Tuesday, February 24, 2009

Flashback (Memorable Occasion)..








Ada kelapangan ni kita nak menulis la ckit story-story lama (lama tak lama sgtla, 2months back je pun).Kenapa plk nak share cerita lama??Mesti ada yg terdetik dalam hati/terkumat-kamit mulutnya "mereka" tafsiran masing2 kan.Let me explain.first sebab kita tak ada idea or berita-berita terkini nak d'share.Second sebab ada yang m'requestnya..Jadi pada yg merasa ada tarikan,itu bermaksud blog ini dan diri anda ada 2 kutub berbeza (negative & positive).So boleh ngam la maksudnya.heh..


12.12.2008??Yg mana arini hari besar & penuh bermakna untuk kami. 12.12.08 ni sebenarnya hari pernikahan kami iaitu antara Imran Bin Sadiman dan juga Siti Rahayu Majit.Kami disatukan tepat jam 9.35 malam. Macam-macam perasaan kami dapat rasa masa tu. Sedih ada,gembira ada,terharu ada.Macam-macam adalah.Oleh kerana mak andam dah berkali-kali pesan supaya aku tak mengeluarkan air mata (dia tahu aku jenis cepat tersentuh & menanggis) sbb takut rosak make up dia katanya, jd aku gagahkan juga diri supaya tak naklah melelehkan air mata ku ini walaupun ianya bergenang dan terus bergenang. Sampai akhirnya tidak mampu ku tahan dan jatuh jua ke bumi.huh..


Entah kenapa, perasaan tu tak boleh ku bendung walaupun telah ku gagahkan hati ini.
Benda ni dah macam kewajiban, kalau seseorang tu selamat diijabkabulkan mesti mereka-meraka akan merasai sesuatu iaitu kesayupan hingga menghasilkan air hujan dari mata.Fact ni ayu akui once ayu melalui fasa/detik ni.Jd pada sesiapa yg masih belum melalui detik ni, nasihat kita janganlah pelik+pertikaikannya or jgn sesekali mempersendakannya kerana ayu pasti anda akan dapat merasainya kelak (kecuali untuk mereka yg hati batu confirm2 tak ada rasa!!).Tp jangan pelik tau kalau ada juga lelaki yg akan turut mengalami permasalahan/perasaan yg sama. Percaya atau tidak, tp ini realitinya apabila ayu sendiri lihat depan mata ayu my beloved abi begitu sebak lepas sahaja kadi/tok iman menggoncangkan tanggannya tanda sah selepas 2x lafaz (2x tu pun sebab pak imam yg salah sebut mas kahwin at first-sampai dalam sijil kahwin skg pun kami dapati mas kahwin silap juga) sampai mengalirkan air matanya.Ayu takjub bukan apa sebab bukan senang ada peluang yang macam ni.

Masa lepas je settle akad nikah, kami diarahkan untuk menukar pakaian untuk upacara seterusnya iaitu d’panggil malam berinai besar besar dimana ada tetamu yg akan “menginaikan” pasangan pengantin dan tak ketinggalan letupan bunga api yg telah d’modernkan pakai bunga api mini ala2 tahun baru tu (previously pakai bunga api buluh-ada sesetengah kawasan masih gunakan bunga api jenis ni).Ini kalau ikut tradisi perkahwinan Melaka la,Tp ayu tak sure samada negeri lain macam tu juga ke tidak.So,ikut tradisi pasangan pengantin akan pakai jubah & tarbus (untuk lelaki) & juga sanggul lintang (untuk perempuan). Malangnya kedua-dua kami tak pakai jubah, tp kami memilih pakaian yg d’modernkan skit iaitu songket bunga tabur dengan color biru kehijauan (bg ayu color tu sweet sgt walaupn ayu tak suka color biru). Jadi untuk malam tu kami mengenakan kebaya+sanggul lintang untuk ayu & baju melayu yg d’gelar overcoat untuk my abi. Malam tu juga pengantin lelaki d’arak menaiki beca diiringi paluan kompang sementara menunggu pengantin perempuan keluar untuk d’arak bersama. Dalam masa tersebut, bunga api telah memecahkan keheningan malam itu dengan bunyi & juga cahayanya.

Apabila keluar je untuk d’arak, rasa hati ni begitu berdebar2 hanya tuhan saja tahu. Mana taknya, semua perlu d’control.Termasuklah langkah yg perlu d’atur dalam masa yg sama perlu memastikan senyuman tidak luntur.huh ini bukan kerja mudah.Di tambah pula dengan kehadiran tetamu (termasuk saudara mara,penduduk kampung & juga kawan2) yg ramai mengamatkan suasana malam itu.Yg paling mengejutkan dan boleh dikatakan kadang2 agk menggangu adalah kehadiran cahaya/flash dari camera para tetamu yg boleh dikatakan tak henti2 sampai ke akhir majlis malam tu. Memang agak tergamam kerana ayu rasa ramai sungguh malam itu dan ramai pula yg tak lepaskan peluang untuk merakamkan gambar kami.Ini semua buat kami terharu!Tp bila d’bincang & d’fikirkan bersama, inilah hakikatnya menjadi raja sehari anda akan diberi penghormatan sebegitu hebat. Ayu percaya anda semua akan lalui bila tiba giliran anda..

Untuk makluman, malam tu ayu masih tido berseorangan so masih dapat d’kekalkan kesucian diri sehingga malam tu walaupun dah selamat akad nikah.Heh.. Pagi2 keesokannya, ayu dah bangun seawal jam 5.30pg. Perkara pertama yg terlintas dalam fikiran saat tu adalah 5 pasang persalinan yg akan d’gunakan sebelum majlis persandingan jam 2.00 ptg nnt untuk sesi bergambar. Huh sungguh memenatkan bila perlu menukar baju persalinan sebanyak 5 jenis tu (baju jawa, baju india, baju cik siti wan kembang, baju balkis, & gaun putih) malah perlu memberikan pose terbaik mengikut kemahuan photographer (Zafiq).Apapun zafiq memang sporting habis la!!


Selesai je kelima-lima pasang baju td, mak andam masing2 mula memainkan peranan untuk mempersiapkan kami kerana mereka perlu mengejar masa kerana seperti yg d’rancang majlis bersanding adalah pd jam 2ptg.Pakaian kami untuk kali ini mengikut tema (yg sebenarnya d’tukar pd sebulan terakhir sebelum majlis) dengan gabungan antara warna pink dan juga cream.Lihatlah inilah hasilnya (pd dasarnya ayu tidak berani untuk memakai pakaian pink sebelum ini). Agak memuaskan!


Pada petang ini, agak bersejarah untuk kami kerana kami d’arak menaiki kereta kuda (walaupun bukan kereta kuda seperti permaisuri raja) tp kami puas.Ini adalah permintaan dari mak ayu yg mahukan kelainan pada majlis kami. Ada 2 wartawan datang membuat liputan iaitu dari akhbar sinar & juga kosmo. Cerita mengenai kami d’paparkan d’ akhbar sinar pada 14.12.09 dan kosmo pada 17.12.09..Pd hari ini juga kami berasa terharu kerana kehadiran kawan2 untuk memeriahkan majlis.Sungguh terharu & kami berjanji pd diri masing2 untuk menghadirkan diri pd majlis mereka2 kelak.We luv u all!!
Episod terakhir untuk hari ni adalah sesi outdoor shoot. Kami memilih Bandar hilir sebagai pilihan.Walaupun masing2 dengan kepenatan tersendiri, kami gagahkann jua diri ini untuk terus beraksi d’ hadapan camera untuk hasil terbaik. Selepas hamper 20 mins kami mengangkat bendera putih tanda surrender.2sahaja yg termampu.Huh penat tetapi menyeronokan.Dalam seronok2 ada gak tak seronoknya, after shoot kami ke kereta dan mendapati kedua-dua kereta kami & juga kereta our photographer telah d’keluarkan saman atas kesalahan meletakkan kenderaan d’ line kuning.Kesian…..
Akhirnya malam ini bermulalah kisah hidup kami sebagai suami isteri. Satu kami pinta hanyalah keredhaan & keberkatan dariNYA. AMIN..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...