Here's a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.
1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Sports Channel or Dvd Movie
2. What's one food he doesn't like?
a lot…he fussy when come into foods and one of it is durians ;) but, i luv durians!
3. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Plain water ;)
4. Where did he go to high school?
Sekolah Menengah Sri Tebrau, JB
5. What size shoe does he wear?
Size 7
6. If he was to collect anything, what would it be?
Animals, especially cat
7. What is his favorite type of sandwich?
Sardine
8. What would this person eat every day if he could?
Oat as his light breakfast
9. What is his favorite cereal?
coco cruch / honey star
10. What would he never wear?
baju kurung / round neck shirt
11. What is his favorite sports team?
Manchester United
12. Who did he vote for?
I think it should be me, Siti Rahayu Majit =P
12. Who is his best friend?
Azman (aka mamu) & Firuz gani
13. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Playing sports accept with him
14. What is his heritage?
Singaporean
15. What is his favourite colour?
Blue
16. What is his habit?
Wake up middle of nite (around 3.30 am) to see Allah. Me? Still cant make it ;(
17. What is he proud of?
Allah S.W.T
18. Lastly, do you think he will read this?
Yup,definitely!
p/s: Abi,please go through my anwer and correct me if i'm wrong ;)
Wednesday, January 20, 2010
Friday, January 15, 2010
Mimpi...
Mimpi?Itu perkara biasa dalam hidup kita sebagai manusia.Boleh dikatakan itu lumrah kehidupan.Ada juga yang kata,mimpi itu mainan tidur dan ada yang kata mimpi itu mainan syaitan.Sejauh mana kebenarannya,saya pun tidak pasti.
Kebiasaannya,kalau saya bermimpi di malam hari tentang apa-apa yang menarik dan luar biasa pasti saya akan terus bercerita dengan Mr.I pagi-pagi buta tu.Mr.I pun begitu..
Tiba-tiba semalam bangun je dari tidur dan tak sempat pun mandi,Mr.I dengan perasaan teruja memberitahu saya dia mimpi CEO & Chairman PNB.Pelik bukan?Saya kata kenapa,nak sangat ke masuk ke PNB sampai termimpi-mimpi Tan Sri CEO dan Tun Chairman.
Hakikatnya,Mr.I memang berminat untuk masuk ke PNB tapi sehingga kini rezekinya masih belum ada di sini.Jadi,kena bersabar usaha + doa + tawakal jela.
Mimpi-mimpi..Itulah yang dinamakan mimpi.Apa-apapun kita mampu bermimpi.Cuma bezanya,ada mimpi menarik dan ada juga mimpi buruk.Cuma pesan saya,jangan sampai kita lena dibuai dek mimpi.Apa komen anda?

Wednesday, January 13, 2010
10 Januari...
Ahad 10 Januari 2010,usia saya sudah berganjak dari angka 24 ke 25.Ini bermakna berlakunya pertambahan usia dan dalam masa yang sama pada angka 25 ini juga saya akan mengelar seorang ibu.InsyaAllah...
Secara jujurnya tiada apa yang istimewa untuk dikongsi sempena ulang tahun saya.Hanya sekadar keluar makan dan membeli belah.Perubahan yang boleh dikatakan agak ketara di mana sambutan hari lahir sebelum dan selepas berkahwin untuk saya teramatlah berbeza.Kalau dulu masa zaman bercinta,bila tiba ulangtahun pasti ada saja kejutan dari Mr.I.Masa itu pasti ada kad ucapan hasil tanggan Mr.I sendiri.
Tapi kini??Semuanya berubah,tiada lagi kejutan kerana kita pula yang di minta memilih hadiah apa yang kita mahukan.Kalau anda happy ke?Secara jujurnya,saya lebih suka hadiah yang dibeli dan dipilih sendiri oleh orang tersayang untuk kita.Biarlah ianya murah sekalipun,tapi kepuasan untuk kita pasti ada.Daripada barang mahal yang kita pilih sendiri,tiada langsung kepuasaan di situ.Mungkin itulah hakikat yang perlu saya terima yang mana zaman kami telah berubah ;)
Inilah hadiah hari lahir saya yang dipilih sendiri ;) No cards hasil tanggan Mr.I macam dulu-dulu lagi and no more cakes.So sad!Kenapa agaknya perubahan sebigini berlaku bila kita menempuh alam perkhawinan,kenapa??

Wednesday, January 6, 2010
Zon Sibuk!
Kini saya berada pada zon sibuk!
Saya tiada masa untuk membalas email,tiada masa untuk membuka,membaca dan menulis di blog dan keadaan menjadi lebih kritikal apabila saat ini saya sangat jarang dapat ke tandas,dari 6-7 kali sehari kepada 2-3 kali sehari.Tapi bagi mengurangkan tekanan,saya cuba juga untuk menjenguk ke blog hari ini.Akhirnya,dapat juga saya meluangkan masa menulis sepatah dua.
Sebenarnya saat ini tahap kesibukan di pejabat pada tahap yang amat mengerikan sehingga bisa buat saya moody dan mengalirkan air mata.Tiba-tiba saat ni saya rasa nak tukar Jabatan,tiba-tiba saya rasa nak tukar tempat kerja.Sangat tidak tahan dengan bebanan kerja saya kini.Rasa tak tertampung sendirian.
Mungkin bos tidak tahu apa bebanan kerja saya,tapi apa yang boleh saya kata.Saya pasrah kerana di sinilah rezeki sendiri mula dirasai.Alhamdulillah……………………
Cuma pinta dan doa saya agar Allah memberi kekuatan dan ketenangan dalam diri saya bagi melunaskan tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja.Amin
p/s untuk semua;
mungkin tidak akan ada entry baru dalam masa 3 ke 4 minggu ini.Tapi mungkin juga akan ada entry-entry pendek dari saya jika berkesempatan

Friday, January 1, 2010
Selamat Tinggal 2009...Selamat Datang 2010...
Hari ini kita akan melangkah ke tahun 2010.Ini bermakna tahun baru datang lagi.Dalam masa 9hari lagi usia ku jua akan bertambah digitnya.Tahun baru umur baru,itulah yang cukup merisaukan semua.Itulah fitrah kehidupan yang kita perlu akur.Bagi sesetengah orang,hari ini mungkin sama seperti hari sebelumnya.Bagi sesetengah yang lain,ia hari untuk perubahan.Namun, kita perlu ingat kawan2 bahawa perubahan tidak hanya pada tahun baru.Tanamlah azam dalam diri menjadikan setiap hari sebagai hari untuk berubah.Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
Secara peribadi,saya takut untuk menjenguk ke tahun 2010 kerana dalam tahun ini saya akan menjadi seorang ibu.Mampukah saya untuk menjadi ibu yang terbaik?Mampukah saya mendidik anak menjadi soleh dan solehah?Ini amat merungsingkan,tapi insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya sama seperti tahun 2009 saya perlu belajar menjadi isteri terbaik buat suami.Secara jujurnya alhamdulillah saya lega melalui pengalaman setahun sebagai isteri.Terima kasih untuk suami kerana menjadi seorang yang sangat lain daripada zaman bercinta ;)
Untuk makluman,tahun baru 2010 jatuh pada hari Jumaat di mana peristiwa Gerhana Matahari.Berdoalah kita kepada Allah supaya dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur, diberi kebahagiaan dan ketenangan akal fikiran serta serta diberi kebahagian dunia akhirat.
Selamat Tahun Baru untuk semua.Tanamkan azam,cekalkan hati kita semua.Mudah-mudahan ;)

Subscribe to:
Posts (Atom)