Friday, October 30, 2009

Teknik Cakar Harimau...

Urm disebabkan ramai betul kawan-kawan kami yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin,jadi suka pulak rasanya untuk kongsi satu ilmu baru untuk praktis bersama.Pada kawan-kawan yang berminat untuk pinjam bukunya,kami ada.

Yok check it out!


1. Isteri perlu mengurut tengkuk suami dengan penuh kasih sayang (memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan)
2. Mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan
3. Membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat suami
4.`cakaran harimau’ iaitu menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang
5. Refer no.4 di mana cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk
6. Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang
7. Akhir sekali jangan lupa bisikkan kata romantis ke telinga suami
** Paling tidak pun bisikkan "I Luv U"

Selamat mencuba!
Dan yang paling penting selepas urutan ini suami akan merasa lebih tenang
** Pastikan panduan ini di baca sambil melihat gambarnya


Yummy!
Bestnya kalau dapat makan benda ni lagi-lagi waktu sedang merilekskan diri.Makanan di atas macam semua tahu "puding fruit bersos kastard".Boleh kata sering jugalah saya buat sebab bendanya simple.Kebetulan juga dalam minggu ni,akak saya ada minta resipinya.Jadi sajalah nak masukkan resipi dalam entry kali ni walaupun dessert ni sangatlah simple.Saya pasti ramai yang dah "pro" untuk membuatnya.Tapi sudah terlanjur,nak juga masukkan resipinya sekali.

BAHAN-BAHAN :

PUDING
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 tin susu cair
5 sudu susu pekat
secubit garam

CARA PENYEDIAAN PUDING:
1. Campurkan semua bahan puding
2. Masak di atas api sehingga menjadi pekat dan likat
atau
sehingga warnanya bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar
3. Setelah masak masukkan ke dalam bekas yang dikehendaki
4. Sejukkan

KUAH KASTARD
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
2 senduk gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur
** Tanpa kuning telur boleh juga

CARA PENYEDIAAN KUAH KASTARD:
1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan
** api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik
2. Biarkan seketika
3. Masukkan dalam freezer

Siap!
Pastikan anda makan ketika sejuk kerana ia lebih menyelerakan

Tuesday, October 27, 2009

MotoGP Malaysia 2009...



Sekali lagi MotoGP 2009 diadakan di Malaysia,tetapi malangnya kami tidak berkesempatan untuk pergi seperti tahun sudah.Dulu kami agak rajin untuk pergi menyaksikan perlawanan bola,MotoGP dan juga F1 tapi selepas kahwin keterujaan sudah berkurang.Mungkin juga disebabkan faktor masa dan perasaan tidak mahu membazir.

Untuk MotoGp Malaysia kali ini,kemenangan milik Stoner dan bukan lagi Rossi.Tahniah buat Stoner kerana berjaya menebuskan kekalahan di tempat ke-5 pada MotoGP Malaysia yang lepas.Walau bagaimanapun,kegagalan Rossi tidak bermakna beliau tewas kerana pada ranking dunia beliau merangkul gelaran juara.Berikut adalah carta kedudukan untuk Kejohanan MotoGP Malaysia 2009 (sumber dari Kosmo) dan ranking dunia.



Dua juara!


Bila tengok pelumba-pelumba motor ni kecil-kecil saja orangnya.Contoh macam Rossi,Stoner dan beberapa yang lain.Jadi pada penggamatan saya,agak tidak mustahil jika dilatih Mr.I yang kecil tu pun boleh dinobat sebagai juara.hahaa...

Opppss gurau je Abi..

Monday, October 26, 2009

Praktis...

Last weekend both Sabtu dan Ahad,kami rasa seronok sebabnya dapat menghabiskan masa bersama our nephew Edrin Razin.Seronok dan puas sangat rasanya!Belum ada anak sendiri,so anak orang jadilah mangsa.Saja kami nak biasakan diri dengan ragam anak kecil,bak kata orang putih "Practise Make Perfect" kan....

Weekend kami last week penuh dengan aktiviti bersama Razin.Sabtu bawa Razin ke Midvalley dan keesokannya pula kami bawa Razin ke Sunway.Seronok,puas,penat itulah gambaran yang boleh diberi kepada kami.Razin pula selalu je ketakutan dari main permainan sampai ke Wet Park.Itu tak pe sebab ada Mr.I yang kuat membuli si razin ni.Cuma yang buat kami agak frust bila battery camera boleh pulak flat masa d'Sunway sebelum pun masuk ke "Wet Park".So tak banyaklah gambar yang dapat diambil termaksuklah aksi kami d'Adventure Park sunway.Frust seh!Apapun,siapa nak cari tempat riadah yang dekat dan menjimatkan kami berani recommend Sunway as a choice.Macam-macam ada kat sini termasuklah Dry Park,Wet Park,Adventure Park,Animal Park dll.

Inilah aksi pengalaman kami bersama si Razin.

Sabtu - Midvalley














Ahad - Sunway
















tido time


Wednesday, October 21, 2009

Akhirnya sampai juga...

Pada tarikh 17 Oktober 2009,along kami (abg Mr.I) akhirnya mengikat tali pertunangan dan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 25 Decemember ini.Along hanya memaklumkan kepada keluarga 2 minggu sebelum majlis pertunangan.Agak memeranjatkan kerana setahu kami along tidak mempunyai seseorang yang istimewa.Pandai juga along yang terkenal dengan sifat pendiamnya menyimpan rahsia.Dan yang paling best,bakal kakak iparku itu juga dari Melaka.Alhamdulillah sekurang-kurangnya tidaklah ada rasa janggal kelak nanti.

Akhirnya sampai juga jodoh along,itu kata hati kami semua.Apapun tahniah untuk along dan bakal kakak ipar kami (kak Zai).Cuma harapan kami berdua,semoga kami lebih dulu memperoleh cahaya mata kelak memandangkan kami sudah hampir setahun berumahtangga.Amin..

Ini ada beberapa koleksi majlis mereka.











Kemeriahan...

Hari ini tiada lagi Syawal,kita kini berada dalam bulan yang baru yakni Zulkaedah.Sebulan sudah kita meraikan kemeriahan Syawal dengan menjalankan ibadah-ibadah sunat juga menghadirkan diri ke rumah terbuka sana dan sini.Semoga amalan kita diberkati,insyaAllah...

Ini ada sedikit entry atau lebih tepat gambar-gambar ketika sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Jabatan kami.

























Thursday, October 15, 2009

Rumah terbuka...



Kalau tengok kad jemputan di atas,hari ni 15 Oktober jabatan kami akan adakan rumah terbuka semperna Hari Raya Aidilfitri 2009.Seperti tahun-tahun yang lepas semua staff perlu membawa sajian masing-masing untuk santapan bersama selain nasi minyak sebagai menu utama yang kami order.Jadi,ada antara kami yang bawa lemang,steamboat,buah-buahan,sup,kuah durian,roti,kuih muih,dan juga air.Saya pula??Inilah hidangan dari saya iaitu bihun singapore.



Siapa yang berminat untuk try,ambillah resipi ni (hidangan untuk 20 orang)

Bahan-bahan
5 bungkus bihun direndam
1/2 ekor ayam/udang/sotong
2 kiub ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu lada hitam
2 batang carrot dipotong jejari
secekak daun kucai dipotong
segenggam cili padi dimesin
sedikit air
garam secukupnya

Cara Penyediaan
1.Tumis bawang putih
2.Masukkan ayam/udang/sotong
3.Masukkan pula lada hitam dan cili padi
4.Tambahkan sedikit air dan masukkan kiub ayam dan garam secukupnya
5.Kemudian masukkan bihun (goreng sehingga bihun lembut dan tambah air jika perlu)
6.Akhir sekali masukkan sayur

Selamat mencuba!

Monday, October 12, 2009

10 Oktober...

Tarikh di atas tersangatlah cantik.Jadi ramai yang ambil kesempatan untuk raikan hari bahagia mereka macamlah kawan kami berdua ni; nur nadiah hamdan & abdul rahman abdullah (kahwin) manakala nur khairunnisa mohktar & mohd fairuz a.ghani (tunang).Sama macam kami dulu2,kami pun tak terlepas untuk pilih tarikh yang cantik untuk mematri cinta kami.Macam kami dari tunang sampai ke kahwin semua nak cantik dari tarikh,wang hantaran sampailah ke jumlah dulang.kami tunang pada 11.11 dan nikah 12.12.Alasan utama sebab senang nak ingat tarikh anniversary nanti.

Macam kawan kami ni,sorang di Melaka dan sorang lagi di Pahang.Jadi kami terpaksa utamakan yang kahwin dulu sebabnya kami tak mampu nak belah badan untuk hadir kedua-dua majlis.Sorry untuk nur khairunnisa & mohd fairuz a.ghani,kenduri kahwin kamu pasti kami datang insyaAllah.Jadi untuk entry kali ni saya saja nak share pengalaman bertandang ke majlis perkahwinan nur nadiah hamdan dan abd rahman abdullah di Melaka.

Untuk majlis nur nadiah & abdul rahman di Melaka,mereka menggunakan tema merah jambu dan coklat yang mana bagi saya kombinasi color ini agak menarik. Rancangan perkahwinan mereka bermula dengan persiapan yang agak teliti sejak dari awal lagi.Si pengantin perempuan merupakan pencetus segalanya.Dalam hati saya berkata “kreatif juga kawan aku yang sorang ni,sejak bila pulak dia sekreatif ni”.

Majlis agak “cool”,tapi yang menggagumkan saya kebanyakan daripada persiapan untuk majlis mereka disediakan sendiri oleh pengantin perempuan dari sekecil2 benda sampai ke sebesar-besar benda.Contohnya macam bekas untuk door gift,gubahan hantaran,hiasan bilik pengantin dan sebagainya.Lihatlah ini antara hasil tanggan si pengantin perempuan yang agak menarik.

Ini “doorgift” untuk tetamu – hasil kerja tanggan pengantin perempuan

Ini “doorgift” untuk VIP – dibeli dari China

Ini gubahan hantaran yang dibuat sendiri oleh pengantin perempuan

Ini pelamin tempat meraikan mereka sebagai raja sehari

Inilah pengantin perempuan yang disolek cantik oleh mak andam sama ketika majlis saya dulu



Ini buktinya,

tunang (11.11.07)


kahwin (12.12.08)

Inilah dia pasangan merpati dua sejoli,yang sama cantik sama comel


Pujian harus diberi kepada pengantin perempuan kerana majlis tampak sempurna dan berjalan lancar atas tenaga dan kudrat beliau sendiri kerana ibu yang biasanya menjadi tunggak utama perkahwinan anak2 kini sudah tiada.Kamu insan gigih,semoga kebahagiaan akan menjadi hak milik kekal dunia akhirat.Amin...Selamat berbahagia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...