Update mengenai diri sendiri :
Kini saya sedang hamil 5 bulan. Tapi keadaan perut masih belum mahu membesar seperti yang saya harapkan walaupun berat badan naik mendadak, 3kg untuk bulan ke-4 Kadang tu, sedih jugak bila pergi sana orang asyik kata mana perut, aduiiiiiii sabar jela.Pegalaman membawa baby dalam perut selama 5 bulan ni biasa-biasa je, malah Alhamdulillah saya masih boleh aktif ke sana ke mari dan menjalankan komitmen di pejabat / rumah seperti kebiasanaanya. Setakat hari ini saya tidak mengalami sebarang alahan, saya tak pernah lagi muntah atau mengidam mahu makan itu dan ini. Kalau pening - pening / migrain itu sudah menjadi kebiasaan. Tapi sejak dua minggu kebelakangan ni, entah kenapa saya mula rasa sakit pinggang berpanjangan dan kaki. Tak mengapalah asalkan saya masih sihat. Untuk barangan dan kelengkapan baby, setakat hari ni kami masih belum membeli satu pun, mungkin bila mencecah masuk bulan ke-7 insyaAllah.
Update mengenai aktiviti hujung minggu :
Kebiasaannya kami menghabiskan masa hujung minggu dengan sehari meronda dan sehari beristirehat di rumah.Mr. I merupakan pengemar movie,asal ada cerita baru confirm diajaknya saya ke panggung, tapi saya pula kurang gemar menonton di panggung. Jarang saya mahu menonton, jadi Mr.I selalunya terpaksa membeli CDs dan menonton di rumah sahaja.Sorry Abi!Dan setiap bulan kami akan pulang ke kampung. Macam minggu lalu kami pulang ke Melaka walaupun baru 2 minggu yang lepas tapi kami pulang jugak. Ini jarang berlaku kecuali ada urusan yang memerlukan. Macam minggu lepas, sepupu saya berkahwin. So adalah sikit gambar terbaru saya, Mr.I serta keluarga.
saya yang terkini

kami

3 beranak

my sis & jibam aka edrin razin

my sis & her lil son edry ruzain

both my nephew : edrin razin & adwa' nazran

Lain-lain update secara ringkasan :
- kami berdua masih bergelar pelajar (ACCA & Master student)
- bagi saya komitmen sebagai pelajar amat membebankan, tapi tidak bagi Mr.I
- secara jujurnya kami rasa agak tertekan dengan bayaran yuran pengajian untuk setiap semester
- jadi kami mula belajar untuk berjimat untuk masa depan & kestabilan, so no more monthly shopping
- kami akan berpindah ke Bandar Sri Putra sekiranya rumah kami tidak terjual dalam masa beberapa bulan akan datang
- teringin sangat untuk sama-sama ke tempat kerja, tetapi agak mustahil selagi Mr.I masih di Putrajaya
- kesian Mr.I yang terpaksa berhujan dan berpanas menaiki motor ke tempat keje, risau keselamatannya
- sangat berterima kasih kerana Mr.I adakalanya datang untuk lunch bersama
- makin bernafsu makan sejak mengandung,bayangkan hidangan berat wajib sekurang-kurangnya 3x sehari
- penggemar epal hijau & merah sejak mengandung
- sudah lama tidak memakai jeans,khuatir selepas bersalin semuanya tidak boleh digunakkan lagi
- sejak mengandung, saya hanya menggunakan 1 jenis kasut (flat shoe) sahaja
- kami sedang confuse memilih tempat bersalin samada Gleneagles / Pantai Bangsar (dua-dua pun jauh!)
- tak sabar mengetahui jantina baby kami.bila agaknya?
-biasanya kami akan berjalan-jalan menghirup udara segar setiap pagi Sabtu
- Midvalley merupakan tempat persinggahan kami pada hujung minggu selain econsave
- kucing kami semakin membesar dan Mr.I sangat menyayangi (wajib cium tiap hari)
- teringin untuk selalu bersama mak ayah dan adik-beradik saya. Ianya sangat bermakna walaupun tanpa sebarang aktiviti
- saya rindu zaman masa muda-muda,rindu kawan-kawan semuanya
- saya rindu ingin bersukan macam dulu,serius rindu!!
- Mr.I peminat setia MU & pasti akan berjaga untuk games MU tak kiralah pukul berapa
- wajib ambil edrin razin (nephew – depan pintu rumah) setiap hari untuk bermain & membulinya
- rasa macam nak menambah koleksi baju kerja tapi terpaksa batalkan niat sehingga lepas bersalin (takut size badan berubah)
- mula suka untuk menyimpan koleksi beg
- Mr.I sudah makin sporting / slumber kata family saya.suka!!
- sekarang kami tekad tak mahu makan di mamak lagi sebab sebelum ni asal nak makan roti canai / tosei pasti ke mamak la jawabnya
- Mr.I jarang mahu makan di warung, tapi saya tak kisah
- kadangkala rasa macam nak berhenti kerja, duduk rumah jaga anak & keluarga.bahagiannya kalau impian saya tercapai satu hari kelak
- teringin mahu bercuti dengan Mr.I
Itu saja buat masa ni yang terlintas di minda saya
11 comments:
bagus nye tak kesah hubby tgk tv smpai tgh mlm...suami ku hampir setiap hari...boleh jadi gado....sbb,dia tidur kat luar...
ni Mr.I tak tido luar...lepas habis je tgk bola walaupun dalam kul 5 pagi Mr.I tetap masuk tido dalam...:)
bestnye cite 2org yg da kawin ni..=(
~nana
eh..
tak sempat saya nak reply, Mr.I dah reply ke :)
kiree - so,tak perlu untuk saya comment lgla ya dear
nana - kenapa sedih?cepat2la kawin kalau macam tu :) between nana mana erk?
hehehe..nana=farhaana yakop..
xde org nak lagi la..hukhuk..sian aku..=(
nana jgn tipuuuuuuuuuuuuuuu!! aku dah tgk pict bf kamu kat fb.. siap pegi wedding lagi.. hahaah ;p
nana - agak dah mesti kamu!nana mmg ngada2 d7 asal ada bf kata tak de,menyampah!!
d7 - apalgi kasi announce satu dunia :)
betul la..belum ada..kawan je..ade jodoh ade la..hahhaaa
ngada la ko nana!nnt tup2 aku dpt kad kahwin,siap ko!!
dapat kad kawin nt datnag la..hahhaa..time korg kawin aku bergelar pelajar yg berada di perantauan..so doa dr jauh je..nt aku kawin, korg mesti free je kn.hahhaa
yela tu,tak ada maaf bgmu nana ooi!heh gurau je,no problem la dear sbb msing2 ada commitment kan.insyaAllah turn ko kalau tak ada apa,aku sampai k =)
Post a Comment