Saturday, October 19, 2024

Yang penting happy ...

Kita simpan cerita si kenit lagi. 
******************************

Peragai suka memberi. 
Pantang kalau tahu esok hari jadi kawan, 
Dan-dan tu juga dia suruh kita pergi membeli. 
Kadang 2 - 3x seminggu, pun ada. 

Kita layan kan aje. 
Sebab kita pesen itu juga. 
Pak guard rumah ke, sekolah ke, 
mana2 yang ada. 

Tapi, belum masuk lagi hadiah. 
Saja-saja, tiba-tiba. 
Blind bag segala. 

Tunggu lah, tiba-tiba je. 
Dia minta itu, minta ini. 
Cari bahan. 
Dia buat sendiri semua. 

Mula-mula satu. 
Esok, satu lagi. 
Lusa, dua ke tiga. 
Sampai sekelas rasanya dapat blind bag dia. 


Perangai begini kekal tidak ye. 
Tak pasti. 
Kadang ada masa atau musimnya je. 
Belum jadi jati diri. 

         Tak apa. 
Janji, dia dapat dan belajar sesuatu. 
Mungkin kali ini. 
Sifat empati dan baik hati.

In Shaa Allah. 

Sunday, October 13, 2024

50¢ Naimar Shop

Sementara ada kerajinan, mari kita simpan sini. 
*****


Al kisah, si kenit ada idea nak berniaga kecil-kecilan.

Asalnya sudah sebulan juga, hampir tiap hari dia akan cari apa saja barang yang ada di rumah untuk dibawa ke sekolah. 

Kuantiti? 
Satu dua saja. 

Tanpa bertanya, kita hulurkan saja apa yang ada. Ingatkan sendiri guna. 

Tapi lepas beberapa kali, baru kita faham. 
Barang-barang tu, dia jual pada kawan di transit rupanya. 

Tahu je, kita buat meja bulat. 
Sembang sama-sama.
Tanya aunty tak marah ke kalau meniaga. 
Kalau nak meniaga, nak jual apa. 
Harga berapa. 

Sebab dia ada kemahuan dan nampak minat, 
kita terus lah bawa beli barang jadi produk dia. 

Lepas beli, 
Kita terus ajar kira-kira. 
Modal, untung segala.

Oklah, idea asal dari dia. 
Nak jual semua 50¢ je. 
Untung sikit tak apa. 
Joint venture dengan abang no.2.
Kita pun support je. 

Kalau dulu, anak pertama. 
Rajin kita luar biasa. 
Macam-macam idea ada. 
Termasuk lah ajar skill berniaga. 

Bila dah anak dua tiga, 
Kesian jadinya. 
Selalunya, pandai-pandai je. 
Paling tidak, copy paste aje semua sama. 

Jadi, 
Kalau org kata anak terakhir tu manja, dapat segala, 
kami rasa sebaliknya. 
Manja lagi anak pertama, dapat segala. 

Perhatian confirm sepenuhnya.
Masa, tenaga, effort semua untuk mereka. 

Tiba anak kedua ketiga dan seterusnya, 
apa yang ada saja. 

Hihihi.. 

OK, tadaaa. 
50¢ Naymar Shop. 
tercipta. 

(pandai pulak dia sendiri bagi nama) 

 


Moga kamu maju jaya. 
Dapat dan belajar sesuatu. 

Aamiin.

Thursday, February 22, 2024

Konvokesyen

Alhamdulillah .. 
Selepas hampir 2 tahun tamat program Pegawai Integriti Bertauliah ..

22/2/2024 ..
tiba hari penganugerahan sebagai Certified Integrity Officer.

Difahamkan ..
Seramai 2000 orang dari seluruh Malaysia telah diwartakan oleh SPRM sebagai Pegawai Bertauliah, sejak tahun 2010 ..



















Aku perlu teruskan kerja keras ..
Melengkapkan CIPS pula .. 
Selewat-lewatnya tahun 2025 ..

Moga Allah bersama Aku ..
Untuk berjuang ..
Dibukakan tiap jalan ..
Dilancarkan segala urusan ..

Aamiin ..

Tuesday, February 20, 2024

Her First Overseas Fencing Competition

2019 ..

Kami berdua ke Bangkok, Thailand.

Disebabkan waktu ni, Im sedang fasa " lompat parti korporat " saja kerja dia.

Terpaksa aku jadi wanita berdikari.
Buat pertama kali berdua ke luar negara.
Bawa Irdina ke Bangkok.
Untuk pertandingan lawan pedang.

Masa ni umur Irdina 9 tahun. 
Masih baru² bermula.
Bertatih lagi orang kata.

Jadi, tidak hairan dia tak tersenarai dalam 8 teratas kategori U9.

Apapun.
Pengalaman dan permulaan berharga.
Yang mungkin telah menyuntik semangat Irdina terus mara.



























First Birthday Invite for Her

Seseorang Nailah..

Setakat ke hari ni, 

Sangat mementingkan ketepatan dalam segala segi ..
Sangat menjaga perancangan ..
Dan akan pastikan tersusun jadualnya kehidupannya ..

Kalau bab mengigat sesuatu,
serah saja pada dia.
A ke Z, slumber je dia cerita.
Bak seorang penglipur lara.
Kadang geleng kepala kami semua.

Makanya,
Dengan karakter begini,
Dia soal kita bertubi-tubi itu perkara biasa.

Antara soalan sering ditanya, 
" Kenapa kakak .. abang Umar .. 
Always have birthday invites. 
Untuk saya tak ada satu pun "
Lebih kurang begini lah soalan dia.

Akhirnya,
Kesedihan dan rasa cemburu tak pernah dapat jemputan ke party hari jadi kawan², berakhir !

18/2/2024 
Dia dapat jemputan ke party hari jadi kawan tadika Nimblebee (Hannah, Nea & Izzat).

Seronok ? 
Tak perlu dijelaskan, teruja tak terkata !

Sesuai dengan sifat yang ada pada dirinya, dia akan menghintung setiap hari sebelum tibanya hari tersebut.

Menuju ke apapun tarikh yang dia tunggu.
Strateginya sama.
Bangun sahaja tiap pagi, dia akan palangkan tarikh hari tersebut agar dia tahu bilangan hari yang dinanti makin hampir. 

Moga Allah kekalkan apa sahaja yang baik dalam diri awak Nailah dan pupuk segala yang baik² dalam diri awak hari ke hari. 

Aamiin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...