Thursday, February 26, 2009

Flashback (Honeymoon)
















Dengarla nak share pengalaman honeymoon ni.Macam pasangan2 baru berkahwin, kami pun pergi juga honeymoon walaupun dekat aje jaraknya.Ke mana ye?Kami ke Singapore..Mungkin akan ada yg kata,hek eleh singapore je honeymoon pun nak kecoh.Ni bukan masalah kecoh ke apa, tp sbb ayu ni x pernah 1x pun menapak ke bumi singapore tu.Lawak kan pdhal orang lain dah berpuluh-puluh kali agaknya.Macam my abi, mak dia memang org sana (ic pun masih ic Singapore walaupun dah bertahun-tahun duduk JB). Kiranya nenek & makcik2 my abi sume stay sana.So dia x rasa apa2la untuk honeymoon aritu, tinggal lagi ayu je yg teringin sgt nak pg.Yela nnt org tanya taklah macam "Jakun" tak penah pg kan.Kan??


Al-kisahnya nak sgt pg menjejakkan kaki kat negara yg canggih mangih tu kononnya. Sampai tahap masuk je causelink (sempadan antara jb dan Singapore) terus capai camera sangkut kat tanggan dan snap gambar non-stop.My abi yg drive kat sebelah tu pelik2 je tengok gelagat ayu time tu.Nak tahu x,kadang2 bila tengok2 balik gambar yg d’ambil viewnya tak ada apapun yg menarik tp nak jugak d’snap d’sebabkn keghairahan ayu.Nampak tak excited dan boleh d’katakan jakunnya saya??heh..


Tp memang tak boleh d’nafikanlah Singapore memang sgt bersih (macam Melaka jugak.Heh) & technologynya jauh banding kita (yg ni negeri2 kat Malaysia x leh nak compete lg rasanya).Buktinya jalan je menyusur sepanjang jalan CCTV merata tempat, sign boardnya banyak malah tegas pengunaan ayatnya (cth: please reduce speed now!!)Bunyinya tegaskan. Bila kita fikir2 balik 2la sebabnya negara diorang boleh majukan . Mana taknya, dengan peraturan2 macam tula yg mampu untuk lahirkan rakyat berdisiplin.
Cuma 1 jela, apa yg kita dengar dan tengok sendiri kalau ke Malaysia motor2 diorang semua besar2 (mana jumpa motor ala2 kriss ke EX5 ke macam bersepah kat Malysia) apa lagi kalau kereta2 milik orang Singapore pasti yg hebat2 d’bawanya ke Malaysia. So dalam fikiran kita mesti pernah terdetik yg tak wujud motor/kereta yg low standard kat sana kan. Ayu pun anggap macam tu juga.Tp hakikatnya kita masih boleh jumpa motor2/kereta2 serupa tu kat Singapore. Maksudnya taklah tak ada langsung motor macam standard kriss ke or kereta kecik macam kancil ke kat sana. Hakikatnya memang ada! Tp yg tak boleh d’nafikan kalau duduk sana everything kena ada money.Believed me!

Ok, kita storylah tentang keghairahan ayu nak sangat honeymoon kat Singapore tu, best sgt ke??Ermmm sebenarnya kami masuk singapore 27.12.2008 & 28.12.2008. Tak lama sebabnya kena budget. Yela stay hotel kat sana (standard macam plaza hotel kalau kat KL ni) je dah RM350/day convert currency Malaysia. So, kalau 2hari dah berapa??Calculate by urself. Belum lagi masuk makan dan belanja2 lain. Very expensive, for us la. Kalau untuk mereka2 yg banyak duit tu mungkin not be a problem rasanya.

Trip kami cover tak banyak tepat. First sebab masa and second sebab constraint. Apa yg constraint tu ye? Duit dan masa la senang cerita.Heh..Fokus kami untuk jalan-jalan kali ni adalah d’ Setosa Island. Ala macam lagu kat channel 3 promoting tat island. Kiranya kami antara yg terpengaruhla ni.Heh. Kalau untuk sesiapa yg tak tahu tu, Sentosa Island ni macam satu pulau la ala2 Langkawi tp tak serupa macam Langkawi pun.Kalau ada pun sama Cuma cable car & underwater world kot. As for example je. Ok, kat dalam tu ada macam-macam entertainment. Kat situ jugalah terdapat replika singa besar tu (yg mana merupakan ikon Singapore). Very nice island ni.

Tp macam ayu cakap tdla, semuanya duit hidup kat Singapore ni. No wonder la org2 kat sini husband & wife perlu kerja keras untuk survived. Just imagine, masuk pulau pun kena bayar if I’m not mistaken about $10 per car & $2 per kepala. Belum lagi parkingnya $10 per entry. Calculate la kalau convert to ringgit how much it will be.Huh..Tp d’ sebabkan ayu nak sgt, my abi layankan ajelah walaupun kepuasannya tak pada tahap maximum.


Masa kami kat Sentosa ni, kami tak mampu la nak masuk semua tempat kan. Yg kami mampu masuk macam underwater world tu pun dah cecah $30 per kepala. Tp tak cakap tipulah, kepuasannya tak setanding macam kita masuk underwater world yg kat KLCC tu. Jauh lagi menarik, besar, bersih & tak berbau as compared to yg Singapore punya (bangga tak??). Bila Tanya my abi dia pun mengiyakan. Lepas tu kami ke Dolphin Lagoon. Entrance fee ayu tak boleh ingat la berapa. Tp sma la mahal jugak. Tempat ni cantik sgt sebab like a sea view pantai siap berpasir2 lagi walaupun bukan laut kat kawasan tu. Dalam ni ada show trainer dengan dolphin la. Time ni memang syok walaupu panas.

Esoknya tu kami datang lagi, so kenalah bayar lg entrance untuk masuk pulau $10 per car plus $2 per kepala. Tp kami tak ada keberanian untuk naik cable car sebabnya gayat. Psycho la tengok jauh betul nak sampai ke seberang sana, dahlah tinggi pastu kat bawah tu pulak laut.Tak ke ngeri tu.huh. Mengerikan sungguh..Time ni jugak kami terasa tak nak lepaskan peluang bergambar kat replika lion yg besar bagak tu. Memang menarik viewnya. Tengokla gambarnya tu.

Lepas dah completekan misi d’Sentosa Island tu kami keluar berjalan-jalan cari makan dan ke shopping mall kat Orchard Road pulak. Jalan jelah tak shopping pun sebab mahal2la barangnya. Yg pasti cantik sungguh complex kat sini (tp yg ini Malaysia dah mampu tandingi). Lepas tu malam kami ke Night Safari. Kawasannya memang cantik, dekorasinya menarik dan ada tarikan macam pertunjukan api & pari-pari/hantu galah. Tang tu hebat. Tp ada yg amat mendukacitakan..Sebab apa ye?? Mana taknya semua binatang macam nak bersembunyi je. Jd tak dapatlah nak snap gambar binatang-binatang tu. Kalau ada pun gelaplah gambarnya. Temapt terakhir kami pg sebelum keluar dari Singapore adalah rumah nenek my abi & pakcik2 dia.

So, sebagai kesimpulan u all agak2 kami enjoy tak honeymoon tu??Kepuasan ada, kegembiraan ada tp ketakjuban tak ada.heh. Lagi satu tak happy sebab tak dapat shopping!! Senang cerita kami tak mencapai kepuasan maksimum masa kat sana. Ada rasa macam nak buat trip untuk honeymoon lg. Tp bila Tanya my abi, dia kata tunggu la bila kita dah banyak cuti terkumpul. Sedihkan..Huh..

Tuesday, February 24, 2009

Flashback (Memorable Occasion)..








Ada kelapangan ni kita nak menulis la ckit story-story lama (lama tak lama sgtla, 2months back je pun).Kenapa plk nak share cerita lama??Mesti ada yg terdetik dalam hati/terkumat-kamit mulutnya "mereka" tafsiran masing2 kan.Let me explain.first sebab kita tak ada idea or berita-berita terkini nak d'share.Second sebab ada yang m'requestnya..Jadi pada yg merasa ada tarikan,itu bermaksud blog ini dan diri anda ada 2 kutub berbeza (negative & positive).So boleh ngam la maksudnya.heh..


12.12.2008??Yg mana arini hari besar & penuh bermakna untuk kami. 12.12.08 ni sebenarnya hari pernikahan kami iaitu antara Imran Bin Sadiman dan juga Siti Rahayu Majit.Kami disatukan tepat jam 9.35 malam. Macam-macam perasaan kami dapat rasa masa tu. Sedih ada,gembira ada,terharu ada.Macam-macam adalah.Oleh kerana mak andam dah berkali-kali pesan supaya aku tak mengeluarkan air mata (dia tahu aku jenis cepat tersentuh & menanggis) sbb takut rosak make up dia katanya, jd aku gagahkan juga diri supaya tak naklah melelehkan air mata ku ini walaupun ianya bergenang dan terus bergenang. Sampai akhirnya tidak mampu ku tahan dan jatuh jua ke bumi.huh..


Entah kenapa, perasaan tu tak boleh ku bendung walaupun telah ku gagahkan hati ini.
Benda ni dah macam kewajiban, kalau seseorang tu selamat diijabkabulkan mesti mereka-meraka akan merasai sesuatu iaitu kesayupan hingga menghasilkan air hujan dari mata.Fact ni ayu akui once ayu melalui fasa/detik ni.Jd pada sesiapa yg masih belum melalui detik ni, nasihat kita janganlah pelik+pertikaikannya or jgn sesekali mempersendakannya kerana ayu pasti anda akan dapat merasainya kelak (kecuali untuk mereka yg hati batu confirm2 tak ada rasa!!).Tp jangan pelik tau kalau ada juga lelaki yg akan turut mengalami permasalahan/perasaan yg sama. Percaya atau tidak, tp ini realitinya apabila ayu sendiri lihat depan mata ayu my beloved abi begitu sebak lepas sahaja kadi/tok iman menggoncangkan tanggannya tanda sah selepas 2x lafaz (2x tu pun sebab pak imam yg salah sebut mas kahwin at first-sampai dalam sijil kahwin skg pun kami dapati mas kahwin silap juga) sampai mengalirkan air matanya.Ayu takjub bukan apa sebab bukan senang ada peluang yang macam ni.

Masa lepas je settle akad nikah, kami diarahkan untuk menukar pakaian untuk upacara seterusnya iaitu d’panggil malam berinai besar besar dimana ada tetamu yg akan “menginaikan” pasangan pengantin dan tak ketinggalan letupan bunga api yg telah d’modernkan pakai bunga api mini ala2 tahun baru tu (previously pakai bunga api buluh-ada sesetengah kawasan masih gunakan bunga api jenis ni).Ini kalau ikut tradisi perkahwinan Melaka la,Tp ayu tak sure samada negeri lain macam tu juga ke tidak.So,ikut tradisi pasangan pengantin akan pakai jubah & tarbus (untuk lelaki) & juga sanggul lintang (untuk perempuan). Malangnya kedua-dua kami tak pakai jubah, tp kami memilih pakaian yg d’modernkan skit iaitu songket bunga tabur dengan color biru kehijauan (bg ayu color tu sweet sgt walaupn ayu tak suka color biru). Jadi untuk malam tu kami mengenakan kebaya+sanggul lintang untuk ayu & baju melayu yg d’gelar overcoat untuk my abi. Malam tu juga pengantin lelaki d’arak menaiki beca diiringi paluan kompang sementara menunggu pengantin perempuan keluar untuk d’arak bersama. Dalam masa tersebut, bunga api telah memecahkan keheningan malam itu dengan bunyi & juga cahayanya.

Apabila keluar je untuk d’arak, rasa hati ni begitu berdebar2 hanya tuhan saja tahu. Mana taknya, semua perlu d’control.Termasuklah langkah yg perlu d’atur dalam masa yg sama perlu memastikan senyuman tidak luntur.huh ini bukan kerja mudah.Di tambah pula dengan kehadiran tetamu (termasuk saudara mara,penduduk kampung & juga kawan2) yg ramai mengamatkan suasana malam itu.Yg paling mengejutkan dan boleh dikatakan kadang2 agk menggangu adalah kehadiran cahaya/flash dari camera para tetamu yg boleh dikatakan tak henti2 sampai ke akhir majlis malam tu. Memang agak tergamam kerana ayu rasa ramai sungguh malam itu dan ramai pula yg tak lepaskan peluang untuk merakamkan gambar kami.Ini semua buat kami terharu!Tp bila d’bincang & d’fikirkan bersama, inilah hakikatnya menjadi raja sehari anda akan diberi penghormatan sebegitu hebat. Ayu percaya anda semua akan lalui bila tiba giliran anda..

Untuk makluman, malam tu ayu masih tido berseorangan so masih dapat d’kekalkan kesucian diri sehingga malam tu walaupun dah selamat akad nikah.Heh.. Pagi2 keesokannya, ayu dah bangun seawal jam 5.30pg. Perkara pertama yg terlintas dalam fikiran saat tu adalah 5 pasang persalinan yg akan d’gunakan sebelum majlis persandingan jam 2.00 ptg nnt untuk sesi bergambar. Huh sungguh memenatkan bila perlu menukar baju persalinan sebanyak 5 jenis tu (baju jawa, baju india, baju cik siti wan kembang, baju balkis, & gaun putih) malah perlu memberikan pose terbaik mengikut kemahuan photographer (Zafiq).Apapun zafiq memang sporting habis la!!


Selesai je kelima-lima pasang baju td, mak andam masing2 mula memainkan peranan untuk mempersiapkan kami kerana mereka perlu mengejar masa kerana seperti yg d’rancang majlis bersanding adalah pd jam 2ptg.Pakaian kami untuk kali ini mengikut tema (yg sebenarnya d’tukar pd sebulan terakhir sebelum majlis) dengan gabungan antara warna pink dan juga cream.Lihatlah inilah hasilnya (pd dasarnya ayu tidak berani untuk memakai pakaian pink sebelum ini). Agak memuaskan!


Pada petang ini, agak bersejarah untuk kami kerana kami d’arak menaiki kereta kuda (walaupun bukan kereta kuda seperti permaisuri raja) tp kami puas.Ini adalah permintaan dari mak ayu yg mahukan kelainan pada majlis kami. Ada 2 wartawan datang membuat liputan iaitu dari akhbar sinar & juga kosmo. Cerita mengenai kami d’paparkan d’ akhbar sinar pada 14.12.09 dan kosmo pada 17.12.09..Pd hari ini juga kami berasa terharu kerana kehadiran kawan2 untuk memeriahkan majlis.Sungguh terharu & kami berjanji pd diri masing2 untuk menghadirkan diri pd majlis mereka2 kelak.We luv u all!!
Episod terakhir untuk hari ni adalah sesi outdoor shoot. Kami memilih Bandar hilir sebagai pilihan.Walaupun masing2 dengan kepenatan tersendiri, kami gagahkann jua diri ini untuk terus beraksi d’ hadapan camera untuk hasil terbaik. Selepas hamper 20 mins kami mengangkat bendera putih tanda surrender.2sahaja yg termampu.Huh penat tetapi menyeronokan.Dalam seronok2 ada gak tak seronoknya, after shoot kami ke kereta dan mendapati kedua-dua kereta kami & juga kereta our photographer telah d’keluarkan saman atas kesalahan meletakkan kenderaan d’ line kuning.Kesian…..
Akhirnya malam ini bermulalah kisah hidup kami sebagai suami isteri. Satu kami pinta hanyalah keredhaan & keberkatan dariNYA. AMIN..

Sunday, February 22, 2009

Yahooooo!!


Finally.....tarikh 22.02.2009 tepat jam 10 pagi telah terciptala blog ini setelah perancangan hampir setengah tahun untuk mencreatenya.Waaaa kebetulan tu tepat jam 10pg.10 banyak sgt maknanya.Best!!!!!huh.Betul tau tak tipu sbb kita check jam kat tanggan ni.Sebab apa jadi gitu yea??Maksud kita kenapa lama sgt amik masa nak create blog yang sesimple ni?? Errrmm sebabnya masing2 dengan kesibukan masing2 plus weekly program yg selalunya pack.

Why ye kami teringin sangat nak create tis blog??Because why sbb kami dah tension dengan friendster pada tahap kepayahannya untuk mengupload gambar2 kami sampai buat ramai kawan2 yang berteriak.heh..(Haaa mesti ada yg tertanya2 sapa kami yg kita maksudkan tu??Kami bermaksud me (ayu) & my beloved abi (imran).Ikutkan malas juga sbb takut orang akan bosan untuk view blog kami sbb pada firasat kami la, mesti tiada tarikan pada blog kami in future time sbb kekreatifan kami nak bercerita tu kurang. But we ll' try...Try to be in a reverse way as wat we r.

Alrite,sampai sini dulu for the first time writing, no idea at all.Lagipun kami nak masuk singapore kjb attend cousin engagement.We ll' come after the break.Berapa lama ye break tu.Sejam,sehari,seminggu,sebulan???Heh.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...