Thursday, January 20, 2022

Melepaskan kau pergi !

Berat ..
Untuk melepaskan kau pergi.

Berat ..
Mana tidak.
Pemilikan hartanah pertama kami suami isteri.

Rumah baharu.
2 storey terrace.
Di Bandar Seri Putra, Bangi.
Hasil usaha .. titik peluh bersama .. 

2008 berkahwin.
2009 kami memilikinya.
Satu kebanggaan buat kami.

Tapi.
Hampir enam tahun.
Kami tidak bermastautin di situ.

Asbab anak-anak.
Sekolah di tengah kota.
Latihan kelas setiap masa.
Walaupun.
Jiran tetangga hebat semuanya.

Tetap juga.
Akhirnya ..
Hujung tahun 2021.
Kami sepakat untuk melepaskan.

Kurang 24 jam iklan.
Pembeli.
Sudah pasti membeli.

Masya-Allah.
Mudah sungguh Allah dah aturkan.
Alhamdulillah.

Moga Allah redha.
Agar yang terbaik sahaja buat kita sekeluarga.
Aamiin ..
























Wednesday, January 19, 2022

.. 2022 ..

.. 2022 ..

Niat kami suami isteri ..
Tahun 2022 ini,
Kami hendak isi banyak masa terluang yang kami ada untuk "bonding" antara kami dengan anak-anak.

Kesian kita semua ..
Sibuk dengan urusan dan komitmen masing-masing kan.
Kami juga sama.
Masa kita tight ya amat masa hari kerja .. 
Anak-anak pun tak kurang juga, penuh jadual mereka ..

Moga Allah beri keberkatan masa dan kelancaran dalam tiap urusan kita semua.
Aamiin ..
In Syaa Allah ..

Aktiviti pembuka tirai 2022,
Adalah "get together" dengan famili kawan-kawan SKSBU Kak Long, Irdina.
Very last minutes plan.

Mereka outing sebelah pagi.
Terima kasih kak Ida bawakan anak-anak.

Sebelah petang ..
Kami check-in di Somerset Petaling Jaya.
Malam ..
Lepak makan potluck.
Esoknya, seronok dapat swimming sama-sama.

Moga ukhwah kita sentiasa di bawah jagaan Allah s.w.t.
Aamiin ..




























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...