Thursday, June 24, 2010

Adwa' Nazran..



Cerdik & aktif,itulah gambaran untuk my nephew Adwa’ Nazran.Adwa’ adalah satu-satunya anak kepada abang saya.Geram sangat dengan keletah si adwa’ ni.Bayangkan baru berusia 2 tahun 6 bulan tapi sangat petah bercakap & bila ditanya sangat cekap menjawabnya.Kami rasa amat kagum dengan kecerdasan minda adwa’ berfikir.Bijak bijak…
Sangat seronok rasanya melayan keletah adwa’.Teringin juga untuk dapat anak yang sebegitu petah & bijak.Bukan ingin memuji tapi saya teramat kagum dengan kecerdikan adwa'.Inilah realiti anak-anak sekarang,sangat cerdas mindanya.Apa faktor disebaliknya?Apa rahsiannya?Adakah faktor pemakanan si ibu ketika hamil member impak besar?Saya rasa ada logiknya...

Pada sesiapa antara rakan blogger yang punya pengalaman & pendapat,silakongsi dengan saya :)

Thanks

Wednesday, June 16, 2010

Aiskrim Goreng...

Hari ni saja mahu berkongsi pengalaman mencuba menu aiskrim goreng yang saya dapat dari sahabat saya Firuz Shahida Sulaiman. Credit to mama firuz!

Bila cakap pasal aiskrim goreng saya pasti ramai yang terpingga-pingga,mungkin juga tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan aiskrim goreng ini.Realitinya,saya boleh katakan agak susah mahu jumpa hidangan aiskrim goreng lagi-lagi di KL.Saya pun mula kenal dengan aiskrim goreng ketika belajar di UNITEN (pantai timur) yang kebetulan aiskrim goreng memang sudah dikenali.

Bila dapat saja resipi dari mama Firuz kita,saya terus beritahu en.asben.Kebetulan seminggu sebelum itu en.asben ada menceritakan kepada saya perihal membuat aiskrim goreng.Jadi dengan keterujaan tahap ke-3,saya terus cari bahan2 untuk menyediakan aiskrim goreng ini.Setakat hari ini,sudah 3x membuatnya.

Friday, June 4, 2010

Amalan...

Sementara tiada apa yang ingin dilakukan tika ini,sajalah nak share info dengan rakan-rakan blogger yang lain especially untuk kawan2 yang baru sahaja disahkan hamil contohnya macam Kiree.Tahniah!Ambillah info ni sebagai amalan k :)

Surah yang baik diamalkan ketika hamil :

1. Surah Al-Fatiha : Untuk Terang Hati
2. Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar+taat
3. Surah Luqman : Untuk memperoleh anak cerdik akal & jiwa
4. Surah Yusof : Untuk Merperoleh anak cantik rupa & akhlak
5. Suruh Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu
6. Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati & Anak tidak terpengaruh godaan syaitan
7. Surah At Taubah : Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat
8. Surah An Nahl : Untuk melahirkan anak yang berdisplin

Selamat mencuba!

Tuesday, June 1, 2010

Checklist...

Sedar tidak sedar hari ini kandungan saya sudah berada di usia 30minggu.Maknanya, hari kelahiran puteri kami semakin menghampiri.Persiapan bagaimana?Secara jujurnya kami hampir terlupa dek kerana kesibukan menguruskan rumah baru.Jadi apabila tersedar sahaja,saya terus ajak suami untuk shopping keperluan baby.

Lokasi kami seperti kebiasaan adalah Midvalley yang juga merupakan tempat favourite untuk berwindow shopping.Bukan apa,bagi kami senang ke sini kerana segalanya ada.Cakap saja mahu cari apa,pasti boleh dicari.Jadi bermulalah misi kami membeli apa-apa yang perlu untuk si baby.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...