Friday, July 31, 2009

Gathering...

Hari ni Jumaat,cepat betul masa berlalu.Tapi saya baru berkesempatan untuk update gathering Sabtu lepas 25 Julai 2009 bersama dengan geng 2x uniten.Seronok sangat rasanya sebab lama betul kami tak berjumpa.Kali terakhir waktu wedding Jihan Feb 2009kot itupun tak semua yang ada.Al-kisahnya bermula apabila kami merancang untuk adakan gathering sambil 2x tengok movie atau main bowling.Tapi disebabkan ada je antara kitorang yang tak boleh on certain 2x date, jadi fast selaku pencadang menyuarakan pendapat supaya gathering kali ni dibuat di rumah saya.Alasanya sebab saya dah berkahwin jadi mereka nak datang menjenguk katanya.

25 Julai bermula seawal jam 5.45 pagi.Bagun menunaikan solat dan mula berfikir apa yang perlu dibereskan terlebih dahulu.Jam 9.00 pagi barulah segala persiapan bermula.Seperti yang dijanjikan semua akan berkumpul jam 12.00 tengahari.Dalam fikiran saya,pasti mereka akan sampai sekitar 12.30 tengahari tapi sangkaan saya meleset apabila tepat jam 12.00 tengahari semua kawan 2x sudah ada depan pintu rumah kami.Bisik hatiku,"punctual sungguh mereka semua!".Dengar sahaja suara mereka,kami berdua terus bergegas untuk membersihkan diri tetapi malangnya hanya 5-10 gayung air sahaja mampu disiram sebab takut mereka lama menunggu.Lawak betul masa tu,kami sempat mandi sambil semua tunggu depan pintu rumah kami.Maafkan kami kawan 2x!Dan lebih malang lagi saya tidak sempat pun untuk menganti baju.Sadis!!!

Menu untuk visit kali ni saya buat yang simple 2x sebab takut tak cukup masa.Dahlah saya sorang je yang masak.Apapun "thanks Abi sebab tolong ummi kemas rumah".Jadi menu yang sempat terhidang hanyalah Lontong+Kuah Lodeh,Roti Jala+Kari Daging dan Dessert (Puding Peach).Terima kasih juga untuk buah-buahan dari semua (Firuz&Paan,Fast,Yus,Intan,Muzi).Macam 2x buah ada antaranya mangga,mata kucing,jambu,tembikai,oren dan epal dan tidak lupa juga untuk fast sebab bagi saya Puding Caramel yang best sangat!











Gathering ni walaupun tak semua ada, tapi yang pasti kegembiraan jelas terpacar pada wajah semua.Kat sinilah kami melepaskan rindu dengan berborak sakan,bergelak ketawa dan akhirnya kesedihan melanda waktu nak berpisah.Tidak sempat meneruskan langkah,ada yang sudah mula bertanya “Bila lagi kita nak jumpa ni?”.Kat sini saya nak tolong jawab InsyaAllah nanti kita plan lagi eh kawan 2x.Keterujaan kami sampai terlupa moment 2x indah (potong 2x buah,cuci pinggan dan makan 2x) yang sepatutnya kami rakam.Apapun tepukan untuk fast sebab sekurang-kurangnya pada saat 2x akhir fast keluarkan camera untuk merakam detik indak kami.Terima kasih semua (Firuz&Paan,Yus,Intan,Fast,Muzi) dan fast selaku ketua rombongan.









P/S: Syabas kerana anda berjaya sampai hingga ke muka pintu rumah saya tanpa sebarang pertanyaan.Hebat!!

Friday, July 24, 2009

15 Ramadhan 2012...

Arini aku dikejutkan dengan satu email yang bertajuk “Huru Hara Di Bumi”.Baca je tajuk email ni dah buat dada aku berdegup kencang sambil hati mula berkata apa sebenarnya mesej disebalik email ini.Aku tidak berani untuk komen apa 2x,anda sendiri baca dan menilainya.Hanya yang pasti aku masih mencari/mengkaji sejauh mana kebenarannya.Email tersebut berbunyi begini:


“Cuba kira 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di mana dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni).Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu,ALLAH sahaja maha mengetahui.Cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni”

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

“Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


P/S: Aku masih mencari hadis ini dari mana asalnya (surah apa & ayat berapa).Manakala tarikh 15 Ramadhan siapa yang cipta??????????

Tuesday, July 21, 2009

BMI...


Weigh Loss Surgery



Apa tujuan sebenar saya paste benda ni dalam entry kali ni saya pun tidak pasti padahal tidak d'update sudah berhari-hari.Benggong agaknya!!Mungkin apa yang boleh saya katakan pada diri sendiri "watch up your weight daily ayu!your weight kept rising day to days".




Bagi saya,saya perlu sedar perubahan diri kini dan lakukan sesuatu.Tapi masalahnya,perasaan malas & tidak pernah cukup masa membuatkan segala perancangan selalu terbantut.Nafsu untuk makan pula semakin bertambah sejak akhir 2x ni (right after married).Kerisauan saya adalah berat badan akan terus bertambah hari demi hari walaupun masih dalam kelompok normal.Inilah yang paling menakutkan!!Jadi pada kawan 2x yang mempunyai cara/penyelesaian,tolonglah bagi apa 2x tips yang dirasakan berguna kepada saya untuk kembali mendisiplinkan diri seperti sedia kala.



P/S:Kepada mereka yang berminat mengetahui BMI anda,click pada "metric" bagi memudahkan kiraan.

Monday, July 20, 2009

"Aku" dan "Saya"

Apa perbezaan antara dua perkataan di atas??Macam kelas bahasa la pulak ya..Sebenarnya arini saya nak jelaskan perbezaan penggunaan perkataan "Aku" dan juga "Saya" dalam blog kami ini.Ini bagi menggelakkan timbulnya sebarang kekeliruan.Aku dan saya yang mana "aku" merujuk kepada (Mr.I/Abi/Imran) dan saya merujuk kepada diri saya sendiri (Mrs.I/Ummi/Ayu).

3-2...

Apa tu 3-2??Sebenarnya 3-2 merupakan keputusan pertama perlawanan bola sepak antara MU (pasukan favourite aku) dan Malaysia di mana kemenangan untuk MU.Dua (2) gol Malaysia dihadiahkan oleh Amri Yahya dan tiga gol MU hasil jaringan Rooney,Nani dan Owen.Perlawanan ni merupakan siri jelajah MU ke Asia bermula 18 Julai 2009 meliputi Malaysia,Indonesia (sudah dibatalkan atas faktor keselamatan),Korea dan China.


Walaupun aku mengemari+pengikut setia pasukan MU tetapi aku tetap berbangga dengan corak permainan pasukan negara kita.Tak keterlaluan jika aku katakan kita sepatutnya boleh memuji pemain kita semalam.Bagi pendapat aku la,player Malaysia memang ada potensi tetapi kurang menggunakan skills yang ada semasa liga tempatan.Pujian penuh untuk Amri Yahya yang telah menyumbat 2 gol,penjaga gol Malaysia iaitu Farizal Marlias yang telah mempamerkan aksi terbaik dan K.Rajagopal selaku jurulatih kebangsaan.

Sama2 kita nantikan keputusan perlawanan kedua antara MU vs Malaysia malam ini.Perlawanan kedua ni merupakan permintaan dari MU (saat2 akhir) kerana mereka terpaksa membatalkan siri jelajah ke Indonesia atas faktor keselamatan.Aku pasti saingan hebat akan ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan terutama MU kerana sudah pasti mereka mahukan kemenangan besar.Semoga pasukan kita berjaya.Kiita saksikan..

Friday, July 17, 2009

Misi Tercapai...

Congrates!
Ucapan ni saya nak berikan pada suami saya (Mr.I) sebab hari ni (17 Julai 2009 bersamaan dengan 24 rejab) Mr.I merdeka.Merdeka untuk apa agaknya?Merdeka kerana misi Mr.I untuk berpuasa selama 20 hari dalam bulan Rejab sudah pun tercapai (alasan: puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosa yang lalu dan hanya perlu meneruskan amal dari baki umur kita sebagai muslim").

Saya pasti Mr.I cukup gembira dapat habiskan 20 hari kerana tergambar kegembiraan di raut wajahnya ketika mahu berbuka puasa semalam.Saya bagaimana pula agaknya??Saya agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Mr.I kerana semalam hanyalah puasa Rejab ke-7 saya.Untuk menyamai Mr.I ianya agak mustahil memandangkan Rejab akan berakhir 22 Julai ini.Cumanya niat di hati nak mendapatkan hari ke-8.Mampukah saya?Mungkin akan tercapai sekiranya tiada apa yang berlaku dalam masa terdekat ni.Mudah-mudahan..

p/s untuk Mr.I :
"Tahniah abi sebab misi abi tercapai.Ummi pasti sayang Allah pada Abi melebihi sayang ummi
pada Abi!"

Wednesday, July 15, 2009

Petua,Senaman & Wanita...

Dua benda yang cukup sinonim terutama untuk wanita.Tipulah kalau tak ada wanita yang sanggup amalkan petua dan buat senaman itu dan ini untuk memastikan mereka kekal sihat dan cantik.Saya akui saya sendiri mengamalkan sedikit petua dan senaman untuk ke tahap ini.Bezanya tahap kerajinannya seseorang itu bagi memastikan matlamat sebenar dicapai.Apa yang diharapkan tahap kerajinan untuk amalkan petua dan lakukan senaman bertambah selepas sahaja menulis entry ini =) Siapa setuju dengan statement saya?Ini ada sedikit tips dan panduan yang saya peroleh dari sebuah majalah. Seronok rasanya bila dapat ilmu baru macam ni.Tips ini mungkin agak berguna untuk kita para wanita especially for those yang mengambil berat tentang penjagaan badan & kesihatan serta hubungan suami isteri. Kalau boleh orang lelaki tak perlulah teruskan pembacaan sebab malulah kami isteri2 anda nak berkongsi rahsia kami.Pada pendapat saya personally,kita sebagai wanita ni memang perlu menjaga badan tetapi harus diingat teknik2/gerak geri yang sebarangan tidak harus diikuti. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan kenyataan kakak saya Mareaney Majit yang mana katanya kadang2 kerana terlalu ghairah mau mengempiskan perut kita terlupa bahagian rahim yang amat sensitif dan boleh beralih jika salah teknik mengangkat kaki.Misalnya mengangkat kaki untuk mengempiskan perut ditegah sama sekali iaitu mengangkat kedua-dua kaki kanan dan kiri sekali gus kerana ia melibatkan pinggang dan rahim.katanya....

Kakak saya juga memberi tips berkenaan penjagaan dalaman pula,akak menasihatkan saya supaya mengelakkan memakan pisang embun & jambu batu kerana katanya ia akan mengakibatkan pengeluaran air yang banyak dan dalam masa yang sama membuatkan ubat yang dimakan kurang mujarab.Air kelapa juga kurang elok.Katanya....Walau bagaimanapun,saya agak kurang pasti dari mana sumber info ini.Tapi bagi memastikan kesihatan diri,saya sudah lama mengurangkan pengambilan segala jenis pisang,jambu batu & air kelapa.Sejauh mana keberkesanannya saya kurang pasti....

Ok,kita tinggalkan segala jenis petua dan berbalik pada fokus yang ingin dikongsi bersama iaitu "Senaman Untuk Wanita" yang mana sumbernya saya peroleh dari sebuah majalah seperti yang saya maklumkan sebelum ini.Jadi,teruskan pembacaan anda pasti tidak rugi....

Dari apa yang saya baca,sebaik sahaja bangun dari tidur terlentangkan badan, tadah tangan dan selawat ke atas nabi s.a.w sebanyak 3 kali. Usap muka dengan kedua-dua belah tangan bermula dari bahagian hujung dagu ke bahagian kepala dan melurut ke belakang leher. Kemudian terus usap ke bahagian hadapan bawa ke bahagian peha seterusnya kaki dan bongkokkan badan hingga hujung jari mencecah belakang telapak kaki.. Rapatkan muka ke lutut dan tahan nafas seketika.

Kemudian ikutilah dengan senaman ringan..
Senaman (3) di atas adalah untuk mengempiskan perut bahagian bawah.

Cara : Pegang tangan di bahagian leher dan selesakan kedudukan. Tahan nafas sambil mengempiskan perut dan angkat kaki kanan perlahan-lahan dan berturut-turut. Buat mengkut kemampuan . Ulang dengan kaki di sebelah kiri dengan jumlah yang sama.

Senaman (4) pula untuk mengempiskan perut bahagian atas.
Cara : Dalam kedudukan yang sama luruskan kaki dan tanah nafas. Kempiskan perut dan angkat kepala...sehingga kepala renggang sedikit daripada lantai. Ulangi beberapa kali mengikut kemampuan.

Selesai.Mudah bukan??Selain dari itu saya ada juga info untuk sang isteri seperti saya elok untuk kita amalkan senaman kemutan (mungkin ramai yang sudah tahu & mahir untuk senaman ini).

Cara : Ianya dilakukan dengan mencengkam otot pembukaan lubang kencing dan dubur atau mencengkam otot lantai pelvis. Dalam erti kata lain, ia seperti menahan kencing atau membuang air besar.

Amalan mengemut ini ada kebaikannya. Bagi wanita, ia boleh menyempitkan pembukaan faraj supaya angin tidak keluar masuk ketika wanita berkenaan bergerak sewaktu melakukan persetubuhan.Kemutan ini ada juga kebaikan untuk lelaki yang mana kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar dan memadatkan pangkal zakar.Apa yang pasti, senaman kemutan dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan menggeratkan hubungan silaturahim dengan pasangan.

Jadi conclusionnya for ladies exercise ni memang bagus supaya dah tua nnt tak le ada masalah incontinence (dimana bila otot dalaman dah tak kuat, kalau bersin ke batuk ke, boleh kuar air kencing, i.e. air kencing meleleh je lah selain untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

Selamat mencuba!!

Wednesday, July 8, 2009

Tenis Oh Tenis!

Tenis?Ada apa dengan tenis??
Entry kali ni berkisar tentang sukan tenis.Memandangkan Kejohanan Tenis Wimbledon 2009 baru sahaja berakhir,jadi auranya masih dirasai.Kemenangan 3-2 oleh Roger Federer menggatasi Andy Roddick dengan 5-7,7-6,7-6,3-6 dan 16-14 dalam permainan yang sungguh hebat.Jadi pada sesiapa yang tidak sempat untuk menyaksikan perlawanan akhir kejohanan tersebut dimana menyaksikan persaingan hebat antara Roger Federer (world no.2 - last time.Today became world no.1 meninggalkan Nadal) dan juga Andy Roddick (world no.6),ini ada beberapa aksi yang saya peroleh dari Associated Press.

...Ketepatan Rojer... ...ketangkasan Roddick..









Akhirnya kejuaraan Tenis Wimbledon 2009
milik Rojer Federer
Tenis oh tenis..
Beginilah kisah disebaliknya.Secara jujur saya bukanlah seorang penggemar sukan tenis sebenarnya.Tapi kini saya sudah mula mengikuti perkembangan sukan tenis malah saya sudah mampu untuk bermain tenis walaupun tidaklah begitu mahir.Detiknya bermula sebaik bersama dengan suami saya.Mana tidaknya masa mula bercinta dulu,inilah sukan pertama yang kami main bersama selain jogging dan juga cycling.Dia memang hebat dalam sukan tenis walaupun dengan fizikalnya yang kecil =) Sorry Abi and thanks Abi sebab buka minda ummi untuk tenis.Ummi happy at least ummi ada extra knowledge untuk tenis sebab tak semua orang ada ilmu ni.

Nak dijadikan cerita,suami saya benar2 meminati sukan tenis.Orang kata kalau nak berkasih dengan seseorang,kita kena juga berkasih dengan minatnya =) Begitu jugalah saya. Sejak bersama,saya mula mendalami sukan tenis termasuk cara bermain,peraturan & menggenali pemain2 untuk sukan ini.Bezanya fanatiknya saya tidak seperti suami yang sanggup untuk tidak keluar/berjaga malam bagi memastikan dia tidak “miss” sebarang perlawanan yang melibatkan Federer terutamanya kerana Federer merupakan pemain favourite beliau.

Senang kata,sukan adalah jiwa beliau.Tenis,badminton,ragbi malahan bola sepak inilah antara favourite sports yang digemarinya.Bayangkan,kalau buka sahaja TV/surat khabar sukan adalah fokus utama beliau.Kalau di rumah kami,channel sukan menjadi sajian utama.Jarang sekali channel lain dibukanya.Sering juga saya bersuara,”Abi,bosanlah asyik program Abi je.Sukan,sukan,sukan” leterku sehingga hari ini.Saya pun tidak pasti sampai bila akan berakhir situasi ini.Mungkin juga tidak akan berakhir kerana kata suamiku dia mahu anaknya jadi seperti Federer satu hari nanti.Saya hanya mampu tersenyum………..

Tuesday, July 7, 2009

Bubur Merah Putih...

Resipi lagi..Kali ini resipi bubur merah putih pula.
Ceritanya macam ni,last sunday tiba2 saya rasa nak makan bubur ni.Bubur yang jarang sgt2 ditemui.Mungkin juga kerana kerinduan pada zaman kanak2 satu ketika dulu,resipi ni dikenang kembali =) Nak dijadikan cerita masa zaman kanak2 dulu, arwah atuk & nenek selalu raikan sambutan hari jadi untuk kami.Kalau ada sambutan hari jadi,inilah antara menu favourite waktu tu.Saya memang sangat suka bubur ni!Tp rasanya sudah bertahun lamanya saya x jumpa bubur ni.Last sekali masa form 1/2 kalau x silap saya.Kenapa agaknya susah betul untuk saya jumpa bubur ni??Tertanya-tanya saya sendirian..Saya tidak berapa pasti!Saya membuat andaian mungkin juga bubur ni adalah makanan bahagian Selatan?Mungkin juga kerana orang sudah melupakan menu ini memandangkan sudah terlalu banyak resipi yang best2 untuk disaji.Semua persoalan ini masih bermain di kotak fikiran saya hingga kini.Lagi2 apabila husband saya sendiri tidak pernah melihat bubur ni.Confius2!
Ada yang boleh tolong jawab??
Sempat juga saya membuat survey bertanyakan salah seorang officemate saya Kak Laila,beliau pun tidak tahu apakah bubur yang saya maksudkan itu.Disebabkan teringin benar nak makan bubur ni,saya tekad buat sendiri walaupun tidaklah sesempurna mana.Resipinya sangatlah mudah.Saya dapatkan resipi ni dari kakak saya Mareaney.Thanks kak =)
Inilah hasilnya.

Ini resipinya.

Bahan-bahan:

Daun pandan
Garam secukupnya
Gula pasir
Gula merah (bancuh dgn sedikit air & tapis)
250ml Santan pekat
2 pot beras (blender terlebih dahulu - lebih halus lebih bagus)
Air (Masak seperti m'buat bubur nasi)

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan beras & masak seperti mahu memasak bubur nasi
2. Bila beras sudah kembang, masukkan santan dan tnggu sehingga mendidih
3. Masukkan daun pandan + garam dan kacau sehingga sebati
4. Asingkan separuh daripada bubur ini dalam bekas yang lain
5. Kemudian masukkan bancuhan gula merah dan kacau sehingga sebati
6. Siap untuk dihidangkan

P/S: Cara menghidang - tuang sesenduk bubur merah ke dalam piring. Letakkan sesudu besar bubur putih di tgh2 bubur merah...siap untuk dimakan...Mudah bukan?

Wednesday, July 1, 2009

Yee Mee Kantonis

Saya ada resepi "Yee Mee Kantonis" untuk d'share.Boleh kata kerap jugaklah saya buat time2 malas nak memasak.Sebabnya bagi saya inilah menu yang sangatlah simple..Lgpn hubby saya pun suka lg2 kalau waktu hujan.Ok,check it out!

Bahan-bahan: Hidangan utk 5 orang

5 sanggul yee mee (1 utk setiap seorang)
200 g udang basah
3 keping fish cake
5 ketul fish ball
beberapa ulas bawang putih dicincang
carrot
cendawan
kubis bunga
cili padi
1/2 cawan tepung jagung (utk pekatkan kuah jd kalau mahu lebih pekat lebihkan tepung jagung) 2 biji telur
minyak masak
Garam secukup rasa
2 sudu sebuk perasa (saya guna perasa ayam)
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Lecurkan yee mee dan ketepikan (boleh juga digoreng)
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing
3. Masukkan udang,fish ball dan fish cake kemudian perasa ayam,biar seketika
4. Masukkan air secukupnya biar sehingga mendidih
5. Masukkan carrot,kubis bunga,cendawan dan cili padi.Biar seketika sehingga agak empuk
6. Masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan air dan kacau supaya tepung tidak bergentel
7. Akhir sekali masukkan telur dan terus kacau
8. Tuang kuah ke atas mee dan sedap dimakan panas-panas

Inilah hasilnya.Cubalah!

Senyuman..

Ok,hari ni hari apa??Anda sudah senyum ke pagi ni??Kalau belum pastikan anda senyum dulu sebelum meneruskan bacaan..Cakap pasal senyum saya ada terbaca 1 kata2 pasal senyuman pagi ni.Jadi suka saya nak buat semua orang untuk sentiasa tersenyum lepas2 ni (kadang2 saya pun susah juga.heh).Saya masukkan entry ni dengan harapan saya & anda semua mampu untuk tersenyum dan menggamalkan untuk sentiasa tersenyum.Orang kata selalu senyum ni boleh awet muda & rezeki pun senang masuk.Allahu'alam..yang pasti rezeki datang dari DIA.So apa lg, check it out & jom kita senyum =)
"Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...