Tiada banyak perbezaan untuk sambutan raya korban setelah bergelar suami isteri,hanya yang membezakan telah ada dua destinasi dan juga dua keluarga untuk meraikannya.Lagipun,tiada apa yang menarik kerana maklumlah kami berdua masing-masing datangnya dari selatan,jadi kemeriahan sambutannya agak kurang tidak seperti di Timur dan Utara.Tak apalah sebab yang penting dapat pulang ke kampung dan meraikannya bersama keluarga tercinta.Itu sudah cukup memadai.
Sama seperti raya puasa,kami beraya di tiga lokasi Melaka,JB dan Singapura.Sambutannya biasa-biasa je.Tak ada baju raya yang berpasang-pasang macam raya puasa,tiada sesi bergambar,tiada salam-salaman.Persamaannya cuma,bangun pagi-pagi untuk mandi sunat raya,mengerjakan solat raya,melawat kubur,dan makan menu macam hari raya puasa.Dan yang menariknya masa inilah ada lembu/kambing yang dikorbankan bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan putera kesayanngan beliau iaitu Nabi Ismail atas ketaatan dan ketaqwaan pada Allah S.W.T.
Entahlah,itu pengalaman kami bersama keluarga.Mungkin ada juga yang menyambut raya korban sama seperti raya puasa,tapi tidak bagi kami.
Bila tiba saja sambutan hari raya lagi-lagi bila sudah berumahtangga ni,macam-macam yang perlu kita bertolak ansur antara suami isteri.Rumah mana nak balik dulu?Kalau balik rumah A takut hati keluarga B terluka dan sebaliknya.Itulah yang kami alami.Apa yang kami buat hanya satu,kami akan pastikan pada hari pertama setiap raya kami berada di kedua-dua rumah.Adil!
Tapi macam mana tu?Bukanlah kami belah badan kami,cuma kami terpaksa berkorban bila terpaksa bersama salah satu keluarga untuk tempoh yang singkat.Bagi kami tak apalah asalkan dapat membahagiakan hati kedua belah keluarga dan hati kami juga.Sebab rasanya keluarga kita turut memahami dan rasanya kepulangan kita sudah cukup membuatkan mereka tersenyum.Harapan kami,tolak ansur ini akan berkekalan dalam jiwa kami berdua selamanya.Amin..
**Agak terkilan sebab tak dapat menonton Nur Kasih episod akhir sebab ada di Singapore malam tu hanya mendengar summary dari yang menonton.so sad! ;(
Monday, November 30, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Firuz Shahidah & Mohd Farhan
Sabtu dan Ahad lepas,kenduri kahwin kawan saya Firuz Shahida Sulaiman di Taman Medan,PJ.Teramatlah teruja saya dan kawan2 yang lain menanti detik si firuz ni naik pelamin. Disebabkan keterujaan yang melampau,kami sanggup untuk hadir Sabtu dari pagi ke malam dan Ahad bagi memeriahkan majlis tersebut.Tetapi yang paling teruja bila Mr.I memberi lampu hijau pada saya as a single women Sabtu itu.Yela kebiasaannya bukan mudah untuk Mr.I lepaskan saya ke mana sahaja sendirian.Ahad baru kami datang berdua."Terima kasih Abi atas kepercayaan kamu pada Ummi"
Nak dijadikan cerita, pasangan raja sehari ni Firuz Shahidah Sulaiman & Mohd Farhan sudah mematri cinta sembilan tahun lamanya dan kalau tak silap saya cinta mereka tersemat pada 5hb August 2000.Betul ke Firuz??Tahniah atas keutuhan cinta kalian berdua.Semoga segalanya kekal selamanya dunia akhirat.Amin..
Mengenang semula detik saat akan diijab kabulkan, si Firuz ni pada saya teramatlah tenang orangnya.Walaupun beberapa minit sebelum diakad nikah,si Firuz masih sempat bergelak ketawa dan bersuka ria.Pada tafsiran saya, pasti hati Firuz sudah berbunga indah memandangkan cinta yang sudah lama terjalin bakal diakhiri ke jinjang pelamin.Pasti menyeronokkan,siapa yang tak gembira kalau si pujaan hati kekal menjadi sura di hati.Congrates Firuz!
Secara keseluruhannya,saya teramatlah puas hati dapat menghadirkan diri ke majlis mereka.Selain agak teruja dengan susun atur majlis yang sangat menarik dari kad kahwin,pelamin,hantaran dan baju2 mereka.Malah dalam majlis tersebut perasaan teruja bertambah bila di sini menjadi tempat pertemuan saya dengan kawan2 lama.Sangat teruja!
Lihatllah keindahan sepanjang majlis tersebut.

singahsana yg sungguh indah

hantaran dari pihak lelaki

pasangan mempelai bersama wang hantaran

hantaran dari pihak perempuan

berserinya pengantin dgn baju nikahnya

bangga+teruja dapat berada di singahsana yg indah ini

semuanya anak dara kecuali si baju biru

pengapit yg banyak berjasa,credit utk kamu fazlina!

seronoknya kami!

anak dara & mak dara menggapit si pengantin

cik pengapit yg sungguh gigih berkhidmat utk kedua mempelai

mempelai di malam berinai

kami semasa majlis bersanding

mempelai dgn persalinan sanding

persembahan silat utk mempelai

bila si comel sebelah saya akan mematri kasih ni?

kami

bakal mempelai April nanti
**Untuk Firuz & Paan,jangan lupa set satu hari dan jemput kami semua untuk merasa air tanggan kamu ;)

Wednesday, November 18, 2009
Kembali...
Selamat Kembali!
Ucapan ini saya titipkan buat diri sendiri.Teramat lama rasanya tidak berblogging dalam blog kesayangan kami ini. Selama bercuti dari 9hb sehingga 17hb November 2009, hasrat hati untuk tidak lagsung membuka blog telah berjaya. Maknanya sepanjang tempoh tersebut, tidak sekali pun saya menjenguk ke sini mahupun ke laman sembang yang lain. Entah kenapa, alasan yang kurang kukuh kerana mahu menumpukan perhatian pada thesis yang sudah agak lama tertangguh.
Terus terang saya katakan yang tidak ada apa yang menarik sepanjang bercuti. Bayangkan bila bercuti tanpa suami di sisi. Agak membosankan! Mr.I tidak bercuti kerana akan bercuti panjang untuk exam pada awal December depan. Jadi secara kasarnya, saya tidaklah ke mana – mana. Tapi disebalik kebosanan ada juga rasa seronok bila dapat merasai nikmat sementara sebagai suri rumah. Maknanya sepanjang bercuti, saya berkesempatan untuk menyediakan breakfast untuk suami, mengiringi suami ke muka pintu sebelum ke tempat kerja dan di sebelah petangnya pula, saya berpeluang menyambut kepulangan suami.Walaupun tidak untuk selamanya, tapi tempoh seminggu sudah memadai. Tidak seperti selalu saya hanya sempat menyediakan sarapan (tapau) tanpa sempat menghantar dan menyambut kepulangan suami. Pada kebiasanya, role kami seolah-olah bertukar kerana saya yang lebih awal keluar rumah dan saya yang paling lewat pulang dari tempat kerja. Tapi apa boleh buat, pejabat saya lebih jauh dari rumah jika dibandingkan dengan suami.
Selama tempoh bercuti,rutin saya tidak banyak berubah dari sehari ke sehari. Seawal pagi kebiasaannya saya akan ke UPM (GSM) untuk membuat kerja–kerja thesis saya. Sepanjang bercuti, boleh kata tempat saya selalunya di hadapan PCs kalau di UPM atau kalau di rumah depan notebook capuk saya la.Terasa juga untuk mengganti tapi ia masih elok dan berfungsi baik. Lgpun notebook capuk ni dah banyak berkhidmat untuk saya sejak zaman zaman U lagi.
Sambil-sambil bercuti, sempat juga saya berjumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa macam uni, jihan dan juga aina. Tetapi yang pasti sebelum jam 5 petang saya akan beredar untuk menyediakan makan malam seperti kebiasaannya.

-setiap hari sepanjang bercuti (GSM)-

-setiap hari sepanjang bercuti (rumah)-
Selama bercuti, emak ada juga datang menjenguk kami. Kata mak, rindu sangat dah kat kami. Apapun terima kasih mak. Alhamdulillah terhibur juga hati saya bila emak datang walaupun untuk tempoh singkat. Tapi sempat jugalah saya dan kakak bawa mak jalan–jalan. Ini gambar kami bertiga..Serupa tidak tiga beranak ni?

Masa cuti ni,sempat jugalah kami menonton wayang “2012”. Tengok midnight masa opening Khamis lepas bersama empat rakan yang lain. Thanks uni, firuz, kak azrul, dan syikin sebab sudi reserved kan ticket untuk kami. Keseluruhan filem tersebut biasa-biasa saja. Cuma tak dinafikan ada juga babak yang menarik dan ada juga babak yang akan membuatkan kita semua sebak dan mengalirkan air mata. Siapa yang planning ke panggung, cubalah tonton filem ini untuk merelaxkan diri."2012" cerita yang santai bagi kami.

-ngantuk ke tunggu movie-
Sepanjang bercuti, keletah Razih selalu juga jadi penghibur. Setiap hari saya pasti ambil Razin paling tidak untuk 30 minit. Kadang bawa Razin ke taman dan sekali sekala bawa Razin ke shopping (biasanya kami akan masukkan Razin dalam trolley sebabnya tak larat nak mendukung budak debab ni!). Ini ada gambar si debab (Razin) dan juga gambar adik kepada si debab yang bakal menjadi mangsa kami kelak.Tunggu ya bila awak besar sikit Ruzin!

-Razin,as usual!-

-Edry Ruzin (adik kepada Razin)-
Tiada apa yang menarik, sekadar ingin berkongsi.

Saturday, November 7, 2009
Cuti...
Saya akan bercuti wajib (mandotary leave) bermula 9 Nov 2009 sehingga 17 nov 2009.Maknanya,saya tidak boleh datang bekerja selama tempoh tersebut walaupun hanya menjejak kaki.Lawak bunyinya tetapi itulah yang perlu saya akur.Dalam hati saya,syok juga bercuti panjang tapi sedih juga kalau terpaksa menghabiskan cuti seorang diri.Mr. I tidak bercuti.Jadi planning saya untuk memberi tumpuan kepada paper saya sepanjang bercuti.Mungkin tiada entry baru sepanjang tempoh tersebut.Jumpa lagi pada 18 nov 2009 dengan entry baru iaitu pengalaman sepanjang bercuti.InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)