "Financial Controller" keluarga kami. Bil pembelian WAJIB disimpan bagi memudahkan en.suami buat kira & akaun bulanan sekaligus memantau setiap aliran duit kami. Terus terang kalau tanya tentang bil bulanan, 1pun zero tidak tahu kerana semuanya diserahkan kepada en.suami. 

En.suami lebih berjimat cermat orangya jika dibanding dengan zero. Apa yang zero nampak beliau lebih suka habiskan duit untuk anak isteri berbanding diri sendiri *sama seperti suamilain* Hasilnya agak memuaskan hati apabila sedikitaset telah kami miliki. Contohnya, rumah+anak pada tahun 2010 & tanah tahun 2011. 2012? Ianya masih kabur & belum tergambar di minda kami. Mungkin tahun ini kami mengambil pedekatan slowdown sebentar bagi melangsaikan hutang piutang yang ada. InsyaAllah dengan izin dariNYA misi seterusnya akan dilaksanakan pada tahun berikutnya.

Di tahun 2011, zero juga rasa bahagia jadi ibu kepada si anak dara sorang Nur Irdina Amani. Terasa bahagianya bila dapat melihat si anak membesarkan sehari demi sehari. Bahagia melihat anak meniarap, merangkak, berdiri, berjalan & sekarang berlari. Bahagia tidak terhingga talkala dapat melihat anak menangis & ketawa. Sesungguhnyaa dia sumber kebahagiaan kami.

Dalam bulan Julai tahun 2011, genap 3tahun zero bergelar seorang pekerja. Dalam tahun ke-3 baru lah benarzero dapat menyesuaikan diri dengan lambakan & tekanan kerja sebenarnya. Masa yang boleh dikatakan agak lama, tetapi akhirnya zero berpuas hati kerana tahun ini telah nampak hasilnya apabila ganjaran yang diperolehi di luar jangkaan. Syukur, syukur, syukur, padamu ya Allah. Semoga zero terus diberi kekuatan & semangat untuk terus bekerja.

Secara keseluruhannya, tahun 2011 tahun yang mengembirakan. Tahun 2012 nasibnya masih belum pasti. Tidak sama seperti kebiasaan, tahun 2012 zero lebih bersemangat & berazam kuat mahu jadi muslimah sejati, isteri & anak solehah, ibu penyayang & pekerja berdedikasi. Yang pasti, kena buang jauhsifat iri hati & tanamkan sifat tidak berkira untuk kongsi apa yang baik pada semua. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan juga keberkatan untuk capai apa yang zero impikan. Amin...

I Love My Family : 'Family is Everything'





.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...