Monday, May 25, 2009

Keterujaan yg keterlaluan!

Sabtu lepas,sampai sahaja dari Melaka lebih kurang jam 9.55 malam aku tergesa-gesa membuka TV & menekan channel 104.

Apa yang ku tunggu agaknya?
Rancangan menuju puncak.Entah kurasakan rindu untuk melihat gelagat para pelajar AF7 terutama Hafiz.Jadi keterujaanku meluap-luap apalagi Hafiz sendiri yang menjadi hos untuk program tersebut.Sungguh comel lagatnya,secomel rambutnya itu.

Selepas sahaja rancangan ini habis pada jam 10.30 mlm,ada satu rancangan "Edisi Hafiz AF7" di mana dalam rancangan ini menghimpunkan koleksi lagu2 nyayian Hafiz dari konsert minggu pertama hingga ke konsert akhir.Apalagi,baca sahaja tajuk rancangan itu,terus ku capai remote dan aku tekan button record (maklumlah kami menggunakan khidmat Astro Max).Lega rasanya dapat merakam koleksi yang sebegini.

Dalam keasyikan melayan sisa2 bagi paparan AF7,tiba2 teringat pula konsert akhir 16.05.2009 yang lalu.Keterujaan kami buat pertama kali ke stadium meyaksikan konsert akhir AF7.Bayangkan sampai kehilangan suaraku dek ramainya manusia malam itu,di tambah pula kegembiraan di atas kemenangan Hafiz malam itu.Masih segar dibayangi memori saat itu.
Jadi teringat pula yang aku tidak pernah lagi mengupload entrynya di sini.Oleh itu,inilah gambar kenangan aku pada konsert akhir AF& beberapa minggu yang lalu. Tidak banyak yang dapat dirakam kerana pengunaan alat rakaman tidak dibenarkan pada malam itu.














Harapanku agar keterujaan ini berakhir segera.Sudah agak penat & letih kurasakan.Rasanya selepas ini,cukupla sekadar mengikuti kisah Hafiz,mendengar & membeli albumnya kelak sebagai tanda sokonganku terhadap Hafiz.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...