Friday, January 1, 2010

Selamat Tinggal 2009...Selamat Datang 2010...

Hari ini kita akan melangkah ke tahun 2010.Ini bermakna tahun baru datang lagi.Dalam masa 9hari lagi usia ku jua akan bertambah digitnya.Tahun baru umur baru,itulah yang cukup merisaukan semua.Itulah fitrah kehidupan yang kita perlu akur.Bagi sesetengah orang,hari ini mungkin sama seperti hari sebelumnya.Bagi sesetengah yang lain,ia hari untuk perubahan.Namun, kita perlu ingat kawan2 bahawa perubahan tidak hanya pada tahun baru.Tanamlah azam dalam diri menjadikan setiap hari sebagai hari untuk berubah.Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Secara peribadi,saya takut untuk menjenguk ke tahun 2010 kerana dalam tahun ini saya akan menjadi seorang ibu.Mampukah saya untuk menjadi ibu yang terbaik?Mampukah saya mendidik anak menjadi soleh dan solehah?Ini amat merungsingkan,tapi insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya sama seperti tahun 2009 saya perlu belajar menjadi isteri terbaik buat suami.Secara jujurnya alhamdulillah saya lega melalui pengalaman setahun sebagai isteri.Terima kasih untuk suami kerana menjadi seorang yang sangat lain daripada zaman bercinta ;)

Untuk makluman,tahun baru 2010 jatuh pada hari Jumaat di mana peristiwa Gerhana Matahari.Berdoalah kita kepada Allah supaya dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur, diberi kebahagiaan dan ketenangan akal fikiran serta serta diberi kebahagian dunia akhirat.

Selamat Tahun Baru untuk semua.Tanamkan azam,cekalkan hati kita semua.Mudah-mudahan ;)

2 comments:

Najed said...

masa depan...kita pun x tau

tp insyaallah...berkat usaha + doa...yg terbaik pasti ada :D

ZERO VENDETTA said...

thanks utk thats reminder.mmg perlu usaha + doa + tawakal harus jalan seiring ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...