As usual tiap-tiap pagi masa otw ke office,saya mesti dengar Hot.Fm.Itulah rutin harian saya masa nak ke tempat kerja.Bayangkan memandu seorang diri dengan kesesakan yang dihadapi,kadang-kadang buat kita tertekan dan muziklah penenagnya ;)Secara jujurnya,saya bukanlah penggemar muzik tegar kerana mendengar untuk tempoh yang lama buat telinga saya jadi bingit. Cuma suka sangat dengar celoteh Dj especially untuk Hot Chat & panggilan hangit.Bagi saya,inilah tarikan utama untuk station ni.
Topik Hot Chat hari ni “Kegilaan Bercinta Zaman Remaja”.Topik yang sangat menarik dan saya pasti buat ramai pendengar terkenang sejarah lama.Saya juga!Anda yang lain macam mana??
Tiba-tiba teringat pulak zaman cinta remaja dulu.Secara jujurnya,saya telah melalui tiga (3) pengalaman bercinta sebelum mengakhiri zaman bujang bersama suami tercinta ;D Tiada apa yang menarik untuk dua (2) cinta yang tidak kesampaian satu ketika dulu.Yang pasti,sangat jarang bertemu!Lebih suka menghabiskan masa dengan sukan,kawan-kawan dan kadang-kadang tolong mak berniaga.Senang kata,masa muda-muda dulu saya kurang arif bercinta =P Mungkin faktor ni juga buat cinta dulu kecundang.Tapi tak mengapa sebab tiada lansung kekesalan yang saya rasa hari ini.
Mengimbau semula “Kegilaan Bercinta Zaman Remaja” dengan suamiku,bisa buat saya tersenyum.Ada suka,ada duka.Kami sama-sama berada dalam universiti yang sama.Secara tepatnya,si suami sudah mula memerhatikan saya dua (2) semester sebelum itu lagi tanpa saya sedari.Saya mula sedar hanya selepas seorang kawan (Aisha Yusof) memberitahu,katanya;kenapa abang comel tu (suamiku) asyik pandang kita je bila jumpa?Jawabku,entah-entah dia minat ko tu ;)
Bulan berganti bulan akhirnya kami bersatu jua pada 4.08.2004.Yang tragisnya saat itu,sebenarnya kami sudah ada cinta hati masing-masing tanpa disedari.Maksudnya,saya tak tahu suami sudah dimiliki hatinya dan dia juga tidak tahu yang hati saya sudah dimiliki. Akhirnya hati kami bersatu jua kerana secara senyap masing-masing melepaskan cinta lama.Itulah yang dikatakan kegilaan cinta kami berdua =D
Adakah saya dan suami bersalah dalam hal ini??Sedangkan masing-masing tidak langsung tahu akan kewujudan cinta lain antara kami berdua.Adakah patut kami dilabel sebagai perampas?
Maafkan kami A,maafkan kami Y!
Apapun,betul hakikat bahawa jodoh kita memang sudah ditetapkan.Akhirnya dengan bantuan kawan-kawan seuniversiti,kami berkenalan,bercinta (4.08.2004),bertunang (11.11.2007) dan berkahwin (12.12.2008) akhirnya.Alhamdulillah!
**Terima kasih buat suami sebab bagi saya dialah yang lebih banyak berkorban dalam cinta kami berdua baik masa bercinta sehinggalah kini.Paling tak akan saya lupakan,bila zaman bercinta dulu beberapa kali juga suami sanggup meredah hujan panas untuk datang menjenguk saya di Melaka (semasa itu saya cuti semester & dia baru mula bekerja di KL) dengan hanya menaiki motorsikal Honda EX5 padahal ada khidmat bus.Dalam hati saya mungkin suami ingin menunjukkan kesungguhan beliau pada saya dan keluarga =P Sekarang pun,kerap juga suami datang dari Putrajaya ke office saya semata-mata ingin makan bersama pada hari Jumaat.Harap pengorbanan sebegini kekal selamanya :D Terima kasih yang tak terhingga buat kamu!
Thursday, December 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
entry ni sweet :D
oowh.. so sweet!! ;)
me doakan semoga ayu & imran happy always & diberkati oleh Allah swt dgn kebahagiaan dunia & akhirat..
amin.. ;)
hehehe...teringat pulak sms ko bagitau ko dah bercinta ngan imran...ingat lagi tak...?
4.12??sama dgn tarikh besday sy..hehehe..korg mmg sweet..sy suke tgk korg...en. imran pn sporting..kimslm kt suami yea!!
najed - sja nk mengimbau cinta zaman muda-muda =P cara bercinta bila dh kawin lain plk tonanya.i'm sure tat u r understand ;)
d7 - amin..
kami plk doakan kamu cepat-cepat jumpa calon yea =P minta doakan jgk supaya kami cepat beroleh zuriat mcm diyana
**nama anak diyana sgt hampir dgn nama yg kami suka ;)
kiree - ingat3!
masa tu takut nk inform ko.ko pun kalau ada yg berganti confirm takut nk inform jgk.lawakkan?
m_areel - thanks dear!
tp sya ada buat kesilapan kt tarikh tu,actually 04.08.2004 =0sya dh adjust,itu pun en suami yg tegur =P btwn,nnt sya smpi salam awk kata sharil bdk comey kim salam
Post a Comment