Thursday, May 28, 2009

Ke Arah Menjadi Isteri Sejati..

"KEMULIAAN SEORANG ISTERI DI SISI TUHAN ITU ADALAH BILA DAPAT MERENDAH
DIRI KEPADA SUAMI & BERKHIDMAT KERANA ALLAH SEMATA-MATA"

Saja nak share ilmu/info ni untuk kebaikan kita bersama.Mari kita lihat satu persatu kriteria di bawah bagi menempatkan kita sebagai salah seorang isteri yang mulia di sisi Allah S.W.T.Check it out!

1. Bertanggungjawab dalam urusan sebagai seorang isteri terutamanya terhadap suami. Alhamdulillah..
2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan ikhlas kerana Tuhan semata-mata.Susah bukan??Sama2 usahakan ke arah ini.
3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan. Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan dosa.InsyaAllah dengan ilmu yang kita ada.
4. Sentiasa merendah diri kepada suami. Merendah diri juga agar tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah kehidupan keluarga. Fahami dan terimalah keyataan ini..
5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam layanan, sikap, percakapan dan ketaatan. InsyaAllah..
6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami. Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemesraan. Agak sukar.Semacam tidak akan berlaku kerana kekangan yang ada.
7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang membebankan suami boleh menganggu perasaan, boleh mengeruhkan hubungan. Fahamilah kemampuan/bebanan keluarga anda.Kenalah kita ukur baju di badan sendiri.InsyaAllah..
8. Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan, boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak perancangan keluarga. Selagi terdaya..
9. Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah bersama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hubungan hati. Alhamdulillah..
10. Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu di rumah lebih-lebih lagi di luar rumah.Alhamdulillah..
11.Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendaklah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek kerana di situlah ruang dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak-banyak darjat taqwa di sisi Tuhan. Alhamdulillah.Teruskan sifat ini untuk manfaat bersama..
12. Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri. Tingkatkan sifat ini.InsyaAllah..
13. Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding kesilapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazimnya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadangkala ianya agak sukar.Cuba ke arah itu.InsyaAllah..
14. Memberi semangat kepada suami. Contohilah seperti Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula menerima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasulullah SAW dan memberi semangat serta perangsang dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah SAW. Cuba lakukan seperti Sayidatina Khadijah.InsyaAllah..
15. Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan sepenuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan suami serta tanda merendah diri kepada suami. Ada ketikanya sukar..Cuba perbaiki.
16. Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedahkan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan sendiri. Jangan sekali-kali..
17. Isteri juga hendaklah berusaha mengutamakan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.InsyaAllah..

Dengan checklist di atas,apa yang anda rasa?Susah bukan untuk menjadi isteri sejati di sisi Allah S.W.T.Ingat!Sejati di sisi/pandangan Allah S.W.T dan bukan pada pandangan suami anda.Ku renung kembali diriku sendiri,mungkin aku mampu untuk menjadi isteri sejati pada pandangan ku sendiri,tp di sisi Allah S.W.T ianya masih belum pasti.

Mampulah kita menjadi isteri sejati pada pandangan Allah S.W.T??Bagaimana mencapai kesejatian abadi ini?Lama ku fikirkan..Jawapan pada diriku sendiri,belajarlah dan berusahalah ke arah itu dan akhir sekali sentiasa muhasabah diri padaNYA.

Semoga kita mampu untuk berada di kelompok isteri2 sejati pilihanNYA di akhirat kelak.InsyaAllah..

Monday, May 25, 2009

Keterujaan yg keterlaluan!

Sabtu lepas,sampai sahaja dari Melaka lebih kurang jam 9.55 malam aku tergesa-gesa membuka TV & menekan channel 104.

Apa yang ku tunggu agaknya?
Rancangan menuju puncak.Entah kurasakan rindu untuk melihat gelagat para pelajar AF7 terutama Hafiz.Jadi keterujaanku meluap-luap apalagi Hafiz sendiri yang menjadi hos untuk program tersebut.Sungguh comel lagatnya,secomel rambutnya itu.

Selepas sahaja rancangan ini habis pada jam 10.30 mlm,ada satu rancangan "Edisi Hafiz AF7" di mana dalam rancangan ini menghimpunkan koleksi lagu2 nyayian Hafiz dari konsert minggu pertama hingga ke konsert akhir.Apalagi,baca sahaja tajuk rancangan itu,terus ku capai remote dan aku tekan button record (maklumlah kami menggunakan khidmat Astro Max).Lega rasanya dapat merakam koleksi yang sebegini.

Dalam keasyikan melayan sisa2 bagi paparan AF7,tiba2 teringat pula konsert akhir 16.05.2009 yang lalu.Keterujaan kami buat pertama kali ke stadium meyaksikan konsert akhir AF7.Bayangkan sampai kehilangan suaraku dek ramainya manusia malam itu,di tambah pula kegembiraan di atas kemenangan Hafiz malam itu.Masih segar dibayangi memori saat itu.
Jadi teringat pula yang aku tidak pernah lagi mengupload entrynya di sini.Oleh itu,inilah gambar kenangan aku pada konsert akhir AF& beberapa minggu yang lalu. Tidak banyak yang dapat dirakam kerana pengunaan alat rakaman tidak dibenarkan pada malam itu.














Harapanku agar keterujaan ini berakhir segera.Sudah agak penat & letih kurasakan.Rasanya selepas ini,cukupla sekadar mengikuti kisah Hafiz,mendengar & membeli albumnya kelak sebagai tanda sokonganku terhadap Hafiz.

Thursday, May 21, 2009

Thanks..

Did u aware a new looked of our blog??What is your view,fren?Give your comment.
Is it look girlish?That is what my husband said.But i'm so happy with the new looked of our blog.
This idea came right after viewing other fren blog.Their blog mostly are very nice.So how about mine?

I'm struggling to learn new knowledge from someone.Knowledge for decorating blog.I learn from kak zula.It's fun.It's create excitement.

So here,I wanna wish thanks a lot to kak zula (my officemate) for her helps on decorating my blog.

Thanks kak zula.Like to share any idea with u..

Monday, May 18, 2009

Satisfied!

Juara Akademi Fantasia is all precisely right! I’m so happy. We both (me & my husband) felt so happy.But the most happiest person in the world now is of course our beloved AF7 winner, Hafiz from Sarawak. He got Honda Accord 2.0, travel to New York, RM20, 000.00 cash and many more which in total I think worth almost RM200, 000.00.
For those who miss the moment,the full result as follows:

NO1: HAFIZ

NO2: ARIL

NO3: AKIM

NO4: YAZID

NO5: ISMA

For those who don’t get any place in the winner podium (1-3), don’t be sad because this is just a beginning. You have talent and you will be a successful artists in the future.Hafiz we luv u!!

Friday, May 8, 2009

Satu pencarian..

"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya"


Cuba anda semua amati ayat demi ayat pada kata2 di atas.Sungguh sayup rasanya apabila aku mengamati setiap bait kata2 di atas.Mungkin ada yang tertanya-tanya dari mana aku perolehi ayat2 di atas??Aku kah yang menghasilkan bait2 kata yang sungguh indah ini??

Jawapannya:
Ini adalah terjemahan dari surah as-syam.Sungguh indah maknanya.Indahnya bait2 kata di atas tidak sepatutnya berakhir begitu sahaja,ia meminta kita sebagai manusia mendalami setiap makna yang tersirat di dalamnya.

Bagi diriku sendiri aku dapat rasakan each word ..every sentence , perfectly translated . Allah Hu Akbar !

Pasti ada yang bertanya,kenapa tiba2 keluarnya surah ini.Kisahnya bermula apabila aku tertanya-tanya akan kelebihan mengerjakan solat dhuha (kerana ini yang selalu diamalkan oleh suamiku sejak dari zaman universiti lagi),jadi aku mulakan google search tentang kelebihan solat dhuha (solat sunat dua rakaat sesudah matahari naik sehingga ke masuk waktu zohor)

Hasilnya aku terjumpa bait2 kata yang sungguh indah ini.Apa kaitannya surah ini dengan solat dhuha??Kepada mereka yang tidak mengetahui (sama seperti diriku),Surah as-syam adalah salah satu bacaan dalam rakaat pertama selepas Al-Fatiha dalam solat dhuha.Manakala untuk rakaat kedua,selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Oo baru ku fahami bagaimana & apa kelebihan disebalik solat dhuha.Ku rasakan sungguh jahil diriku..Aku meneruskan pembacaan dan baru hari ini aku mengetahui apa kelebihan disebalik solat dhuha.

Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu'alaihi Wasallam yang maksudnya :
"Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

Begitula kelebihan mengerjakan solat dhuha.Nikmat yang pasti tersedia untuk pengamalnya.Oleh itu,suka untuk aku menyeru kepada sesiapa jua (muslim) yang terbaca petikan ini,mulai hari ini kita tanamkan pada diri untuk sama-sama mengamalkan solat dhuha.

Aku percaya tidak banyak masa yang diperlukan.Cukup sekadar 5-10 minit setiap hari.Aku pasti hanya dengan 5-10 minit,dengan izin Allah insyaAllah nikmatnya dirasai.

Pada akhir solat ini,luangkan masa & tenangkan hati kita untuk membaca doa di bawah:
ALLAAHUMMA INNADLDLUHAA-A DLUHAA-UKA WAL BAHAA-A BAHAA-UKA WAL JAMAALA JAMAALUKA WAL QUWWATA QUWWATUKA WAL QUDRATA QUDRATUKA WAL ‘ISHMATA ‘ISHMATUKA ALLAAHUMMA IN KAANA RIZQII FISSAMAAI FA ANZILHU WA IN KAANA FIL ARDLI FA AKHRIJHU WA IN KAANA MU’SIRAN FAYASSIRHU WA IN KAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU WA IN KAANA BA’IIDAN FA QARRIBHU BIHAQQI DLUHAA-IKA WA BAHAA-IKA WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA AATINII MAA AATAITA ‘IBAADAKASHSHAALIHIIN.

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

Pesanku,Marilah sama2 kita ambil ilmu ini & jadikan sebagai satu amalan kita yang berterusan.InsyaAllah aku percaya,ada balasan yang tersedia.Kerana apa??Kerana aku dapat lihat nikmatnya pada mereka (suami & abangku) yang menggamalkan ibadah ini secara konsisten.Allah Hualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...