Tuesday, August 4, 2009

4 August 2009...

Pagi-pagi tadi tengok je kalendar suara hati saya sudah mula berkata,"Arini tarikh ulang tahun perkenalan kami" detik hatiku..Saya pasti Mr.I tidak sedar tibanya tarikh ini.Saya cuba untuk sedapkan hati sendiri dengan membuat andaian mungkin Mr.I tidak ingat tarikh agaknya sebab saya tahu Mr.I memang cukup "familiar" dengan tarikh 4 August 2004.Dengan penuh semangat saya terus mencapai HP untuk menelefon yang tersayang.Saya telefon dan bertanyakan tarikh hari ni,selepas sebut sahaja tarikh arini,Mr.I terus sebut perkataan "anniversary".Lega..........Maksudnya Mr.I ingat tarikh itu.Cukuplah getus hati ini.Walaupun tiada sebarang keraian yang kami buat cukuplah sekadar ucapan tulus ikhlas dari hati masing-masing.

Apapun yang pasti hati ini sungguh gembira..Walaupun tempoh perkhawinan baru setahun jagung tetapi tempoh perkenalan sudah hampir setengah dekad lamanya.Kami tahu ada antara kawan-kawan yang lain contohnya Ms.F (bukan nama sebenar) sudah mencapai tempoh percintaan yang akan mencecah 10 tahun,tapi bagi kami tarikh/tempoh ini sudah cukup membuat bibir tersenyum & hati mula berbunga.Alhamdulillah semoga ikatan kami berakhir sampai ke syurga.AMIN..

P/S:"Big kiss & Hug for u Abi"..



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...