Monday, August 24, 2009

Cake...

Hari ni saya nak cerita pasal cake..Apasal pulak cake nikan,dahlah tengah puasa ni.Urm sebenarnya nak cerita,last Saturday kami (adik beradik) celebrate hari jadi mak.Waktunya after berbuka dan sebelum terawih.Cake yang kami beli adalah “Indulgence chocolate cake” dari secret recipe..Ya Allah bestnya memang teramatlah.Semua kata best and makan bertambah-tambah.Bayangkan kuantiti 2kg malam tu jugak habis.Pergh layan!Memang best tak dinafikan.Jadi saya nak recommend kawan-kawan kalau nak beli cake,dapatkan cake ni.InsyaAllah anda akan puas hati.Inilah gambaran cake tu.



Bestkan??Apalagi cubalah..Harganya RM73.40 je.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan..





Selamat Menyambut Ramadhan.Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang mungkin menyinggung perasaan saudara saudari,Mohon maaf atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan.





Dari :
KAMI (AYU & IMRAN)

Monday, August 17, 2009

Gaya ber"shopping" kini...



Inilah gambaran saya dan Mr.I ketika ber"shopping" di Jalan TAR hujung minggu lepas.Kewaspadaan yang tinggi dari kami.Tapi,serius semput jugak bila pakai "mask" ni lama-lama.huh.Apa nak buat untuk elakkan jangkitan kenalah pakai "mask".Ingat tu kawan-kawan!Semoga semua terhindar dari wabak Influenza A H1N1.Amin...

p/s: Maaf kualiti gambar kurang memuaskan.Maklumlah pakai camera HP je.

Friday, August 14, 2009

Trend terkini d'office...

Lihat,inilah gambaran terkini d'office saya.Lokasi di tingkat 33,Menara PNB.Kelihatan semua mula berwaspada.Tahniah!Semoga kita semua terhindar dari wabak Influenza A H1N1.Amin..



-barisan paling hadapan Jabatan kami-



-walaupun khusyuk bekerja,kewaspadaan tetap ada-



-sudah mula memakai "mask" kerana selsema katanya-



-sempat lagi tu-



-merupakan antara yang terawal menggunakan "mask" di Jabatan kami-



-sempoi-



-steady Sharil!!katanya pakai "mask" sebab nak elak dari makan.hahaaa-



-sempat lagi untuk bergaya-




-peace-

Tapi mana saya yea??Hahahaaaa...

Thursday, August 13, 2009

Coretan untuk Mr.I...

”Ummi tahu Abi tengah berdebar-debar sepanjang hari.Buktinya habis sana sini Abi call untuk doakan Abi”.Kenapa ni??Macam ni,sebenarnya Mr.I dok "countdown" ke tarikh 17 Ogos 2009.Hari yang dinanti-nantikan dan cukup mendebarkan untuk Mr.I iaitu hari akan “release”nya result ACCA P3 Mr.I.Satu je saya nak bagitahu Mr.I:

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Pesanan untuk Mr.I,terimalah apa jua keputusan yang keluar nanti dengan hati yang terbuka dan ingat kata-kata di atas.InsyaAllah DIA akan tolong kalau kita ingat pada DIA..Yang pasti saya akan terus doakan kejayaan kamu.InsyaAllah…

Abuk-abuk...

Last few week saya ada try buat kuih abuk-abuk.Kebetulan jumpa resipi ni dari internet,saya tengok macam mudah jadi keterujaan untuk mencuba mula meluap.Apalagi, balik je dari office terus pergi kedai dekat rumah cari bahan-bahan yang diperlukan.Saya bagi resipi cubalah,memang teramat mudah dan inilah hasilnya...



RESIPI ABUK-ABUK :

BAHAN-BAHAN( 10 biji )
• 2 cawan sagu biji
• 2 cawan kelapa parut putih
• 3 sudu makan gula merah
• 3 sudu makan gula pasir
• garam secukupnya
• 10 calong daun pisang
• Lidi penyemat

CARA PENYEDIAAN
1. Basuh sagu dan toskan 5 minit
2. Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam
3. Campurkan gula merah dengan gula pasir
4. Masukkan campuran sagu ke dalam ¾ calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1 sudu campuran gula dan akhir sekali penuhkan ¼ campuran sagu ke dalam calong
5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

Wednesday, August 12, 2009

Influenza A H1N1..

H1N1 satu wabak yang cukup sinonim dengan penduduk muka bumi kini.Wabak yang teramat dashyat penanggannya.Puncanya dikatakan datang dari "khinzir".Adakah tafsiran ini benar dan logik??Adakah "khinzir" ini ada di setiap pelusok dunia??Kalau benar,kenapa jarang orang kafir terkena wabak ini??Jadi cuba kita semua buka minda dan renungkan/kaji persoalan ini.Kami rasa anda yang lebih arif untuk menjawab persoalan tersebut.Bagi kami hanya satu,tiada siapa yang mampu membendung/memberhentikan wabak ini daripada terus menular kecuali kuasa yang maha Esa.Percayalah,kami cukup pasti DIA sahaja yang mampu memberhentikan semua ini.Pernah anda semua terfikir kenapa agaknya wabak ini tiba-tiba menular dengan begitu teruk sekali??Jawapan yang ada dalam fikiran kami hanya satu,kami percaya wabak ini diturunkan/diwujudkan oleh pencipta kita Allah S.W.T sebagai satu amaran kepada semua umat manusia yang sudah semakin lalai dengan kehidupan duniawi.Kewujudan wabak ini diharapkan dapat membuka mata untuk kita memperbaiki kelemahan diri.Mudah-mudahan dengan peringatan ini,kita sebagai manusia akan lebih ingat pada maha pencipta.

p/s: Tolong jangan salahkan "khinzir",tolong jangan salahkan siapa sahaja yang terlibat dalam menyebarkan wabak ini.Hanya satu,kata dalam diri kita wabak ini adalah amaran dari DIA dan sama-sama kita perbaikan kelalaian kita.Wallahu'alam..

Tuesday, August 4, 2009

4 August 2009...

Pagi-pagi tadi tengok je kalendar suara hati saya sudah mula berkata,"Arini tarikh ulang tahun perkenalan kami" detik hatiku..Saya pasti Mr.I tidak sedar tibanya tarikh ini.Saya cuba untuk sedapkan hati sendiri dengan membuat andaian mungkin Mr.I tidak ingat tarikh agaknya sebab saya tahu Mr.I memang cukup "familiar" dengan tarikh 4 August 2004.Dengan penuh semangat saya terus mencapai HP untuk menelefon yang tersayang.Saya telefon dan bertanyakan tarikh hari ni,selepas sebut sahaja tarikh arini,Mr.I terus sebut perkataan "anniversary".Lega..........Maksudnya Mr.I ingat tarikh itu.Cukuplah getus hati ini.Walaupun tiada sebarang keraian yang kami buat cukuplah sekadar ucapan tulus ikhlas dari hati masing-masing.

Apapun yang pasti hati ini sungguh gembira..Walaupun tempoh perkhawinan baru setahun jagung tetapi tempoh perkenalan sudah hampir setengah dekad lamanya.Kami tahu ada antara kawan-kawan yang lain contohnya Ms.F (bukan nama sebenar) sudah mencapai tempoh percintaan yang akan mencecah 10 tahun,tapi bagi kami tarikh/tempoh ini sudah cukup membuat bibir tersenyum & hati mula berbunga.Alhamdulillah semoga ikatan kami berakhir sampai ke syurga.AMIN..

P/S:"Big kiss & Hug for u Abi"..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...